Sunday, March 25, 2012

Kami Sahaja

salam. apa khabar semua?
sebab bulan 3 ni aku lama gila tak update. aku nak update banyak2 post sekali. haha.

sebenarnya minggu ni kitorang ada midsem. 2 paper je sebelum cuti midsem. Number Theory dengan UNGS. paper UNGS habes hari Jumaat. petang tu ramai tak nak balik lagi sebab nak reward ourselves la konon setelah berhempas pulas study Number Theory uh dengan hafal segala nota UNGS. mesti la nak reward sikit kan. tapi ini plan secara beramai-ramai.

petang tu lepas Jumaat, aku, Hafiz dengan Qayyum pergi MRSM Kuantan. melawat adik Qayyum yang tak sihat sangat. almaklum la homesick katakan. balik daripada sana terus pegi swimming. terjun la ramai-ramai. balik tu rehat2 jap sebelum keluar ke Teluk Chempedak lepas Isya'. total 3 kereta yang follow; aku, Shaqir dengan Safwan. tak termasuk kereta Mus dan yang lain. macam reunion pulak kat sana. lepak kat sana, ambik angin malam kat pantai. dan dihabiskan dengan midnight sekali beramai-ramai. lepas tu semua balik hostel, pack barang dan tido.

lepak kat Teluk Chempedak. ada mata pelik dalam gambar ni bak kata Amiey. tu pun kalau korang perasan. heeee ~

lepak kat pantai

main main pasir oooi

check movie apa yg ada. ngeee~
main air jom!

esok pagi-pagi pergi breakfast kat Pak Lah. then terus bertolak ke Gambang. dua kereta. Safwan : Mohsen, Payen, Ejat. aku : Hafiz, Ahnaf, Hanis, Qayyum, Amir. destinasi - Bukit Gambang Waterpark! walaupun tak besar sangat tapi boleh laa. 4 jam kat sana. pukul 3 lebih baru gerak ke KL. memang puas. semua jadi hitam akibat sunburn terlebey.


diteruskan dengan perjalanan ke KL bergerak dua kereta. sampai Genting Sempah dengan susah payah dan saspen sebab minyak nak habes. then hantar semua ke destinasi masing-masing. aku, Hafiz, Ahnaf tido kat CFS. ada SMAC la pulak. sempat jumpa Amir dengan team volleyball PRESSS. haha. rindu nak main sehh.



ceit. gambar aku dengan Hafiz takde. Pink Panther <3

ambik Dania dengan Nuzul pergi SS2 Murni dan kembali. merehatkan diri setelah drive sepanjang hari. diorang teruskan malam dengan bermain Dota. aku give up awal-awal dah. esoknya drive ke Nilai ditemani Ahnaf. hantar kereta dan kembali ke Pudu naik bas pulang ke Penang. sekarang alhamdulillah sampai dah berada di rumah. :)

p/s: midsem ada lagi dua paper - Analytic Geometry dengan Calculus ditambah pula dengan case study untuk MGT dan assignment KOS. apa kau boleh lagi relax layan Running Man?

yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars