Wednesday, January 11, 2012

Too Phat : Malique


salam semua. hari ni rasa macam nak kongsi minat aku dengan korang. layan saje lah ye ~


Too Phat

yup. aku memang minat Too Phat sejak pertama kali aku dengar lagu Alhamdulillah dari album 360°. masa tu aku dalam darjah 6 kot. pastu memang layan la lagu-lagu diorang yang lain. antara album diorang yang best adalah Plan B, 360° dan Rebirth Into Reality. aku minat music diorang, tapi life diorang aku tak tahu la macam mana kan. aku tak ambik kesah la pasal tu.

Too Phat is a Malaysian hip-hop duo, consisting of Joe Flizzow aka The President and Malique Ibrahim, aka The General). The musical dua was formed in the late 1990s and came with a big break in 1999.

aah. aku memang meminati rap ye. dan rapper dalam Malaysia yang terbaik bagi aku adalah Too Phat. serious tak tipu. diorang rap english ke, malay ke, memang gempak. even rapper-rapper baru sekarang pun takleh lawan la. dan lagu diorang ada mesej dan falsafah tersendiri. bukan lagu cinta cintun yang bodoh-bodoh tu. dan mesej diorang dekat dengan masyarakat dan isu semasa. memang agak terkesan jugak bila dengar.



The duo launched Phatcaps, a merchandising label for Too Phat, where the first editions of the KL caps was introduced. In 2007, Joe Flizzow re-launched the 'KL cap' under his own label called State Of Mine Caps, by Kartel Clothing with Limited Edition KL caps in black and gold and white and gold combinations.

tepat sekali. cap KL yang banyak-banyak tu memang asalnya daripada Too Phat. diorang bawak satu brand. ada visi tersendiri. bukan menyanyi dan main musik saje-saje. diorang juga dah banyak menang awards. tu memang banyak la kalau nak senaraikan. yang paling best bila diorang menang Choice Local English Artiste selama 4 tahun berturut-turut dan jugak menjadi nominee untuk MTV Asia Awards 2001, 2002, 2004 dan 2005. gempak kot.



tapi sayang sekali sekarang diorang dah berpecah. aku tak tahu kenapa dan taknak percaya gosip-gosip liar. masing-masing bawa haluan sendiri dah. boleh nampak perbezaan diorang. gaya diorang buat lagu dan meluahkan idea berbeza. boleh bezakan dengan lagu Ila Damia feat Joe Flizzow - Untukmu dengan lagu Malique feat Rabbani - Perang Dah Tamat. aku nampak perjuangan Malique lebih besar dan lebih jauh. bahasa yang dia guna pun lebih terkesan.



Malique has set a new standard for quality music production - something that is sorely lacking within the local music industry. Malique is known for his poetic, socially-conscious and metaphorical lyrics in both Bahasa Melayu and English - proving that we do not have to look abroad for good penmanship. He is also known as a purist, preferring to be “heard and not seen”, letting his music to do the speaking for him.

very very true. dengan lagu dan musik yang dihasilkan, gaya rap dan imej, aku rasa Malique Ibrahim adalah rapper yang paling terbaik di Malaysia. hee ~ nak share sikit antara lagu dia yang best dan ada makna tersendiri. korang nilai sendiri la ye. sekian terima kaseh. :)

Malique feat Jamal Abdillah - Aku Maafkan Kamu



aku tak faham kenapa ada Zizan dalam ni. 'heard and not seen' la kot. :P

kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

yours truly,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars