Sunday, January 22, 2012

McDonald's

salam semua. kali ni nak ceritakan sikit pasal pengalaman aku.
setelah cuti beberapa bulan, aku merantau macam macam tempat.
dah habis merantau, baru lepak rumah. sebab tak buat pape kat rumah, aku ambik keputusan nak cari kerja la. boleh cari pengalaman, ada faedah sikit, duet pun masyukk.

aku start kerja kat McDonald's bermula bulan Disember 2011 sampai la hujung Januari 2012. sebab nak prepare untuk pendaftaran kat Kuantan nanti. aku ditugaskan sebagai counter crew. bertindak sebagai OTC dan runner. belum sempat masuk kitchen, so tak belajar la station tu lagi. mula mula tu aku kerja shift petang sampai malam. dinner time. agak sesak jugak tapi ok la. masih terkawal sebab crew part time pun ramai shift malam.

lepas tu aku kena kerja shift pagi. masuk pukul 7. kena bangun awal tiap tiap pagi kau tahu. dah macam pergi sekolah je. kat KISAS pun aku pegi sekolah pukul 7 lebih. tu yang kena tahan dengan ustaz Khir selalu. sekarang kena bangun awal lagi. pukul 3 petang baru balik. biasanya aku digandingkan dengan kak Shieda masa shift pagi. sebab tu kitorang macam rapat sikit la. tu yang sampai gosip liar menular tu. cess. tapi kitorang okay saje. manager-manager pun memang sporting habes.

paling mencabar adalah tempoh pukul 12 tengah hari sampai 3 petang. McValue Lunch. memang promotion yang murah la. sebelum 12 pun dah ramai yang tunggu. kalau hari cuti takyah cakap la. sampai ke pintu beratur. fuuh. masa ni la segala kecekapan, kepantasan, kesabaran teruji serentak. aku belajar kenal bermacam-macam k'erenah orang. serious. tak mudah nak deal dengan pelbagai manusia. sebab tu orang cakap, kalau kau tak nak orang buat macam tu kat kau, kau jangan la buat macam tu kat orang.'

McDonald's Desa Universiti berjaya memecahkan rekod penjualan.
maka kitorang dapat la satu kek penghargaan. well done lah. :D

abang Shaiful, kak Ada dengan Eman ~

jangan ditanya siapa di belakang tu ~

oh ya. ini bernama Ramu. seorang Nepal. muda lagi. kawan baik la dengan beliau. kitorang memang merepek sikit. walaupun cakap tak fasih sangat tapi boleh je gelak sama sama.

macam macam pengajaran aku dapat. kawan kawan baru pun. dengan Nepal pun aku kawan saje. macam macam kenangan aku dapat kat sini. terima kasih semua crew - managers, counter crew, kitchen crew, lobby crew dan riders. walaupun sekejap tapi memang best.

masa last day jumpa Firdaus, kak Shieda dengan kak Dayah. terima kaseh kak Dayah dengan kak Aniey atas hadiah yang diberi. nanti jumpa lagi boleh lepak sekali. hehe.

rasanya nanti kalau cuti 3 bulan boleh la kerja kat situ lagi.
mungkin penat sikit, tapi enjoy. tak kesah la kan. :)

yours truly,

3 comments:

PEAH said...

rsa mcm pernah nmpak dkt mcD ari tu

Akif said...

yeke? biar btl ~

Anonymous said...

aku pun pernah kerja mcd gak!tapi b4 uniform tukar la..huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars