Monday, December 12, 2011

One Litre Of Tears


salam semua

nak share sikit cerita yang ditonton dengan penuh feeling
jom kita layan cerita ni pulak


One Litre of Tears

"why does this disease choose me?"

sebuah drama Jepun yang sangat menyentuh hati. mengenai seorang perempuan yang menghidapi suatu penyakit yang diberi nama Spinocerebellar Degeneration Disease dan malangnya penyakit ini belum ada penawarnya. dia menghidapi penyakit ini pada usia 15 tahun. memang sedih apabila seorang remaja yang masih muda harus menghadapi cabaran yang sebesar ini.

Aya Ikeuchi - seorang yang ceria di sekolah dan aktif dalam sukan bola keranjang terpaksa menghadapi ujian yang palin berat dalam hidupnya. penyakit yang belum ada ubatnya. bukan dia yang meminta, bukan juga permintaan keluarganya. tetapi semuanya harus ditanggung oleh mereka. ujian yang menguji kekuatan mereka sekeluarga.

aku sangat kagum melihat drama ni. kenapa? sebab watak utama sangat memberi inspirasi. bayangkan, pada usia 15 tahun anda mendapat tahu bahawa anda menghidap penyakit yang tiada ubat. dengan perlahan, semuanya semakin teruk. susah untuk berjalan, susah untuk menulis, malah susah untuk bercakap. dia harus bergantung kepada pertolongan orang lain tak kira di mana.



tetapi semangat yang ditunjukkan sangat mengharukan. seriously. Aya Ikeuchi sentiasa tersenyum di mana jua. dia lebih suka mengucapkan 'terima kasih' apabila orang membantunya daripada berkata 'maaf menyusahkan'. bayangkan dia dengan penuh semangat menjalani latihan pemulihan sehingga sanggup duduk di hospital berbanding di rumah untuk menjalani latihan terus. dia tidak berputus asa walaupun tahu keadaanya semakin teruk. tidak pernah mahu merisaukan orang sekelilingnya.

masyarakat sekeliling pun turut membantu. kawan-kawan yang lain membantu dan sanggup menunggu Aya yang lambat berjalan ke kelas untuk belajar bersama. keluarganya pun tidak pernah melayan dia lain dari yang lain. budaya di Jepun yang ditunjukkan dalam drama ini adalah budaya mulia. dan sangat memberi inspirasi kepada orang yang melihatnya.



jika dibandingkan dengan drama Melayu, tak payah cakap la kan. anda pun tahu. jika sesuatu drama yang mengisahkan orang berpenyakit, pasti suasana yang tidak sedap dilihat. disisih keluarga, dihina masyarakat. watak yang sakit pulak asyik menangis 24 jam mengenang nasib yang malang sambil menunggu saat kematian. memang takde semangat langsung kan? sudah tersiksa sebelum siksa yang betul datang. macam tak bersyukur pada ketentuan Allah pun ada.

bagi pandangan saya, sepatutnya drama Melayu mengetengahkan budaya yang mulia jugak agar dapat memberi semangat, inspirasi, pengajaran kepada masyarakat. bukan hanya memaparkan budaya teruk segelintir masyarakat bagaikan tiada langsung budaya mulia dalam masyarakat Malaysia. jadi take note ye semua pengarah dan penerbit filem tempatan.



akhir sekali, sila lah tonton drama ini. sumber inspirasi kepada semua. belajar lah daripada budaya lain. redha dengan segala ketentuan Allah dengan tidak mensia-siakan peluang dan rezeki yang masih diberi kepada kita semua.

"getting the disease isn't unlucky, but it's inconvenient"

yours truly,

5 comments:

peep said...

gaye penulisan mcm tgh menangis je ni kif? kantoi sudah.. :P

Akif said...

uish. diam2 suda. haha

mai said...

dah tengok cter ni..memang sedih sesangat..no offense, tapi kadang2 crite luar negara lebih bermotivasi dari serita tempatan..

MuHaMmAd NuUr HiDaYat.. said...

harap-harap mmg pengarah kita take note la...asyik asyik budaya sisih je...

setuju ngan mai!!..sememangnya cerita luar negara kebanyakannya lagi bermutu!!

cino said...

seriously sedih cite nie :'(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars