Saturday, December 31, 2011

Tahniah Kawan


salam semua. ya. seperti yang semua orang tengah kecoh. tentang perkahwinan baru. jadi aku pun nak jugak lah buat satu post special untuk pengantin baru. post ni mungkin agak panjang. jadi kalau anda nak baca, baca la ye. silakan.

Mohd Amir bin Abdul Halim. seorang kawan kat KISAS. takde rapat sangat dengan dia. tapi selalu ada hal dengan dia. walaupun aku bukanlah KP, bukanlah BADAR, bukanlah sekelas atau satu rumah, tapi banyak jugak hal dengan dia. kawan. biasa la. macam-macam la kan. tapi hal dengan mamat ni lain sikit la. hal apa? haaa.

aku masih ingat masa tingkatan 4, kes curi diari sampai cikgu pun tahu. aku masih ingat kejadian masa form 5 di dewan makan pada malam itu. aku masih ingat segala kejadian antara KP dengan MMU pada satu malam. aku masih ingat team FC Wanderes yang berjuang dalam KISAS Champions League. aku masih ingat kerjasama antara MMU dan Taekwondo dengan KP masa Majlis Sambutan Hari guru 2009. aku masih ingat peristiwa semasa latihan Taekwondo. aku masih ingat kejadian di bilik rehat kerana CPU. aku masih ingat saksi kejadian yang berlaku di blok form 4 pada malam yang satu. dan banyak lagi kejadian yang aku mungkin tak ingat.


FC Wanderes

HANNAN - 030710

aku tak lupa orang yang aku jumpa kat CFS. aku tak lupa orang yang tarik aku masuk PRESSS. handle segala bagai event PRESSS bersama. aku tak lupa rakan sepasukan volleyball PRESSS. aku tak lupa dengan siapa yang aku kantoi dekat stesen bas dan Midvalley. walaupun aku dan dia boleh dikatakan macam musuh la jugak, tapi dari KISAS sampai ke UIA aku jumpa mamat ni. kenapa la Allah tak pisahkan kitorang lagi. haha. aku tak nafikan, ada yang best ada yang tak best.

Volleyball PRESSS

Kisasian Mahabbah Gathering '11

Jamuan committee PRESSS

Annual Grand Meeting PRESSS '11

Amir bagi aku adalah seorang yang agak open minded. dia takde skema pun. lain daripada tipikal budak KISAS. mungkin sebab jawatan yang dipegang mengaburi semua itu. tak boleh nak lebih lebih kan. sampai kat UIA memang boleh nampak lain. lebih open tapi sentiasa terkawal. tetap ada batas, takde lebih-lebih. boleh je handle semua masalah dia. boleh je deal dengan orang lain dengan baik. dan aku rasa aku boleh je bincang macam-macam dengan dia.

kenapa aku cakap pasal mamat ni? semestinya kerana beliau melangsungkan perkahwinan beliau dengan pasangan beliau. yup. pada umur yang muda. baru nak masuk 20 tahun. pasangan dia pulak muda setahun. junior aku. junior MMU dan junior Taekwondo. aku tak cakap pasal pasangan dia sebab aku tak kenal sangat. memang terkejut batch kitorang atas berita ni sebab aku sendiri tak sangka secepat ni. fuhh. kata nak kawen umur 21. tengok-tengok skip awal gila. kau memang berani la weh. haha. sungguh ini adalah cara terbaek menamatkan zaman remaja untuk melangkah ke usia 20-an.

sumpah aku jeles dengan kau. jeles sebab kau kawen dulu daripada aku. jeles sebab kau berani. jeles sebab kau jumpa dulu jodoh kau. jeles sebab jodoh kau seorang yang baik. macam-macam lagi la yang aku jeles. jeles ye, bukan dengki. korang memang serasi bersama gitu. aku tetap bersyukur sebab perancangan kau dan dia telah menjadi kenyataan. aku akan tolong apa yang aku mampu. aku doakan jodoh korang berpanjangan hingga ke syurga. insyaAllah. :)

apa-apa pun aku tetap ucapkan tahniah kepada anda berdua;

Mohd Amir Abdul Halim & Siraj Munirah Ahmad Fauzi

banyak pulak gambar. haha. gambar ni dicilok dari fb ye. tahniah, bro.
nampak macam ayat cliche kan semua ni. tapi serius aku maksudkan.

korang doakan untuk aku pulak la ye. :D

yours truly,

4 comments:

Izzuddin said...

Nice post Akif, I pon nak take this opportunity to wish all the best for Amir and Siraj Munirah. :)

syah said...

semoga menemui jodoh yg baik juge.

Amar Za'im said...

tam, amir dlm senyap2 ni dah nikah.
ang bila lagi? kata lelaki malaya terakhir. haha
#kbai

Akif said...

sebab malaya terakhir la ak lambat sikit kot. haha. tak tahu la wehh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars