Saturday, February 25, 2012

Merepek


okay. post ini post emo. takyah baca pun takpe. timekaseh.

aku tahu ramai orang dah pernah tinggal jauh kan. duduk hostel semua. kat hostel mana ada family. mana ada orang nak bagitau kau kena buat tu kena buat ni. semua sendiri yang kena fikir. sebab tu bagi aku kawan sangat la penting. kau pilih kawan tu la yang menentukan macam mana life kau. kalau salah pilih memang kau pun akan jadi macam diorang. kawan yang aku maksudkan tu kawan yang selalu bersama - makan, lepak, pegi kelas, shopping, hangout, etc. bukan cakap takleh kawan dengan orang nakal. boleh je. kawan biar seribu. tapi bukan boleh buat member.

untuk perempuan, mengikut apa yang aku nampak la kan. perempuan agak susah untuk berkawan. tapi once bila dah berkawan tu memang rapat la. ke mana pun berkepit je. sebab tu aku nampak perempuan yang dah ada kawan baik perempuan ni memang tak perlukan kawan lelaki pun. jauh sekali boyfriend. semua boleh share, pegang tangan, makan, dating, beli hadiah, belanja sama-sama. bagi perempuan semua itu adalah normal. sweet saje. bukan la nampak macam songsang ke apa. lain la kalau betul-betul songsang.

tapi lain pulak untuk lelaki. kau ingat laki pegang tangan orang pandang biasa ke? zaman sekarang. semua tengok pelik. lagipun biasanya kawan baik lelaki yang sangat rapat pun takde la sampai pegang tangan. memang share masalah, cerita, pengalaman semua. setakat belanja, bagi hadiah tu biasa la. tapi dalam hati masing-masing tetap akan ada perasaan nak hati perempuan. walaupun dua lelaki yang berkawan baik tetap memerlukan kawan perempuan. sebab biasanya benda yang lelaki share dengan perempuan tak semestinya akan selesa share dengan kawan lelaki. banyak jugak bezanya. seriously.

"guys seek for advise not from a guy, but from a girl. trust me."

betul cakap kawan aku. mengikut pengalaman aku, boleh kata setiap lelaki ada at least seorang kawan perempuan yang diorang boleh share pape dengan dia. aku bukan cakap pasal girlfriend. girlfriend lain. bukan semua boleh cerita, kena jaga hati la semua. lain. sangat lain. sebab tu lelaki prefer ada kawan perempuan yang diorang boleh mintak nasihat contohnya tentang perempuan. tapi kalau perempuan berbeza pulak. diorang prefer mintak nasihat dan pendapat dengan kawan perempuan sendiri. mungkin sebab perempuan memang makhluk yang jujur. jadi memang senang bila dengar pendapat diorang.



argh. tengah tak betul sekarang. tension. sebab apa pun aku tak tahu. mungkin sebab takde orang yang aku nak cerita, nak lepas geram, lepas tension. susah sebenarnya kalau pendam sorang-sorang. tapi masalah tu pun aku tak tahu apa sebenarnya. pernah korang rasa sakit hati tapi tak tahu kenapa? pelik kan. padahal kat luar orang tengok normal je.

aku tak salahkan kawan aku. semua ada life sendiri, masalah sendiri. bukan boleh 24 jam nak dengar masalah aku sorang je. aku pun tak nak macam tu. tapi kadang-kadang bila tengok kawan-kawan kita happy, kita akan rasa bahagia walaupun sikit. betul la orang cakap kalau selalu mengadu kat manusia pun tak boleh jugak sebab diorang takkan selalu ada. Allah la sebaik-baik tempat mengadu. Dia tak pernah tinggalkan kita.

takpela. mungkin aku perlukan masa berseorangan. alone. layan perasaan, reflect diri. cari ketenangan. dah settle down baru boleh cheer up balik. macam mana pun aku tetap sayang kau.

emo.punya.budak.

yours truly,

6 comments:

Safwan Hamdy said...

want another 2 minutes of mine?

Dila azie said...

Mengadu la pada yang Maha Esa (:

Akif said...

safwan - nakk :(

dila - that's what i do :)

Zakwan said...

"aku tetap sayang kau", eemmm...???
yup, Allah kan ada. or make urself bizi, fill up with activities, insyaAllah... =)

Akif said...

haha. thanks, zakwan. :D

khairul fatehah said...

kadang-kadang ble ckp dengan someone punn tak dpt membantu papeunn.ckp dengan diri sendiri lagi baek kot tp klu da bnyk sgt pendam tak elok jugak.haha...faham tak ? -.-'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars