Friday, December 23, 2011

Men & Women Can't Be Friends


salam semua. dah baca tajuk kan.
takpe. sebelum korang cakap pape, tengok video ni dulu.



dah tengok? faham kan apa yang video tu cuba katakan?

men and women can't be friends.
lelaki dan perempuan tak boleh berkawan baik.
betul ke?

dalam video ni dia interview lelaki dan perempuan. tanya sama ada boleh ke lelaki dan perempuan berkawan baik. adakah mereka mempunyai rakan baik berlainan jantina. adakah mereka ada perasaan lain selain kawan. dan boleh kata semua yang disoal ada perasaan lain selain persahabatan.



yup. kalau dah nama kawan baik tu, mesti la kawan yang selalu contact, message dan call boleh dikatakan setiap hari, cerita macam-macam, bertukar segala pendapat dan tempat luah segala yang dirasa. so memang tak mustahil la seorang kawan baik perempuan akan disukai oleh seorang lelaki dan sebaliknya. dan ini juga boleh dikatakan kebanyakan terjadi dalam masyarakat sekarang. bila dah jadi rapat, timbul perasaan lain yang mahukan lebih dari itu.

jadi betul ke lelaki dan perempuan tidak mungkin berkawan baik?

bagi aku, lelaki dan perempuan boleh berkawan baik. memang tidak semua lelaki dan perempuan boleh berkawan baik. boleh dikatakan memang susah jugak la sebab manusia ni kan tamak. dah dapat persahabatan nak lebih pulak. biasa la tu. tapi bagi aku tak mustahil lelaki dan perempuan boleh berkawan baik. kenapa? sebab aku ada bukti.

yup. aku kenal dua orang kawan baik ni. lelaki dan perempuan. diorang contact je selalu, share je semua benda, cerita je macam-macam, luah je pape yang diorang rasa. tapi memang haram takde langsung rasa lain ke apa ke dengan antara diorang. masing-masing tak pernah fikir nak hooking up ke apa ke. not secretly either. seriously. diorang kutuk je kalau ada pape yang tak best. puji je kalau best. memang open. tak pernah ada awkward moment tu. so bagi aku memang tak mustahil.


kawan baik yang aku cakap tu bukanlah lelaki dan perempuan yang rapat, tetapi lelaki atau perempuan tersebut menyimpan perasaan kepada kawan baiknya secara rahsia atau telah mengaku. even diorang tak hook up, even perasaan tu tidak berbalas, feeling tu telah membunuh istilah 'kawan baik' tu. so it's not considered as best friends.

apa yang aku maksudkan adalah dua orang kawan baik yang memang tiada langsung perasaan lain selain kawan secara rahsia ataupun tidak. mereka berdua lebih menghargai persahabatan tu daripada perasaan lain. diorang tahu dan boleh berfikir tiada guna bermain perasaan apatah lagi dengan kawan baik sendiri. masing-masing tak sanggup nak patahkan hati satu sama lain. itulah kawan baik yang aku maksudkan. memang tiada langsung perasaan lain.

aku tak nafikan, kalau nak jatuh cinta dengan seseorang pun biasanya akan bermula dengan persahabatan. aku tak cakap salah pun. biasa la tu kan. sebab tu ramai orang akan berkahwin dengan rakan sendiri. that's a norm. yang aku nak cakap adalah juga tidak mustahil lelaki dan perempuan boleh berkawan baik tanpa perasaan lain.



konklusi, memang susah lelaki dan perempuan boleh berkawan baik tetapi tidak mustahil kalau dua orang itu betul-betul menghargai erti persahabatan tersebut. peace. :D

yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars