Wednesday, November 23, 2011

TAKDIR


salam semua. sedikit review mengenai sebuah novel yang hebat.


TAKDIR : Cahaya Yang Tidak Terpadam
by Hilal Asyraf

sebuah lagi karya Hilal Asyraf yang sememangnya terbaik. sebuah novel ala-ala Lord Of The Ring malah lebih baik kerana ini versi Islamik. sebuah cerita fantasi dan imaginasi. apa yang membuatkannya istimewa - sebuah epik Islami.

"Walau tubuh hancur dilebur, keimanan kekal tidak terkubur."

Sedikit sinopsis untuk ‘Takdir’.

Dunia diselimuti kegelapan. Selepas Sang Asura dan Lima Jeneral menguasai dunia sepuluh tahun yang lalu, ramai yang menyangka cahaya Ilahi telah terpadam. Kerajaan Tanah Haram diasak hebat. Kota ‘Hijau’ Chinmayi juga begitu. Waktu seakan terhenti. Manusia yang percaya kepada-Nya dibadai derita. Ada yang percaya Dia telah meninggalkan mereka. Malah, tidak kurang yang menyatakan bahawa Allah itu tiada. Apatah lagi sejarah menjadi saksi tewasnya Kiai Songo ditangan Sang Asura dua belas tahun sebelumnya. Namun bukan bagi Kerajaan Tanah Haram dan kota ‘Hijau’ Chinmayi. Mereka kekal percaya dan terus berjuang menegakkan agama-Nya. Lantas seorang pemuda dihantar Bapa memulakan kembara. Memerangi kegelapan bahawaan Sang Asura. Angkasa Sakti. Dia adalah saksi. Cahaya Ilahi tidak akan terpadam walaupun kegelapan menyelubungi dunia.

Sumber: TAKDIR

"Walaupun jasad mati dibunuh, namun jiwa kita tetapi hidup dengan utuh."

Takdir mengisahkan perjalanan dan perjuangan manusia-manusia yang beriman kepada Allah dalam menegakkan Islam itu kembali di saat dunia diselubungi kegelapan yang dibawa oleh Sang Asura yang mengaku dirinya Tuhan. Angkasa Sakti adalah saksi bahawa cahaya Ilahi tidak akan terpadam walaupun kegelapan menyelubungi dunia. jalan cerita yang sangat menarik. sebuah kisah pengembaraan yang penuh hikmah. bagaimana dunia yang diselubungi kegelapan mula dipancarkan cahaya oleh orang-orang beriman yang menunggu Allah mengizinkan cahaya-Nya menyinari dunia kembali. siapa sangka ketika semua agama telah pupus di dunia kerana kuasa yang dibawa oleh Sang Asura, masih wujud sebuah agama yang mempertahankan akidah mereka oleh orang-orang beriman yang utuh mempercayainya - Agama Langit.

"Keteguhan ini hanya akan kita rasai, apabila Allah itu kita rapati."

pejuang-pejuang beriman yang ditunjukkan memang hebat. beriman teguh dengan agama-Nya, tidak gentar, mahir dalam pertempuran, bijak berfikir, tidak pernah berputus asa dan sentiasa yakin Dia akan menunaikan janji-Nya. Angkasa Sakti. Kiai Songo - Kiai Suci, Kiai Bumi, Kiai Hutan, Kiai Langit, Kiai Awan. Ruh Faizan. Rib'i Amir. Izrayel. Aizan Fahmi. Mughirah Syu'bah. Khalid Al-Walid. Waqqas Qadri. Ashoka. Arnav. Ezakiel. mereka menentang penentang Agama Langit. Sang Asura. Lima Jeneral Utama - Long Berk, Rafael, O Zero, Valdes, End. pertempuran yang sangat hebat berlaku di Tanah Haram. adakah kemenangan akan berpihak kepada pengganut Agama Langit atau sebaliknya?

"Walau seluruh dunia dipeluk gelita, kita tetap yakin cahaya-Nya akan bersinar jua!"

seriously saya rasa anda mesti membaca novel ini. novel yang lain dari yang lain. sebuah perjalanan yang di luar jangkaan. pengembaraan yang hebat oleh seorang hamba Allah. teguhkan iman dan tetapkan hati. pasti banyak manfaat yang akan diperoleh. insyaAllah.

"sesungguhnya Dia tidak akan mengecewakan hamba-hambaNya"

yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars