Sunday, January 15, 2012

Kepada Pemandu


salam semua readers

hari ni nak kongsi satu cerita yang diceritakan oleh kawan aku.
cerita ni aku rasa sangat struck to the heart la bagi aku.



"ada seorang kawan lelaki aku yang terlibat dalam kemalangan sebab drive laju-laju. masa tu girlfriend dia ada sekali dengan dia. dia koma sampai sebulan sebab kemalangan tu. bangun dari koma tu dia dapat tahu yang girlfriend dia yang kemalangan sekali tu dah meninggal dunia."

lebih kurang macam tu la cerita dia. serious. terkesima bila dengar. bayangkan macam mana besar rasa bersalah lelaki tu. girlfriend sendiri meninggal dunia sebab kecuaian diri sendiri. dah la girlfriend je, bukan isteri lagi pun. sebab lalai, anak dara orang meninggal dunia. mesti rasa bersalah gila gila punya.

itu la bahaya bila bawak kereta laju-laju. orang tersayang pun boleh melayang nyawa. sebab tu jangan la bawak kereta laju-laju. beza berapa sangat la nak laju tuu. dah la bahaya kat diri sendiri, membahayakan orang lain pulak tu. walaupun ajal tetap di tangan Allah, tapi Allah tak suruh kita binasakan diri sendiri.

jadi kepada semua pemandu, tolong tolong tolong lah jangan bawak kereta laju-laju. tak berbaloi nak sampai cepat punya pasal, nyawa melayang. nyawa sendiri melayang takpe lagi, ni sampai nyawa orang lain pun melayang. lagi teruk kalau nyawa orang tersayang pun melayang jugak. nampak sangat tak matang bila bawak laju-laju tu. bukan la hebat sangat pun.

ajal semua tu tetap ketentuan Allah. maka berusahalah untuk memandu dengan berhati-hati. dan berdoalah semoga sentiasa dalam peliharaan-Nya.

yours truly,

2 comments:

Farhan AJ said...

aku bawak moto je laju, xpa kot :D

Faaizz d. Zul said...

salam alayk'

innalillah, kdg2 tu aku tgk kereta yg spec rendah pon nak go laju2. bahaya kot kalau xtau stakat mana kemampuan kenderaan. pepon, ingatlah org tersayang ketika memandu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars