Wednesday, February 29, 2012

Pokemon The Movie

salam semua

mungkin sebab kelas dulu takde la pack sangat dalam seminggu tu. so agak relax la dengan assignment yang tak seberapa dan quiz yang belum lagi menjelang. aku pun dengan lepak menghabiskan semua movie ini. fuuhh.
Pokemon The Movie

yes. siapa yang tak pernah tengok Pokemon. kalau tak pernah tu maksudnya dia telah mensia-siakan zaman kanak-kanaknya dengan penuh kekesalan. ini adalah salah satu inspirasi untuk aku masa zaman budak dulu. seriously. tengok ni aku rasa kehidupan aku ada matlamat. dan sebab ini jugak la aku sanggup bangun pagi-pagi untuk menghadap tv. budak zaman sekarang entah ada ke tak budaya macam tu lagi.

Pokémon 1 : The First Movie (1998)
Mew dengan Mewtwo je yang ada. boleh laa.


Pokémon 2 : The Power of One (1999)
Articuno, Zapdos, Moltres and Lugia! :D


Pokémon 3 : Spell of the Unknown (2000)
Entei! paling feeling la movie yang ni.


Pokémon 4 : Celebi Voice of the Forest (2001)
Celebi. legendary Pokemon yang cute je. Suicune pun ada.


Pokémon 5 : Heroes Latios and Latias (2002)
dua twins legendary Pokemon. Latios and Latias.


Pokémon 6 : Jirachi Wishmaker (2003)
ni pun legendary Pokemon yang comel je. ada Jirachi dengan Groudon.


Pokémon 7 : Destiny Deoxys (2004)
outerspace Pokemon. Deoxys. Rayquaza pun ada.


Pokémon 8 : Lucario and the Mystery of Mew (2005)
ini pun terbaek jugak. Lucario dengan Mew. ini pun ada kemunculan Regirock, Regice dan Registeel.


Pokémon 9 : Ranger and the Temple of the Sea (2006)
Manaphy dengan kemunculan Kyogre.


Pokémon 10 : The Rise of Darkrai (2007)
Darkrai yang laju. Dialgia dan Palkia pun ada.


Pokémon 11 : Giratina and the Sky Warrior (2008)
ni dah generasi baru. tak kenal sangat. ada Dialgia dan kemunculan Regigigas.


Pokémon 12 : Arceus and the Jewel of Life (2009)
Arceus boleh tahan. tapi generasi baru jugak. yang ni Giratina, Dialgia dengan Palkia ada.

terima kasih kepada Syed Dana kerana sudi bagi aku ambik movie ni. haha. tapi tetap ada Pokemon movie yang aku belum tengok lagi. macam dah lama dah tinggal.
Pokémon 13 : Zoroark - Master of Illusions
Pokémon 14 : Black—Victini and Reshiram
Pokémon 15: White—Victini and Zekrom
Pokémon 16 : Kyurem VS The Sacred Swordsmen
generasi ke berapa entah dah. dah lama jugak tak follow. tapi tetap best dan feeling. fuuh. dan akhir sekali aku nak cakap. ini target aku yang aku nak beli.

siapa yang tahu mana nak beli benda ni sila bagitahu aku. terimakaseh. :D

yours truly,

Saturday, February 25, 2012

Merepek


okay. post ini post emo. takyah baca pun takpe. timekaseh.

aku tahu ramai orang dah pernah tinggal jauh kan. duduk hostel semua. kat hostel mana ada family. mana ada orang nak bagitau kau kena buat tu kena buat ni. semua sendiri yang kena fikir. sebab tu bagi aku kawan sangat la penting. kau pilih kawan tu la yang menentukan macam mana life kau. kalau salah pilih memang kau pun akan jadi macam diorang. kawan yang aku maksudkan tu kawan yang selalu bersama - makan, lepak, pegi kelas, shopping, hangout, etc. bukan cakap takleh kawan dengan orang nakal. boleh je. kawan biar seribu. tapi bukan boleh buat member.

untuk perempuan, mengikut apa yang aku nampak la kan. perempuan agak susah untuk berkawan. tapi once bila dah berkawan tu memang rapat la. ke mana pun berkepit je. sebab tu aku nampak perempuan yang dah ada kawan baik perempuan ni memang tak perlukan kawan lelaki pun. jauh sekali boyfriend. semua boleh share, pegang tangan, makan, dating, beli hadiah, belanja sama-sama. bagi perempuan semua itu adalah normal. sweet saje. bukan la nampak macam songsang ke apa. lain la kalau betul-betul songsang.

tapi lain pulak untuk lelaki. kau ingat laki pegang tangan orang pandang biasa ke? zaman sekarang. semua tengok pelik. lagipun biasanya kawan baik lelaki yang sangat rapat pun takde la sampai pegang tangan. memang share masalah, cerita, pengalaman semua. setakat belanja, bagi hadiah tu biasa la. tapi dalam hati masing-masing tetap akan ada perasaan nak hati perempuan. walaupun dua lelaki yang berkawan baik tetap memerlukan kawan perempuan. sebab biasanya benda yang lelaki share dengan perempuan tak semestinya akan selesa share dengan kawan lelaki. banyak jugak bezanya. seriously.

"guys seek for advise not from a guy, but from a girl. trust me."

betul cakap kawan aku. mengikut pengalaman aku, boleh kata setiap lelaki ada at least seorang kawan perempuan yang diorang boleh share pape dengan dia. aku bukan cakap pasal girlfriend. girlfriend lain. bukan semua boleh cerita, kena jaga hati la semua. lain. sangat lain. sebab tu lelaki prefer ada kawan perempuan yang diorang boleh mintak nasihat contohnya tentang perempuan. tapi kalau perempuan berbeza pulak. diorang prefer mintak nasihat dan pendapat dengan kawan perempuan sendiri. mungkin sebab perempuan memang makhluk yang jujur. jadi memang senang bila dengar pendapat diorang.



argh. tengah tak betul sekarang. tension. sebab apa pun aku tak tahu. mungkin sebab takde orang yang aku nak cerita, nak lepas geram, lepas tension. susah sebenarnya kalau pendam sorang-sorang. tapi masalah tu pun aku tak tahu apa sebenarnya. pernah korang rasa sakit hati tapi tak tahu kenapa? pelik kan. padahal kat luar orang tengok normal je.

aku tak salahkan kawan aku. semua ada life sendiri, masalah sendiri. bukan boleh 24 jam nak dengar masalah aku sorang je. aku pun tak nak macam tu. tapi kadang-kadang bila tengok kawan-kawan kita happy, kita akan rasa bahagia walaupun sikit. betul la orang cakap kalau selalu mengadu kat manusia pun tak boleh jugak sebab diorang takkan selalu ada. Allah la sebaik-baik tempat mengadu. Dia tak pernah tinggalkan kita.

takpela. mungkin aku perlukan masa berseorangan. alone. layan perasaan, reflect diri. cari ketenangan. dah settle down baru boleh cheer up balik. macam mana pun aku tetap sayang kau.

emo.punya.budak.

yours truly,

Tuesday, February 21, 2012

Suka Duka


salam semua



nak kongsi dengan semua reader. lama tak update blog ni. sebab kat Kuantan ni rasa malas untuk berblogging ni kurang la. kenapa eh? mungkin sebab asyik main Dota je setiap malam. study entah ke mana. tak pun sebab banyak masa diambil untuk menapak ke kedai makan yang agak jauh untuk lunch dan dinner. sampai-sampai kat bilik dah penat balik. ish ish.

saje nak cerita pada 13 Februari 2012 yang lepas aku dan Hafiz terlibat dalam kemalangan motor di simpang IM2 sewaktu pulang dari kelas. macam mana kemalangan tu boleh berlaku? kecuaian sendiri. *tettt* ye ye. aku mengaku la aku bawak laju. dah la tak biasa bawak motor. Hafiz yang membonceng pun sekali terpelanting. nasib baik takde kena orang lain. aku luka berdarah kat tangan, siku, lutut. sekarang dah nak baik dah. Hafiz luka kat lutut dan patah tulang kat bahu. hari tu menjalankan operation letak besi 3 setengah inci dan 5 skru untuk mempercepatkan pemulihan. sampai sekarang kitorang belum baik sepenuhnya. tapi dah boleh la pergi kelas, main Dota balik semua tu.

security dah ambik keterangan semua. aku dan kawan-kawan pun dah buat report polis dengan bantuan abang Hanif. setel la yang tu. sekarang masih nak settlekan insurans yang tak menentu ni. motor memang terburai kat depan dan belakang. tapi body ok je pulak. dah setel repair dalam masa satu hari saje. segala baju, tuala, seluar, cadar yang kena darah semua dah hantar kat dobi. pun dah siap. so alhamdulillah dalam seminggu je semua dah hampir pulih.

tu antara kenangan tak best la kat sini. tapi kenangan ni bagi aku lawak jugak kot. macam mana la boleh terbabas terpeleot kat situ. haha. tapi ada jugak yang best. dengan kes tu, senang untuk aku mendapatkan sticker kereta. dan alhamdulillah principal dah luluskan permohonan aku. sticker pun dah berada dalam tangan aku. keh keh. insyaAllah dalam bulan 3 keretaku akan tiba di Kuantan. maka bersiap sedia lah untuk meronggeng ye wahai kawan-kawan.

***

ok. jom layan lagu ni pulak. baru je released. mula-mula dengar macam biasa. tapi bila dengar lama-lama macam addictive pulak. terbaek lah Bigbang!



ingatkan nak buat satu post special untuk Azyan sempena birthday dia. tapi takpe la. dah makin tua dah akak tu. nak kawen dah pun. bia jela. lagipun jauh kan, takleh nak bagi hadiah jugak. nak tunggu balik sini entah bila la tu. so takpe. cancel. huaaa ~

yours truly,

Tuesday, February 14, 2012

Athena : Goddess of War


salam semua.
ok. baru je habes tengok cerita ini. lama tak layan cerita action camni.
lagi-lagi la Korea. best best. jom layan.



Athena : Goddess of War

orang kata sambungan kepada IRIS tapi sebenarnya takde la kena mengena sangat dengan IRIS. cuma ada la watak-watak IRIS yang disebut dalam ni. ni dah macam cerita lain la. tak ikut jalan cerita IRIS pun. tapi still cerita action korea yang lain daripada tipikal cerita korea.



hero adalah Lee Jung Woo yang bertindak sebagai field agent untuk NTS. memang terbaik walaupun agak kurang la daripada hero dalam IRIS sebab cabaran yang dia dapat takdela hebat sangat. watak jahat oleh Son Hyuk. muka memang nampak jahat la walaupun pandai berlakon. nyawa memang liat. mastermind untuk group Athena ni. sangat licik dan berani. heroin pulak oleh Yoon Hye In. aku suka dia. comel dan sangat cool. seorang field agent yang sangat cekap. luar nampak ganas tapi dalam hati ada teman. aku sukaaaa ~



aku minat cerita yang macam ni. tembak tembak yang penuh gempak. field agent yang dibantu oleh agent lain kat base. teamwork is perfect. intelligence yang bekerjasama menghasilkan satu group yang terbaek. sangat best. aku rasa macam nak kerja dalam group intelligence jugak la. ada kerja kosong tak kat mana mana?



ok. jom jadi field agent.

yours truly,

Sunday, February 12, 2012

IIUM Kuantan


salam semua

ok la. nak cerita sikit pasal kehidupan sekarang. saje suka suka. alhamdulillah sekarang sudah lebih seminggu aku daftar sebagai student UIAM Kuantan ni. terbaik sebab orientasi hanyalah dua hari. hostel pulak jauh dari kampus. so kena naik bas yang agak susah nak ada untuk ke kampus setiap hari. tapi best jugak sebab bila duduk kampus luar ni senang nak keluar. agak bebas. lagipun transport pun boleh bawak. so tak kesah sangat la pasal tu.

aku ditawarkan kos Mathematical Science walaupun masa kat CFS dulu apply Physics. tapi sebab masalah sikit kos Physics takde. so agak pening la nak buat keputusan bila kos yang kita tak minat kita terpaksa ambik. lagipun tak strong dengan Math. tapi bila fikir balik Physics aku pun bukanlah strong sangat pun. dah jumpa dengan Dean sekali bincang semua, at last aku buat keputusan nak teruskan dalam Math. insyaAllah. so memang kena struggle habes la kali ni.

sebagai student first year di tempat yang baru ni memang banyak la yang nak kena belajar. suasana memang sangat lain dengan CFS dulu. dengan masalah transport, shopping mall pun jauh. agak kebosanan jugak la kot kalau lama-lama kat sini. tapi insyaAllah dengan kawan-kawan yang ada kat sini, semangat sikit la nak teruskan. so go go chaiyok lah!

"A single conversation across the table with a wise man is
better than ten years mere study of books"

yours truly,

Thursday, February 9, 2012

Lonely






LONELY

[CL Lee Chae-rin]
The words I’m saying right now, I don’t know if they’ll hurt you
They’ll probably make you hate me forever

[Minzy 민지]
You, saying that I’m not the same as I used to be, is not completely untrue
This changed me is a stranger to myself as well

[Park Sandara 박산다라 Dara 다라]
You are so kind but
That’s the way you are but oh

[CL Lee Chae-rin]
I don’t know I don’t know
Why I am like this
[Park Sandara 박산다라 Dara 다라]
We were so in love, and you’re here now but oh

[Minzy 민지]
I don’t know
[Park Sandara 박산다라 Dara 다라]
I want to find myself now

[Park Bom 박봄]
Baby I’m sorry, even when I’m with you, I’m Lonely
I must be lacking when it comes to love, please forgive this horrible person I am

[Minzy 민지]
I’m sorry, this is your and my story
I must not be worthy of this thing called love, even though I’m by your side

Baby I’m so lonely lonely lonely lonely lonely
Baby I’m so lonely lonely lonely lonely lonely


[Park Bom 박봄]
Baby I’m so lonely lonely lonely lonely lonely
Baby I’m so lonely lonely lonely lonely lonely

[CL Lee Chae-rin]
You didn’t do anything wrong, I’m the strange one
It seems I’ve already been prepared long ago, for our breakup

[Park Bom 박봄]
I really wanted to treat you well, out of all the times, why is it when I’m confronted by love
I am shrinking away & am lonely endlessly

[Park Sandara 박산다라 Dara 다라]
You are so kind but
That’s the way you are but oh

[CL Lee Chae-rin]
I don’t know I don’t know
Why I am like this

[Park Sandara 박산다라 Dara 다라]
We were so in love, and you’re here now but oh
[CL Lee Chae-rin]
I don’t know
[Park Sandara 박산다라 Dara 다라]
I want to find myself now

[CL Lee Chae-rin]
Baby I’m sorry, even when I’m with you, I’m Lonely
I must be lacking when it comes to love, please forgive this horrible person I am

[Minzy 민지]
I’m sorry, this is your and my story
I must not be worthy of this thing called love, even though I’m by your side

Baby I’m so lonely lonely lonely lonely lonely
Baby I’m so lonely lonely lonely lonely lonely

[CL Lee Chae-rin]
Baby I’m so lonely lonely lonely lonely lonely
Baby I’m so lonely lonely lonely lonely lonely

[Minzy 민지]
Cuz I’m just another girl
This night is lonely, I

[Park Bom 박봄]
Can’t take any more, Good bye
[Park Sandara 박산다라 Dara 다라]
Cuz I’m just another girl
[CL Lee Chae-rin]
I’m so lonely
[Park Bom 박봄]
Even though I’m by your side right now
Baby I’m so lonely

[Minzy 민지]
Lonely lonely lonely lonely
Baby I’m so lonely lonely lonely lonely lonely

[CL Lee Chae-rin]
Baby I’m so lonely lonely lonely lonely lonely
Baby I’m so lonely lonely lonely lonely lonely

yours truly,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars