Saturday, December 3, 2011

5 Sebab Kenapa Single Itu Best


5 Sebab Kenapa Single Itu Best

perhatian: berpasangan di sini bukan lah pasangan yang sudah berkahwin, tetapi pasangan yang tipikal yang ramai di luar sana. alaa. trend budak-budak zaman sekarang la. tak couple tu kan kolot. konon. jadi jom kita tengok kenapa single itu best.

tak perlu keluar duit

ini semua orang pun sedia maklum. jika ada gelifriend atau buayafriend pastinya modal perlu dikeluarkan. paling basic adalah duit untuk topup kredit la. nak sms 24/7 la. nak gayut tiap-tiap malam la. semua itu perlukan kredit. dan kredit tu bukan untuk diri sendiri sahaja. tapi untuk pasangan jugak. yela. sama-sama nak best kan. pengeluaran duit yang lain termasuklah keluar bersama : tambang transport, makan bersama, tengok wayang, segala hadiah dan banyak lagi la.



tak perlu membuang masa


faktor kedua yang berubah secara mendadak bila bercouple - masa. masa 24 jam tu boleh dikatakan separuh atau lebih digunakan untuk bersama pasangan. mana tak, asyik nak mesej selalu je - buat apa, mandi ke belum, makan ke belum, makan apa, lauk apa, minum apa, berapa ketul ais semua nak kena tanya. tak ke dah buang masa tu. tu belum yang ajak berdating, ajak karaoke dan main bowling lagi. jadi masa berkualiti untuk buat perkara lain seperti tidur, study, assignment, main game, memasak, kemas rumah dan sebagainya telah berkurangan. jadi jangan tanya kenapa mereka yang bercouple akan menjadi malas.

tak perlu rasa takut

yup. ada pasangan yang bercouple tanpa pengetahuan orang oleh kerana beberapa sebab seperti tidak direstui atau takut akan kena marah. cinta monyet siapa yang suka. ada jugak yang akan berasa malu kalau orang tahu. sampai sanggup keluar bilik pegi cari tempat kosong untuk bergayut seperti tepi tangga atau koridor. tak pun tunggu kawan-kawan lain tido dulu. dan pastinya akan wujud rasa takut jika pasangan mereka dirampas oleh orang lain yang tidak bertanggungjawab kononnya. maka orang single ini tak perlu rasa takut kalau mak ayah tahu. tak perlu takut kalau lecturer tahu. tak perlu malu kalau kawan-kawan tahu. relax je. hidup tanpa masalah dan resah gelisah. steady sahaja. tak gitu?

tak perlu membazir perasaan

yes. tepat sekali. tak perlu membazir perasaan. tak yah nak rasa excited - suka hati - terharu - gatal - seronok - terasa - sakit hati - sedih - menangis - kecewa - rasa nak mati - lepas tu akhirnya break up. then jumpa orang baru pula dan segalanya kembali berulang. kenapa semua itu berulang? kerana orang tersebut bukan jodoh dia. dan mereka bercouple bukan untuk mencapai matlamat yang sahih. kenapa perlu menangis sebab orang yang bukan jodoh kita? kan membazir perasaan tu. sebab tu tak pasal pasal habis tiga kotak tisu satu malam sebab menangis, habis kerja lain semua tak jalan. membazir lagi. haish.


tak perlu risau

bila berpacaran ni mesti timbul rasa risau. risau kalau pasangan kena rampas oleh manusia bertopengkan syaitan. fuhh. risau kalau pasangan berlaku curang di belakang. risau kalau at last hubungan ini menemui jalan buntu. risau jika pasangan berubah apabila bertemu dengan orang yang lebih baik. dan banyak lagi la kerisauan yang akan timbul pada setiap hati orang yang bercouple ini. tetapi tidak pada mereka yang single.

"Wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik
dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)."
(An Nur:26)

senang je kan. konklusinya : jika mahu yang pasangan yang baik, maka berusahalah menjadi baik. Allah kan Maha Adil. tak kan dia nak biarkan seorang lelaki yang berfoya-foya dengan ramai perempuan sebelum kahwin akhirnya dapat isteri yang solehah. bukankah itu tidak adil kepada lelaki-lelaki yang baik sebelum kahwin lagi? sebab tu orang cakap 'what goes around, comes around'. so kalau rasa anda belum cukup baik, berusahalah untuk jadi baik. mungkin jodoh anda pun sedang berusaha menjadi baik. :D


bukankah single itu best? ada jodoh kahwin jugak kita.
tidak perlu risa. semuanya sudah diatur. insyaAllah. :)

yours truly,

6 comments:

Nedhamzah said...

AFIF, aku rasa kaaan.. aku couple dengan tak couple sama jaaak! hew hew

Akif said...

uish. pelik tuuu. tp rasa tetap lain kan.

cino said...

betul3 :)

~Dr.CiNta~ said...

kapel membazir je hehe :) sbb membazir utk org yg tak konfirm jd milik kita ;)

Akif said...

tepat sekali doctor. :)

MuHaMmAd NuUr HiDaYat.. said...

just wasting our money...sakit ati je apabila si dia memperalatkan kita utk kesenangan hidupnya..last last..dye curang...hurm..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars