Monday, November 14, 2011

Thailand Trip - 11-131111


11 November 2011

bertolak dari USM dengan menaiki dua buah bas pada pukul 7.30 pagi. singgah di Gurun untuk breakfast. teruskan perjalanan sehingga ke Changlun. melepasi imigresen di Bukit Kayu Hitam dan terus memasuki kawasan Thailand. perjalanan selama 4 jam diteruskan menuju ke Nakhon Si Thammarat. kami berhenti di Sadao untuk solat Jumaat dan lunch. tiba di Walailak University lebih kurang pukul 7 malam. sampai je kat sana diteruskan dengan opening ceremony.

MoU Signing Ceremony bersama wakil ISWU dan AMRON

tom yam special. kurang kick sebab tak pedas sangat. kat Malaysia banyak lagi tom yam yang lebih best. mungkin sebab tukang masak dia dari Thailand jugak kot. bagi sesiapa yang tak makan pedas jangan la makan cili kat sini. memang berasaaaappp.
disajikan dengan dinner yang best. masuk check in hotel di universiti tersebut. oleh kerana keletihan yang amat, terus tertido. dan bangun keesokan paginya pula.

12 November 2011

esok pagi bangun breakfast pukul 8 pagi. cantik juga Walailak University ini. semalam sampai tak nampak sangat. tapi kalau compare dengan universiti kat Malaysia memang Malaysia menang lagi la. Walailak University ni bukanlah universiti Islam dan pelajar Islam di sini hanyalah minoriti. ISWU adalah persatuan Islam di sini yang menjaga dan untuk kemajuan Islam oleh pelajar di sini.

majlis bermula pada pagi itu. presentation dan talk daripada wakil ISDEV dan program lain berjalan dengan lancar. majlis diteruskan sehingga pukul 12 tengah hari. makan tengah hari sebelum check out dan meneruskan perjalan ke Ban Nua, Hat Yai. perjalanan yang agak lama juga. kami tiba di sana sebelum Maghrib.
semua peserta yang terlibat

lepas solat Zuhur/Asar kami dihidangkan dengan makanan untuk dinner. lepas Maghrib, kami dibahagikan dalam kumpulan untuk menetap di rumah keluarga angkat masing-masing. kami sekeluarga ditempatkan di rumah Tok Khatib kampung tersebut.

Ban Nua Mosque
selepas Isya', majlis diteruskan. dialog dengan penduduk kampung Ban Nua untuk mengenali sistem pentadbiran di kampung mereka. dan sungguh mereka sangat komited dan sistem masyarakat yang kuat telah terbina di Ban Nua diketuai oleh Dr Tabarani. sangat mengagumkan. lepas supper barulah kami balik ke rumah masing-masing untuk berehat.

13 November 2011


lepas Subuh kami dibawa ke atas masjid untuk melihat pemandangan dari atas. dekat atas kubah masjid tu. lepas tu kami dihidangkan sarapan oleh tuan rumah masing-masing. kemudian kami dibawa berjalan sekeliling kampung melihat keadaan di sana. selepas itu barulah kami bertolak ke Hat Yai.




Hat Yai - tempat utama para pelancong - pusat membeli-belah yang terkemuka - harga murah - banyak pilihan - barangan Siam - layaaan ~

shopping sampai 12.30 tengah hari. kemudian barulah kami teruskan perjalanan pulang ke Malaysia. berhenti solat di Masjid Bukhary, Alor Setar dan makan di kawasan sana. singgah pula di Gurun untuk solat Maghrib/Isya'. sampai di USM lebih kurang pukul 9 malam.

alhamdulillah banyak pengajaran yang aku dapat sepanjang trip ni. minat pula dengan pemikiran orang-orang akademik. rasa nak tukar ke social science pun ada jugak. takpe. itu boleh dipertimbangkan semula nanti.

yours truly,

2 comments:

Pia.Sufiah said...

kenapa aku baru tau kau dekat usm?

Akif said...

eh. aku ikut ayah aku la.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars