Wednesday, March 28, 2012

Joran Pertama

salam semua

memandangkan cuti yang best ni, Hanis pulang ke Penang. maka seperti yang dijanjikan plan kitorang harus diteruskan bersama. janji tetap janji.

oleh itu, tadi pagi-pagi beliau telah datang mengambil daku di rumah dan diteruskan dengan agenda yang pertama - pekena nasi kandar sekali naa. Nasi Kandar Kampung Melayu. terbaek punya dari ladang. lepas tu pegi pasar berdekatan untuk beli sotong dan udang.

setelah kenyang dan gendang gendut, kitorang teruskan pulak dengan agenda kedua - memancing. perjalanan diteruskan ke Tanjung Bungah. cari port yang agak baek di situ. maka segala persiapan dibuat dengan rapi. lepas tu apa lagi, dua joran dilontar dengan penuh bergaya sambil menunggu rezeki Allah di pagi yang rambang.

aku tak pernah memancing. setakat memancing kat parit besar atau kolam yang penuh dengan ikan tu biasa la. pasang umpan semua tu pernah la buat. tapi sampai ke laut ni takde la. satu pengalaman yang best sebenarnya.

berhenti jap untuk tambah umpan dan membasahkan tekak yang kering. lepas tu pegi sambung memancing lagi. oleh kerana faktor masa dan cuaca, maka terpaksa la bergerak pulang dahulu. total 6 ikan. boleh laa. untuk amatur kan. haha.

serius best sebenarnya memancing ni. boleh relax dan lepaskan tension. patut la ramai gila yang gian sanggup habiskan masa, tenaga dan duit untuk hobi ni. aku harap aku takde obses sangat pasal ni tapi enjoy la. jom try. :D

p/s: mandi manda di Bukit Gambang + memancing hingga ke petang = tahap kehitaman dan kelegaman meningkat.

yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars