Tuesday, December 20, 2011

Enjoy Your Life


salam. nak share satu buku yang telah dibaca kepada semua.
harap review ini boleh memberi manfaat kepada anda.



By: Dr. Muhammad 'Abd Al-Rahman Al-'Arifi
Translator: Saleem Beg
Pages: 592
Binding: Hardback
Size: 6×9×1" (15×21×2.6 cm)


yup. sebuah buku menarik daripada Dr. Muhammad 'Abd Al-Rahman Al-'Arifi. sebenarnya buku ni bukan la aku yang pilih dan beli sendiri. tetapi dihadiahkan oleh Dr Razli kat Jeddah dulu masa aku nak balik Malaysia dah. sememangnya pilihan beliau sangat menarik. memang buku ni sesuai untuk dibaca. terutamanya untuk golongan remaja.

sebenarnya lepas sampai Malaysia dulu ingatkan nak habiskan terus buku ni. tapi tak sempat kerana urusan yang perlu diselesaikan untuk masuk CFS. then letak buku ni kat Nilai. so at last tak dapat jugak habiskan buku ni. nasib baik la cuti ni dapat jugak habiskan akhirnya. alhamdulillah.

buku ni tentang bagaimana anda ingin enjoy dalam hidup. enjoy yang macam mana tu? enjoy seperti Rasulullah enjoy dalam hidup baginda. yes. bagaimana Rasulullah bergaul dengan orang ramai. bagaimana Rasulullah menyelesaikan masalah dalam hidup baginda. cara-cara bagaimana semua cabaran dan ujian dalam hidup dapat diatasi dengan enjoy.

ada lebih kurang 592 muka surat. kandungan dipecahkan kepada beberapa bab. bab yang sikit-sikit. bukan macam novel. so memang tak boring. bila dah baca satu bab akan terasa ingin sambung kepada bab yang seterusnya. dan setiap bab akan menekankan satu topik sama ada perkara yang perlu dibuat atau perkara yang perlu dielakkan. disertakan dengan dalil serta sirah-sirah Rasulullah terdahulu yang berkaitan dengan topik tersebut untuk menegaskan lagi topik itu agar mudah difahami. english yang digunakan adalah simple english. so tak perlu risau kerana mudah difahami.

seriously, jika anda mencari sebuah buku untuk menjadi bahan bacaan atau untuk dijadikan hadiah kepada rakan anda, sila lah pilih buku ni. memang disarankan. insyaAllah banyak manfaat dan pengajaran yang anda akan dapat. tak rugi. betul.

jadi jika anda mahu enjoy dalam hidup, jom baca buku ni. :D

yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars