Wednesday, December 14, 2011

Mengetuk Pintu Neraka


untuk dikongsikan kepada semua pembaca
jom kita baca ramai-ramai



Dia gadis bertudung yang memegang tangan
boyfriendnya dan bercium hangat;

Tapi bila disua seks, dia menolak kerana ingin menjaga maruahnya;

Dia takut berdosa besar dengan tuhannya;
Dia takut memalukan diri dan ibu bapanya;

Dia takut hilang daranya pada yang bukan suaminya;

Dia meninggalkan lelaki itu dan masih bercium
dengan boyfriend seterusnya;


Dia mengetuk pintu neraka tapi takut melihat isinya;
Dia muslim, dengan bangganya.

- Oh! Islam -

perkongsian menarik daripada Oh! Islam. sememangnya telah ramai golongan sebegini. no offense. tapi itulah realiti. mereka berkata "kami menjaga maruah kerana kami ini orang Islam" sedangkan mereka sedang berbuat dosa. dosa yang dianggap kebiasaan ataupun trend pada masa kini. sebab itu lah tiada rasa dosa dalam diri mereka kerana masyarakat sekeliling pun sudah lazim dengan dosa tersebut. ini lah yang bahaya bagi umat Islam sekarang.



contohnya, seorang lelaki yang bercinta dengan seorang perempuan dengan niatnya bertujuan untuk berdakwah kepada perempuan tersebut. couple Islami kononnya. setiap hari memberi tazkirah. kejutkan bangun tahajud dan sebagainya. tetapi kata-kata cinta tetap bermain antara mereka sedangkan mereka tiada apa-apa hubungan yang sah. inilah yang dikatakan oleh seorang ustaz - trend 'menghilangkan rasa dosa'. ini kalau couple Islami. macam mana kalau couple yang tidak pernah mengikut agama dalam percintaan mereka? sungguh semua ini telah menjadi trend dalam masyarakat kita.

dipetik dari kata-kata seorang rakan fb, Nur Hafizah Bahijah:

"Sebenarnya, status ini menunjukkan keadaan umat Islam masa kini yang sudah semakin ramai terpesong. Mungkin kite masih belum nampak hakikat dunia akhir zaman ni, tapi itulah sebenarnya yang Oh! Islam cuba tunjukkan kepada orang ramai dengan tujuan menyedarkan. Kalau masih ada sesiapa yang tidak faham, status ini sebenarnya status sindiran buat mereka yang tahu apa itu dosa kecil dan dosa besar, tapi masih melakukannya."

dan juga kata-kata seseorang:

Perbezaan Islam dan Iman - Orang-orang "A'raab" berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: 'kami telah Islam'. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
(Al-Hujuraat 49:14)

renungkanlah bersama ~

Allah jugalah Yang Maha Mengetahui

yours truly,

1 comment:

Zakwan said...

ok, ini aku like sangat! =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars