Tuesday, February 21, 2012

Suka Duka


salam semua



nak kongsi dengan semua reader. lama tak update blog ni. sebab kat Kuantan ni rasa malas untuk berblogging ni kurang la. kenapa eh? mungkin sebab asyik main Dota je setiap malam. study entah ke mana. tak pun sebab banyak masa diambil untuk menapak ke kedai makan yang agak jauh untuk lunch dan dinner. sampai-sampai kat bilik dah penat balik. ish ish.

saje nak cerita pada 13 Februari 2012 yang lepas aku dan Hafiz terlibat dalam kemalangan motor di simpang IM2 sewaktu pulang dari kelas. macam mana kemalangan tu boleh berlaku? kecuaian sendiri. *tettt* ye ye. aku mengaku la aku bawak laju. dah la tak biasa bawak motor. Hafiz yang membonceng pun sekali terpelanting. nasib baik takde kena orang lain. aku luka berdarah kat tangan, siku, lutut. sekarang dah nak baik dah. Hafiz luka kat lutut dan patah tulang kat bahu. hari tu menjalankan operation letak besi 3 setengah inci dan 5 skru untuk mempercepatkan pemulihan. sampai sekarang kitorang belum baik sepenuhnya. tapi dah boleh la pergi kelas, main Dota balik semua tu.

security dah ambik keterangan semua. aku dan kawan-kawan pun dah buat report polis dengan bantuan abang Hanif. setel la yang tu. sekarang masih nak settlekan insurans yang tak menentu ni. motor memang terburai kat depan dan belakang. tapi body ok je pulak. dah setel repair dalam masa satu hari saje. segala baju, tuala, seluar, cadar yang kena darah semua dah hantar kat dobi. pun dah siap. so alhamdulillah dalam seminggu je semua dah hampir pulih.

tu antara kenangan tak best la kat sini. tapi kenangan ni bagi aku lawak jugak kot. macam mana la boleh terbabas terpeleot kat situ. haha. tapi ada jugak yang best. dengan kes tu, senang untuk aku mendapatkan sticker kereta. dan alhamdulillah principal dah luluskan permohonan aku. sticker pun dah berada dalam tangan aku. keh keh. insyaAllah dalam bulan 3 keretaku akan tiba di Kuantan. maka bersiap sedia lah untuk meronggeng ye wahai kawan-kawan.

***

ok. jom layan lagu ni pulak. baru je released. mula-mula dengar macam biasa. tapi bila dengar lama-lama macam addictive pulak. terbaek lah Bigbang!



ingatkan nak buat satu post special untuk Azyan sempena birthday dia. tapi takpe la. dah makin tua dah akak tu. nak kawen dah pun. bia jela. lagipun jauh kan, takleh nak bagi hadiah jugak. nak tunggu balik sini entah bila la tu. so takpe. cancel. huaaa ~

yours truly,

3 comments:

Zakwan said...

weh, jelesnya. dapat sticker kereta! aku bawak, tp secara haram! hahaha...

hamizah adam said...

like like like like like like! (part BIG BANG je la. ngehe. ^_^

Akif said...

zakwan - haram pun layann. haha.

hamizah - great! :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars