Sunday, January 29, 2012

Majlis Amir & Siraj

salam semua

ya. seperti yang semua sudah maklum, semalam 28 Januari 2012 iaitu pada hari Sabtu bersamaan 5 Rabi'ul Awal 1433H merupakan Majlis Kenduri Kesyukuran Perkahwinan bagi dua orang pengantin bernama Mohd Amir dan Siraj Munirah bertempat di Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Kepong. click here for previous post.


oleh sebab itu, Hafiz dan Dania stay rumah sekali dengan aku kat Nilai. dan kitorang bergerak sekali dengan Farah dan Ummi kerana diorang cakap diorang tahu tempat tersebut. rupanya menggunakan GPS. dan sejam setengah jugak la nak sampai tempat itu kerana kekliruan melihat GPS. kitorang yang follow dari belakang mengambil inisiatif untuk membuka Google Maps dan lead the way to the destination. sampai dalam masa kurang 10 minit. well done lah lelaki.

sampai saje di sana dah nampak sangat ramai budak KISAS. memang macam reunion lah. rindu la bila nampak kawan-kawan satu batch yang datang. sungguh lama tak jumpa. majlis memang meriah. pengantin pula memang sangat sibuk melayan tetamu yang hadir. kitorang ni budak KISAS. apa lagi, borak sambil makan nasi minyak yang disediakan la kan. lepak sampai majlis tamat lebih kurang pukul 4 petang lebih.

bebudak ex-507 yang datang.

muka lepas makan. oyeah ~

muslimin batch 54. Amir jugak yang menang. haha.

by Qutham, Hafiz dan Dania

gambar-gambar diambil dr fb. thanks to the photographers. korang memang terbaik lah.
hehe. lepas kenduri kitorang pergi ambik Akip kat UM dah lepak Midvalley jap. tunggu Hanis, Aiman dengan Shahmi sampai. baru kitorang gerak pergi restoran SS2 Murni. seperti yang dijanjikan oleh Aiman Ismail - belanja kitorang sebelum dia fly pada bulan Januari. tercapai akhirnya. thanks la, Cherry! malam tu kitorang sampai rumah je terus terlentang kekenyangan. fuuh ~

sangat rugi kepada mereka yang tidak hadir. tak boleh ambik berkat pengantin muda ni. :P

tahniah sekali lagi
Mohd Amir & Siraj Munirah
semoga berbahagia :)

yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars