Wednesday, March 28, 2012

Joran Pertama

salam semua

memandangkan cuti yang best ni, Hanis pulang ke Penang. maka seperti yang dijanjikan plan kitorang harus diteruskan bersama. janji tetap janji.

oleh itu, tadi pagi-pagi beliau telah datang mengambil daku di rumah dan diteruskan dengan agenda yang pertama - pekena nasi kandar sekali naa. Nasi Kandar Kampung Melayu. terbaek punya dari ladang. lepas tu pegi pasar berdekatan untuk beli sotong dan udang.

setelah kenyang dan gendang gendut, kitorang teruskan pulak dengan agenda kedua - memancing. perjalanan diteruskan ke Tanjung Bungah. cari port yang agak baek di situ. maka segala persiapan dibuat dengan rapi. lepas tu apa lagi, dua joran dilontar dengan penuh bergaya sambil menunggu rezeki Allah di pagi yang rambang.

aku tak pernah memancing. setakat memancing kat parit besar atau kolam yang penuh dengan ikan tu biasa la. pasang umpan semua tu pernah la buat. tapi sampai ke laut ni takde la. satu pengalaman yang best sebenarnya.

berhenti jap untuk tambah umpan dan membasahkan tekak yang kering. lepas tu pegi sambung memancing lagi. oleh kerana faktor masa dan cuaca, maka terpaksa la bergerak pulang dahulu. total 6 ikan. boleh laa. untuk amatur kan. haha.

serius best sebenarnya memancing ni. boleh relax dan lepaskan tension. patut la ramai gila yang gian sanggup habiskan masa, tenaga dan duit untuk hobi ni. aku harap aku takde obses sangat pasal ni tapi enjoy la. jom try. :D

p/s: mandi manda di Bukit Gambang + memancing hingga ke petang = tahap kehitaman dan kelegaman meningkat.

yours truly,

Sunday, March 25, 2012

Kami Sahaja

salam. apa khabar semua?
sebab bulan 3 ni aku lama gila tak update. aku nak update banyak2 post sekali. haha.

sebenarnya minggu ni kitorang ada midsem. 2 paper je sebelum cuti midsem. Number Theory dengan UNGS. paper UNGS habes hari Jumaat. petang tu ramai tak nak balik lagi sebab nak reward ourselves la konon setelah berhempas pulas study Number Theory uh dengan hafal segala nota UNGS. mesti la nak reward sikit kan. tapi ini plan secara beramai-ramai.

petang tu lepas Jumaat, aku, Hafiz dengan Qayyum pergi MRSM Kuantan. melawat adik Qayyum yang tak sihat sangat. almaklum la homesick katakan. balik daripada sana terus pegi swimming. terjun la ramai-ramai. balik tu rehat2 jap sebelum keluar ke Teluk Chempedak lepas Isya'. total 3 kereta yang follow; aku, Shaqir dengan Safwan. tak termasuk kereta Mus dan yang lain. macam reunion pulak kat sana. lepak kat sana, ambik angin malam kat pantai. dan dihabiskan dengan midnight sekali beramai-ramai. lepas tu semua balik hostel, pack barang dan tido.

lepak kat Teluk Chempedak. ada mata pelik dalam gambar ni bak kata Amiey. tu pun kalau korang perasan. heeee ~

lepak kat pantai

main main pasir oooi

check movie apa yg ada. ngeee~
main air jom!

esok pagi-pagi pergi breakfast kat Pak Lah. then terus bertolak ke Gambang. dua kereta. Safwan : Mohsen, Payen, Ejat. aku : Hafiz, Ahnaf, Hanis, Qayyum, Amir. destinasi - Bukit Gambang Waterpark! walaupun tak besar sangat tapi boleh laa. 4 jam kat sana. pukul 3 lebih baru gerak ke KL. memang puas. semua jadi hitam akibat sunburn terlebey.


diteruskan dengan perjalanan ke KL bergerak dua kereta. sampai Genting Sempah dengan susah payah dan saspen sebab minyak nak habes. then hantar semua ke destinasi masing-masing. aku, Hafiz, Ahnaf tido kat CFS. ada SMAC la pulak. sempat jumpa Amir dengan team volleyball PRESSS. haha. rindu nak main sehh.



ceit. gambar aku dengan Hafiz takde. Pink Panther <3

ambik Dania dengan Nuzul pergi SS2 Murni dan kembali. merehatkan diri setelah drive sepanjang hari. diorang teruskan malam dengan bermain Dota. aku give up awal-awal dah. esoknya drive ke Nilai ditemani Ahnaf. hantar kereta dan kembali ke Pudu naik bas pulang ke Penang. sekarang alhamdulillah sampai dah berada di rumah. :)

p/s: midsem ada lagi dua paper - Analytic Geometry dengan Calculus ditambah pula dengan case study untuk MGT dan assignment KOS. apa kau boleh lagi relax layan Running Man?

yours truly,

Saturday, March 24, 2012

Life in Kuantan


ok. salam semua. sementara cuti ni nak cerita la sikit pasal keadaan kat Kuantan.
memang bila dah berpindah ke tempat baru ni macam-macam la benda baru yang ada.
nak ke tak nak kena jugak adapt dengan environment baru kan. fuuh.

semuanya agak susah sebab takde transport. tapi sekarang alhamdulillah boleh kata dah ramai kawan-kawan yang dah bawak transport. Hanis dengan Alif dah ada motor. Safwan, Shaqir dengan aku ada kereta. yang lain pun ada je transport masing-masing. so agak senang la untuk bergerak ke sana ke mari. takyah la risau dah nak balik dan pegi ke kelas macam mana.

pasal study aku rasa biasa saje. kenapa entah aku rasa lagi relax sem ni compare dengan kat CFS. macam tak banyak sangat belajar tengok-tengok dah midsem. tapi quiz hambek kau, markah kureng daripada target la. huhu. alahai mathematics. kenapa la aku jumpa kau? Calculus, Analytic Geometry, Number Theory! arggghhh.

muka boring dan mengantok dalam kelas yang tak paham hape.

aktiviti kat sini macam agak pack jugak la. aku pun tak tau kenapa. padahal kelas takde la pack sangat sampai ke petang ke apa. tapi mungkin aktiviti yang tak penting pun dah jadi macam rutin kitorang kat sini. ini antaranya la.

Isnin - petang/malam - swimming
Selasa - malam - aikido
Rabu - malam - Faciteam/swimming
Khamis - malam - aikido
Jumaat - pagi - futsal
- petang/malam - swimming
Sabtu&Ahad - random

ini tak termasuk jadual kelas, solat dan makan, study dan revision, masa untuk main Dota, layan Running Man, buat assignment, borak-borak, main bola, buat kerja-kerja kelab, tidur dan segala tanggungjawab yang lain. macam pack kan? macam jela.

biasa weekend kitorang akan keluar. saje release tension sambil pekena McValue Lunch yang best. murah la katakan. kadang-kadang saje je cakap mengidam A&W la, Burger King la. padahal memang dah boring sepanjang minggu asyik makan benda yang sama je. so weekend jela nak keluar duit lebih sikit. kadang-kadang untuk reward ourselves. haa. macam mana kitorang reward? pernah diceritkan di post yang lepas. hehe.

gambar masa makan kat Mokna. Hanis pun ada.

tu saje kot yang aku boleh cerita pasal life aku kat sini. life bebudak lain, life korang tak tahu la kan. kalau nak best, jom la share. :D

yours truly,

Friday, March 23, 2012

Alive


ALIVE!



okay. serius lama gila tak update blog. nak cakap tak selalu online tak jugak selalu je. tapi bukak facebook jela. blog memng jarang dah bukak. kenapa eh? ni mungkin sebab bukak laptop je asyik layan Running Man. so macam malas pulak nak menaip. bulan March baru ada satu je post??

tapi alhamdulillah saya masih hidup. I'm still alive. I'm living that good life ~
cuma malas je nak update. sorry kepada readers *kalau ada*. banyak sebenarnya nak cerita. takpe. kita cerita sikit2 la eh. sekarang nak cakap pasal album Bigbang yang terbaru. ALIVE. memang terbaek. malas nak cakap la. budak2 ni memang sentiasa gempak ah!



7 lagu baru dilancarkan:

Intro : Alive - best! Taeyang rap laju gila setelah lama tak rap.
Blue - lagu yang slow tapi layan habes!
Love Dust - best jugak. suka music dgn rhythm dia.
Bad Boy - sangat lain dari music yang biasa. unique!
Ain't No Fun - biasa biasa saja laa.
Fantastic Baby - gempak gila! beats dan music yg mantop.
Wings : Daesung Solo - nice one for D-Lite. lain sikit dari biasa.

nak tengok dan dengar lagu-lagu ni. click sini - BIGBANG

aku kureng suka dengan penampilan G Dragon terutama rambut beliau. haha. macam kelakar sikit. TOP sentiasa coolio. D-Lite nampak lebih matang. SOL aku lagi suka rambut dan gaya dia yang dulu. smart dan macho habes. VI macam biasa saje. tapi overall diorang tetap the best.



very proud to be a !

yours truly,

Sunday, March 4, 2012

Reward Yourself


salam semua

saje nak cerita. hari Sabtu lepas ada kelas Management bersama Dr Rain. memang aku suka kelas dia. walaupun kelas dari pukul 9 pagi sampai 5 petang tapi meman tak bosan. beliau memang pandai mengajar. kelas dia enjoy walaupun sebenarnya subjek ni boring jugak.

Dr Rain pernah cerita bahawa kita perlu 'reward ourselves' bila kita buat sesuatu supaya 'reward' itu akan bagi kita motivasi untuk buat yang terbaik. contohnya, beliau kata beliau akan buat mind set seperti ini, "lepas habis seminar ni, aku nak minum hot capucino dengan cheese cake sambil baca majalah dekat restoran feveret aku". maka dengan mind set tu, dia akan berusaha dan bersemangat dalam seminar sehingga lah seminar tu habis. dan itu memang adalah motivasi yang baik untuk manusia. macam betul jugak kan?

so kitorang; aku, Hafiz, Hanis, Ahnaf dengan Qayyum dalam satu group untuk MGT ni. kitorang ada quiz. dan quiz tu kena bincang dan jawab dalam group. walaupun hanya 10 soalan yang diberikan, tapi tekanan yang diterima sangat la kuat. memang saspen habes la. hanya kitorang je yang faham macam mana rasa tu. so lepas quiz tu kitorang buat mind set akan bagi reward kat diri sendiri. memang bersemangat la jawab quiz. alhamdulillah result ok.

apa reward kitorang lepas quiz? hehe. malam tu main Dota beramai-ramai! tido dalam pukul 3 pagi jugak la. dan esoknya kitorang pergi McDonald's untuk makan sebab dah mengidam. ini adalah reward untuk kami sebab dah berjaya jawab semua soalan quiz tu. haha.

ambik McDonald's Doubles. memang kenyang sampai malam la. puas hati. alhamdulillah. diri sudah mendapat reward yang best. tak menyesal dapat jawab quiz tu. so nampak kan macam mana reward ni boleh motivate diri kita? korang pun try la jom. :D

"there is no failure in life but only an error. in every error, there must be a wisdom that we can learn from." - Dr Rain.

yours truly,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars