Tuesday, January 3, 2012

Kenangan di CFS


malam ni tiba-tiba rasa feeling tak pasal. nak tulis pasal hidup kat CFS la pulak. kalau nak baca, sila la baca la. pengalaman aku saje. saje saje nak tulis.

ni masa first sem. masa ni group dah ditetapkan untuk semua student baru. so tak payah nak susah susah register subjek. CFS dah register siap-siap. ditakdirkan Allah kami yang di atas berada dalam satu group yang sama untuk semua subjek. malang sekali bila masuk sem 2, kami terpisah. group dah jadi lain-lain. tapi yang kekal dengan aku sampai last sem sorang je - Hanis Badarudin. haha.

memang best sebab kitorang classmate first sem rapat sampai last sem kat CFS. boleh kata setiap aktiviti berkumpulan yang kitorang nak buat, kalau boleh mesti ajak semua. dan setiap sem pastinya ada aktiviti bersama. tak kesah la pape pun. yang penting ada jugak masa bersama yang diluangkan.


ini masa first sem. kitorang ramai-ramai mandi manda kat sini. Desa Waterpark. dekat je dengan CFS. walaupun tempat ni takde la besar sangat macam Sunway Lagoon. tapi layan jela apa yang ada. best jugak pe bila ramai-ramai camtu.

ini pulak masa sem kedua. ada dua aktiviti utama kalau tak silap. makan nasi arab dengan makan steamboat. aku tak dapat join yang makan nasi arab tu. sempat join ni je. makan steamboat ramai-ramai kat MAEPS. best jugak la. semua ini abah yang plan. enjoy jugak ~

ini pulak Hanis dengan Safwan bawak aku makan nasi arab kat Saba Restaurant sebab aku tak dapat join diorang hari tuu. memang best la korang. bagi aku sem 2 la paling banyak aktiviti dengan diorang ni. macam-macam kitorang buat bersama.

ni masa sem 2. penghuni bilik AC207. masa ni tengah boring buat water rocket. so snap la satu gambar. siapa pandai, cuba teka. ada berapa orang dalam gambar tu. haa.

ni masa RAFEST. kitorang mewakili PRESSS untuk perlawanan paintball. first place bhaai. memang gabungan yang menarik la. sharp shooter pun ada. memang terbaek punya.

ni masa study week untuk final sem 2. tengok apa kitorang buat. pegi blok E malam-malam konon nak study bersama. tapi yang lebihnya main poker saja. dan yang paling kencing dalam poker adalah abah la. takde orang lain punya. haha.

ni masa tengah lapar malam-malam masa study. 10 bungkus Mee Sedap sekali gus. memang kekenyangan terus. rasa tak nak makan dah 3 bulan benda ni. haha.

ini masa sem 3. bukan short sem ye. bukak puasa bersama kat kedai nasi arab di Bangi. ramai-ramai sungguh best. seriously. walaupun hanya berbuka puasa. paling best masa sem 3 adalah midnight outing. tak tahu kenapa kitorang last sem ni selalu keluar malam-malam. sebab selalu kelas pagi takde kot. ambik peluang la. haha.

Transformers : The Dark of The Moon - 29 June 2011
masa ni budak bilik AC318 saje.

ni yang best. ramai-ramai. Harry Potter : Deathly Hallows Part 2 - 15 July 2011

Genting Highlands bersama. 3 orang saja. tapi gempak. budak AC318 jugak.
dan banyak jugak aktiviti kat bilik AC318. memang best la kalau dah 5 orang yang buat semua tu. selamber habes.

masak sosej dengan periuk yang dibawa oleh Dania.

keropok lekor dari Terengganu pun layan sajee.

chef yang berbakat. layan saje. asalkan dapat makan. haha.

ini kat Port Dickson lepas dah habis sem 3. ahli AC318. roommates yang terbaek. korang memang best lah. kat main campus nanti sebilik sekali ah jom. satu rumah pun boleh. boleh buat macam-macam lagi kat tempat baru pulak. haha.

tu saje la tiga sem aku kat sana. memang tak semua aku boleh tulis kat sini. yang lain tu jadi kenangan aku je la. tapi aku nak cakap, aku sayang korang lah ~

yours truly,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars