Sunday, January 29, 2012

My Princess


salam semua

eh eh. tengok tajuk ingat aku ada isteri jugak ke sebab dah ambik berkat pengantin hari tu? takde takde. jangan salah faham ye. hee. serious. dah lama tak review pasal drama ke filem ke kan. kerana sibuk dengan bermacam urusan. nak masuk main campus ni lagi la. takpe. ada masa ni jom kita review next drama korea yang aku baru je habes tengok.



My Princess

menceritakan tentenag seorang perempuan biasa, Lee Seol yang tiba-tiba dikenalpasti sebagai puteri yang hilang lama dahulu. oleh itu, beliau pun perlu pulang ke istana. macam-macam la cabaran yang dia terima. dari orang yang suka dan orang yang benci melihat dia bergelar puteri. manusia. tetapi dia sentiasa menerima sokongan oleh seseorang. semestinya hero - Park Hae Young. walaupun pelbagai ujian yang diterima, puteri ini cekal menghadapinya dan akhirnya semua menjadi seperti yang diharapkan.



ok. briefly jela eh. bagi aku cerita ni ok je. memang agak tipikal drama korea. komedi dalam cerita ni ok. babak romantik sikit je. so biasa je la cerita ni. takde la macam touched sangat bila tengok. untuk aku takde la babak sebak sebak dalam ni. biasa je la. so kepada korang yang nak tengok drama Korea, boleh je tengok cerita ni even yang ni takde la boom sangat macam drama yang lain tapi ok la kalau saje saje nak layan.



ok. aku mengaku. memang aku tengok drama ni pun sebab ada Kim Tae Hee. comeyyy. :D

p/s: going to main campus. pray for us. hope for the best there.

yours truly,

Majlis Amir & Siraj

salam semua

ya. seperti yang semua sudah maklum, semalam 28 Januari 2012 iaitu pada hari Sabtu bersamaan 5 Rabi'ul Awal 1433H merupakan Majlis Kenduri Kesyukuran Perkahwinan bagi dua orang pengantin bernama Mohd Amir dan Siraj Munirah bertempat di Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Kepong. click here for previous post.


oleh sebab itu, Hafiz dan Dania stay rumah sekali dengan aku kat Nilai. dan kitorang bergerak sekali dengan Farah dan Ummi kerana diorang cakap diorang tahu tempat tersebut. rupanya menggunakan GPS. dan sejam setengah jugak la nak sampai tempat itu kerana kekliruan melihat GPS. kitorang yang follow dari belakang mengambil inisiatif untuk membuka Google Maps dan lead the way to the destination. sampai dalam masa kurang 10 minit. well done lah lelaki.

sampai saje di sana dah nampak sangat ramai budak KISAS. memang macam reunion lah. rindu la bila nampak kawan-kawan satu batch yang datang. sungguh lama tak jumpa. majlis memang meriah. pengantin pula memang sangat sibuk melayan tetamu yang hadir. kitorang ni budak KISAS. apa lagi, borak sambil makan nasi minyak yang disediakan la kan. lepak sampai majlis tamat lebih kurang pukul 4 petang lebih.

bebudak ex-507 yang datang.

muka lepas makan. oyeah ~

muslimin batch 54. Amir jugak yang menang. haha.

by Qutham, Hafiz dan Dania

gambar-gambar diambil dr fb. thanks to the photographers. korang memang terbaik lah.
hehe. lepas kenduri kitorang pergi ambik Akip kat UM dah lepak Midvalley jap. tunggu Hanis, Aiman dengan Shahmi sampai. baru kitorang gerak pergi restoran SS2 Murni. seperti yang dijanjikan oleh Aiman Ismail - belanja kitorang sebelum dia fly pada bulan Januari. tercapai akhirnya. thanks la, Cherry! malam tu kitorang sampai rumah je terus terlentang kekenyangan. fuuh ~

sangat rugi kepada mereka yang tidak hadir. tak boleh ambik berkat pengantin muda ni. :P

tahniah sekali lagi
Mohd Amir & Siraj Munirah
semoga berbahagia :)

yours truly,

Sunday, January 22, 2012

McDonald's

salam semua. kali ni nak ceritakan sikit pasal pengalaman aku.
setelah cuti beberapa bulan, aku merantau macam macam tempat.
dah habis merantau, baru lepak rumah. sebab tak buat pape kat rumah, aku ambik keputusan nak cari kerja la. boleh cari pengalaman, ada faedah sikit, duet pun masyukk.

aku start kerja kat McDonald's bermula bulan Disember 2011 sampai la hujung Januari 2012. sebab nak prepare untuk pendaftaran kat Kuantan nanti. aku ditugaskan sebagai counter crew. bertindak sebagai OTC dan runner. belum sempat masuk kitchen, so tak belajar la station tu lagi. mula mula tu aku kerja shift petang sampai malam. dinner time. agak sesak jugak tapi ok la. masih terkawal sebab crew part time pun ramai shift malam.

lepas tu aku kena kerja shift pagi. masuk pukul 7. kena bangun awal tiap tiap pagi kau tahu. dah macam pergi sekolah je. kat KISAS pun aku pegi sekolah pukul 7 lebih. tu yang kena tahan dengan ustaz Khir selalu. sekarang kena bangun awal lagi. pukul 3 petang baru balik. biasanya aku digandingkan dengan kak Shieda masa shift pagi. sebab tu kitorang macam rapat sikit la. tu yang sampai gosip liar menular tu. cess. tapi kitorang okay saje. manager-manager pun memang sporting habes.

paling mencabar adalah tempoh pukul 12 tengah hari sampai 3 petang. McValue Lunch. memang promotion yang murah la. sebelum 12 pun dah ramai yang tunggu. kalau hari cuti takyah cakap la. sampai ke pintu beratur. fuuh. masa ni la segala kecekapan, kepantasan, kesabaran teruji serentak. aku belajar kenal bermacam-macam k'erenah orang. serious. tak mudah nak deal dengan pelbagai manusia. sebab tu orang cakap, kalau kau tak nak orang buat macam tu kat kau, kau jangan la buat macam tu kat orang.'

McDonald's Desa Universiti berjaya memecahkan rekod penjualan.
maka kitorang dapat la satu kek penghargaan. well done lah. :D

abang Shaiful, kak Ada dengan Eman ~

jangan ditanya siapa di belakang tu ~

oh ya. ini bernama Ramu. seorang Nepal. muda lagi. kawan baik la dengan beliau. kitorang memang merepek sikit. walaupun cakap tak fasih sangat tapi boleh je gelak sama sama.

macam macam pengajaran aku dapat. kawan kawan baru pun. dengan Nepal pun aku kawan saje. macam macam kenangan aku dapat kat sini. terima kasih semua crew - managers, counter crew, kitchen crew, lobby crew dan riders. walaupun sekejap tapi memang best.

masa last day jumpa Firdaus, kak Shieda dengan kak Dayah. terima kaseh kak Dayah dengan kak Aniey atas hadiah yang diberi. nanti jumpa lagi boleh lepak sekali. hehe.

rasanya nanti kalau cuti 3 bulan boleh la kerja kat situ lagi.
mungkin penat sikit, tapi enjoy. tak kesah la kan. :)

yours truly,

Monday, January 16, 2012

My Precious 2

salam semua

tiada kata yang ingin diucapkan selain

ALHAMDULILLAH


okay. setelah beberapa minggu mencari jodoh, akhirnya berjumpa jugak. kenapa Allah lewatkan dan sukarkan pencarian jodoh ini? pasti ada hikmahnya. walaubagaimanapun, rasa syukur di hati tetap dipanjatkan kepada Allah yang Maha Berkuasa.

yup. kerana bagi ayahanda, ini adalah keperluan asas anaknya. maka dihadiahkan kepada saya. bukanlah milik saya sepenuhnya. saya belum bekerja dan tiada pendapatan. hanya sebagai pinjaman untuk memudahkan segala urusan. alhamdulillah.

mesti ada hikmah kenapa pengurusan UIA di Kuantan tidak membenarkan saya membawanya bersama. takpe la. biarkan beliau berehat dahulu sehingga tiba masa yang sesuai untuk berkhidmat. sementara tu boleh transformkan beliau menjadi ini.

insyaAllah. terima kasih Allah. terima kasih ayah juga bonda. terima kasih keluarga dan rakan-rakan yang turut berdoa. semoga beliau adalah yang terbaik buat diri ini. akan ku jaganya seperti menatang minyak yang melimpah insyaAllah. kerana dia adalah my precious ku jua. :)

"Dan nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

alhamdulillah :')

yours truly,

Sunday, January 15, 2012

Kepada Pemandu


salam semua readers

hari ni nak kongsi satu cerita yang diceritakan oleh kawan aku.
cerita ni aku rasa sangat struck to the heart la bagi aku.



"ada seorang kawan lelaki aku yang terlibat dalam kemalangan sebab drive laju-laju. masa tu girlfriend dia ada sekali dengan dia. dia koma sampai sebulan sebab kemalangan tu. bangun dari koma tu dia dapat tahu yang girlfriend dia yang kemalangan sekali tu dah meninggal dunia."

lebih kurang macam tu la cerita dia. serious. terkesima bila dengar. bayangkan macam mana besar rasa bersalah lelaki tu. girlfriend sendiri meninggal dunia sebab kecuaian diri sendiri. dah la girlfriend je, bukan isteri lagi pun. sebab lalai, anak dara orang meninggal dunia. mesti rasa bersalah gila gila punya.

itu la bahaya bila bawak kereta laju-laju. orang tersayang pun boleh melayang nyawa. sebab tu jangan la bawak kereta laju-laju. beza berapa sangat la nak laju tuu. dah la bahaya kat diri sendiri, membahayakan orang lain pulak tu. walaupun ajal tetap di tangan Allah, tapi Allah tak suruh kita binasakan diri sendiri.

jadi kepada semua pemandu, tolong tolong tolong lah jangan bawak kereta laju-laju. tak berbaloi nak sampai cepat punya pasal, nyawa melayang. nyawa sendiri melayang takpe lagi, ni sampai nyawa orang lain pun melayang. lagi teruk kalau nyawa orang tersayang pun melayang jugak. nampak sangat tak matang bila bawak laju-laju tu. bukan la hebat sangat pun.

ajal semua tu tetap ketentuan Allah. maka berusahalah untuk memandu dengan berhati-hati. dan berdoalah semoga sentiasa dalam peliharaan-Nya.

yours truly,

Thursday, January 12, 2012

Bergayut


salam semua pembaca
anda suka bergayut? dengan buayafriend dan gelifriend anda? YES!
ini adalah perkara yang HARUSS berlaku ketika anda bergayut :


1. Tepat pukul 11 atau 12 malam mesti korang dah pegang henset korang. Sama ada tunggu panggilan atau korang yang akan call. Ada yang akan SMS tanya "Bz ke tak? Nak call nih".

2. Bila bergayut kadang2 tak kira tempat. Banyak port yang korang conquer. Ada yang kat koridor. Ada yang depan pintu. Atas katil. Di meja study. Macam2 lagi la. Masa ni dah tak kesah dah pukul 2 3 pagi pun sanggup gayut kat luar bilik asrama korang semata-mata dapat cakap ngan yang tersayang. Kekasih punya hal, hantu2 dah tak takut dah ~

3. Bila gayut punya gayut sampai mengantuk tapi si kekasih nak cakap lagi. Cakap2 sampai terlena. Besok pagi pakwe/makwe call kata " Semalam dah tido eh? I panggil tak sahut2". Dah mengantuk tapi taknak gtau sebab xmau kecewakan dia. Apa daaaa~~

4. Tengah dok syok cakap telefon, tiba2 "tuuutt" call putus. Mula2 try call balik tak dapat. Then check balance topup dah habis.Yang sang kekasih pun takde kredit. Haa tyme ni la sibuk buat SOS topup la. Credit Advance la. Pi bilik kawan yang jual topup laaa. Dan macam2 lagi. Siap suruh ayah, mak, kakak dan abang pi topupkan. Ish3!

5. Bila syok dok gayut atas katil tiba2 roomate nak tido dah. "Alamak,takkan nak gayut depan dia. Nak gayut di luar takut. Kalau gayut depan dia, nanti dia dengar aku bermanja-manja ngan kekasih aku lak". Bila dalam dilemma camni last choice - ambik bantal cover!

6. Masa awal-awal call cakap la benda harian yang dibuat. Makan apa. Jumpa sapa. Aktiviti menarik yang dibuat. Then masuk part 2 plak dalam perbualan iaitu part gaduh-gaduh manja lak. Then masuk part ke 3 - part pujuk memujuk pulak. Last2 BAIK balik. Banyak part sungguh laaa.

7. Kadang-kadang bila dah tak tahu nak cakap apa, pasang loudspeaker dan bagi roomate2 dengar sekali. Time ni semua pakat kerumun nak tanya soalan kat kekasih korang. Nak menyibuk laa, nak mengusik laa, nak buat Edisi Siasat laa. Yang roomate/kawan2 korang ketawa terbahak2 dengar kekasih kita bagi jawapan.

8. Ada kes di mana tengah dok gayut then gaduh besar. Time ni (kalau perempuan memang menangis laaa) dan akan terus matikan telefon. Haa mulalah pakwe ni call atau mesej si roomate korang supaya tolong bagi dia cakap ngan korang. Tak pasal2 jadi orang tengah pulak.

9. Bila akhir perbualan mestilah nak sebut " I LOVE YOU" atau " MISS YOU" tapi kita tak sebut kuat-kuat. Malu kena ejek ngan roomate kalau dengar. Oh ya, last sekali mesti ada "Mmmuuuaaahhh mmmuuaahhh" tu pun bagi kiss sesenyap mungkin. Malu punya pasal. Tapi tetap nak bagi.

10. Haaa. Ini memang satu situasi yang mana2 couple pun akan alami. "Awak letaklah dulu..." "Tak nak. Nak awak letak dulu." "Alaa. Semalam saya dah letak. Hari ni awak pulak letak." "Alaa. Jom kita letak sama2 k?Awak kira la sampai 3" "OK. 1...2....3..." Hmmm. Sampai ke sudah tak letak2.


HAHAHAHAHA
aku share daripada orang lain saje ye.
mungkin sebab aku pernah nampak adegan-adegan sebegini,
jadi aku rasa nak gelak gila-gila. sooooo trueeee. sorry bro.
HAHAHAHAHA

yours truly,

Wednesday, January 11, 2012

Too Phat : Malique


salam semua. hari ni rasa macam nak kongsi minat aku dengan korang. layan saje lah ye ~


Too Phat

yup. aku memang minat Too Phat sejak pertama kali aku dengar lagu Alhamdulillah dari album 360°. masa tu aku dalam darjah 6 kot. pastu memang layan la lagu-lagu diorang yang lain. antara album diorang yang best adalah Plan B, 360° dan Rebirth Into Reality. aku minat music diorang, tapi life diorang aku tak tahu la macam mana kan. aku tak ambik kesah la pasal tu.

Too Phat is a Malaysian hip-hop duo, consisting of Joe Flizzow aka The President and Malique Ibrahim, aka The General). The musical dua was formed in the late 1990s and came with a big break in 1999.

aah. aku memang meminati rap ye. dan rapper dalam Malaysia yang terbaik bagi aku adalah Too Phat. serious tak tipu. diorang rap english ke, malay ke, memang gempak. even rapper-rapper baru sekarang pun takleh lawan la. dan lagu diorang ada mesej dan falsafah tersendiri. bukan lagu cinta cintun yang bodoh-bodoh tu. dan mesej diorang dekat dengan masyarakat dan isu semasa. memang agak terkesan jugak bila dengar.



The duo launched Phatcaps, a merchandising label for Too Phat, where the first editions of the KL caps was introduced. In 2007, Joe Flizzow re-launched the 'KL cap' under his own label called State Of Mine Caps, by Kartel Clothing with Limited Edition KL caps in black and gold and white and gold combinations.

tepat sekali. cap KL yang banyak-banyak tu memang asalnya daripada Too Phat. diorang bawak satu brand. ada visi tersendiri. bukan menyanyi dan main musik saje-saje. diorang juga dah banyak menang awards. tu memang banyak la kalau nak senaraikan. yang paling best bila diorang menang Choice Local English Artiste selama 4 tahun berturut-turut dan jugak menjadi nominee untuk MTV Asia Awards 2001, 2002, 2004 dan 2005. gempak kot.



tapi sayang sekali sekarang diorang dah berpecah. aku tak tahu kenapa dan taknak percaya gosip-gosip liar. masing-masing bawa haluan sendiri dah. boleh nampak perbezaan diorang. gaya diorang buat lagu dan meluahkan idea berbeza. boleh bezakan dengan lagu Ila Damia feat Joe Flizzow - Untukmu dengan lagu Malique feat Rabbani - Perang Dah Tamat. aku nampak perjuangan Malique lebih besar dan lebih jauh. bahasa yang dia guna pun lebih terkesan.



Malique has set a new standard for quality music production - something that is sorely lacking within the local music industry. Malique is known for his poetic, socially-conscious and metaphorical lyrics in both Bahasa Melayu and English - proving that we do not have to look abroad for good penmanship. He is also known as a purist, preferring to be “heard and not seen”, letting his music to do the speaking for him.

very very true. dengan lagu dan musik yang dihasilkan, gaya rap dan imej, aku rasa Malique Ibrahim adalah rapper yang paling terbaik di Malaysia. hee ~ nak share sikit antara lagu dia yang best dan ada makna tersendiri. korang nilai sendiri la ye. sekian terima kaseh. :)

Malique feat Jamal Abdillah - Aku Maafkan Kamu



aku tak faham kenapa ada Zizan dalam ni. 'heard and not seen' la kot. :P

kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

yours truly,

Tuesday, January 3, 2012

Kenangan di CFS


malam ni tiba-tiba rasa feeling tak pasal. nak tulis pasal hidup kat CFS la pulak. kalau nak baca, sila la baca la. pengalaman aku saje. saje saje nak tulis.

ni masa first sem. masa ni group dah ditetapkan untuk semua student baru. so tak payah nak susah susah register subjek. CFS dah register siap-siap. ditakdirkan Allah kami yang di atas berada dalam satu group yang sama untuk semua subjek. malang sekali bila masuk sem 2, kami terpisah. group dah jadi lain-lain. tapi yang kekal dengan aku sampai last sem sorang je - Hanis Badarudin. haha.

memang best sebab kitorang classmate first sem rapat sampai last sem kat CFS. boleh kata setiap aktiviti berkumpulan yang kitorang nak buat, kalau boleh mesti ajak semua. dan setiap sem pastinya ada aktiviti bersama. tak kesah la pape pun. yang penting ada jugak masa bersama yang diluangkan.


ini masa first sem. kitorang ramai-ramai mandi manda kat sini. Desa Waterpark. dekat je dengan CFS. walaupun tempat ni takde la besar sangat macam Sunway Lagoon. tapi layan jela apa yang ada. best jugak pe bila ramai-ramai camtu.

ini pulak masa sem kedua. ada dua aktiviti utama kalau tak silap. makan nasi arab dengan makan steamboat. aku tak dapat join yang makan nasi arab tu. sempat join ni je. makan steamboat ramai-ramai kat MAEPS. best jugak la. semua ini abah yang plan. enjoy jugak ~

ini pulak Hanis dengan Safwan bawak aku makan nasi arab kat Saba Restaurant sebab aku tak dapat join diorang hari tuu. memang best la korang. bagi aku sem 2 la paling banyak aktiviti dengan diorang ni. macam-macam kitorang buat bersama.

ni masa sem 2. penghuni bilik AC207. masa ni tengah boring buat water rocket. so snap la satu gambar. siapa pandai, cuba teka. ada berapa orang dalam gambar tu. haa.

ni masa RAFEST. kitorang mewakili PRESSS untuk perlawanan paintball. first place bhaai. memang gabungan yang menarik la. sharp shooter pun ada. memang terbaek punya.

ni masa study week untuk final sem 2. tengok apa kitorang buat. pegi blok E malam-malam konon nak study bersama. tapi yang lebihnya main poker saja. dan yang paling kencing dalam poker adalah abah la. takde orang lain punya. haha.

ni masa tengah lapar malam-malam masa study. 10 bungkus Mee Sedap sekali gus. memang kekenyangan terus. rasa tak nak makan dah 3 bulan benda ni. haha.

ini masa sem 3. bukan short sem ye. bukak puasa bersama kat kedai nasi arab di Bangi. ramai-ramai sungguh best. seriously. walaupun hanya berbuka puasa. paling best masa sem 3 adalah midnight outing. tak tahu kenapa kitorang last sem ni selalu keluar malam-malam. sebab selalu kelas pagi takde kot. ambik peluang la. haha.

Transformers : The Dark of The Moon - 29 June 2011
masa ni budak bilik AC318 saje.

ni yang best. ramai-ramai. Harry Potter : Deathly Hallows Part 2 - 15 July 2011

Genting Highlands bersama. 3 orang saja. tapi gempak. budak AC318 jugak.
dan banyak jugak aktiviti kat bilik AC318. memang best la kalau dah 5 orang yang buat semua tu. selamber habes.

masak sosej dengan periuk yang dibawa oleh Dania.

keropok lekor dari Terengganu pun layan sajee.

chef yang berbakat. layan saje. asalkan dapat makan. haha.

ini kat Port Dickson lepas dah habis sem 3. ahli AC318. roommates yang terbaek. korang memang best lah. kat main campus nanti sebilik sekali ah jom. satu rumah pun boleh. boleh buat macam-macam lagi kat tempat baru pulak. haha.

tu saje la tiga sem aku kat sana. memang tak semua aku boleh tulis kat sini. yang lain tu jadi kenangan aku je la. tapi aku nak cakap, aku sayang korang lah ~

yours truly,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars