Wednesday, November 9, 2011

The Spirit of The Coin


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

sebenarnya dah lama sangat saya nak tanya pasal ni.
harap kepada mereka yang tahu dan arif, boleh la bantu saya
dalam permasalahan ini dengan memberi jawapan yang boleh meyakinkan saya ye.



The Spirit of The Coin

dari sekolah rendah lagi saya dengar pasal suatu game yang diberi nama 'The Spirit of The Coin'. pertama kali saya dengar tentang game ni memang saya sudah berminat. entah kenapa saya dapat rasakan yang game ni ada thrill dan feel yang tersendiri. tetapi saya belum pernah ada peluang untuk bermain game tersebut.

apakah itu permainan 'The Spirit of The Coin' sebenarnya?


'The Spirit of The Coin' juga dikenali sebagai 'Ouija Board' di Eropah. Sebenarnya 'The Spirit of The Coin' bukan sebuah permainan sebaliknya sebuah kaedah untuk berhubung dengan roh orang yang meninggal dunia. Kaedah ” spirit of the coin ” digunakan dalam beberapa ritual dan kepercayaan untuk berhubung dan berbual dengan roh orang yang telah meninggal dunia.

Kaedah ini biasanya digunakan untuk :

-Tanya khabar orang yang meninggal dunia.
-Mengetahui kedudukan roh.
-Berkomunikasi dengan roh.
-Minta bantuan secara gaib
-Mencari barang / orang yang hilang.
-Untuk mengetahui cara matinya :
kemalangan atau dibunuh dan sebagainya
-Untuk tanya sesuatu yang penting seperti :
Password , no pin , kedudukan harta.

secara ringkas:

Satu gambarajah akan dibuat pada kertas, secara asasnya mengandungi :

1. susunan huruf2 dari A - Z
2. angka dari 1 - 9
3. dua ruang @ petak, satu petak tertulis
'YES' dan satu lagi 'NO'
4. satu ruang tertulis 'HOME'. Kadangkala digantikan dengan 'GOODBYE'. fungsinya lebih kurang sama macam fungsi button 'ENTER' pada kibord. Fungsi kedua adalah sebagai point untuk memulakan & menamatkan permainan.


yup. lebih kurang begitu la secara ringkas tentang permainan ini. pastinya ramai yang sudah tahu tentang permainan ini terutamanya kepada budak-budak yang satu zaman dengan saya. maklum la, masa zaman kita budak-budak dulu mana ada facebook. saya juga percaya ramai juga yang pernah ada pengalaman tersendiri bermain permainan ini. bila tengok balik, saya rasa permainan ini sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat kita - terutamanya pelajar.



perasaan ingin bermain game 'The Spirit of The Coin' ini sangat kuat sehinggalah saya dengar ada orang cakap HARAM bermain permainan ini. kerana ia adalah salah satu cara yang mendatangkan syirik. yup. seperti kita tahu game ini menyeru roh orang mati - tidak lain dan tidak bukan adalah syaitan laknatullah yang sentiasa mencari jalan menyesatkan manusia. dan semestinya jika seseorang itu bermain game ini untuk meminta sesuatu atau memohon bantuan kepada roh orang mati, iaitu selain daripada Allah - ini adalah syirik. tidak dinafikan.

jadi soalan saya kepada anda:

adakah boleh game ini dimainkan jika tujuannya bukan untuk meminta bantuan kepada roh tersebut atau yang sewaktu dengannya. maksud saya, kita hanya bermain game ini untuk berkomunikasi dengan roh tersebut sahaja. saje nak sembang-sembang la orang cakap. boleh ke tak eh? adakah salah untuk manusia berkomunikasi dengan makhluk lain seperti syaitan, jin dan sebagainya?

maaf. saya memang tidak tahu. saya memang nak bertanya kepada ustaz atau ustazah, tetapi selalu tidak berkesempatan. saya pernah bertanya kepada kawan-kawan, tetapi mereka juga tidak pasti tentang hukum tersebut. saya juga telah membuat kajian di internet, tetapi tetap juga tidak berjumpa dengan hukum sebenar bermain permainan ini. harap anda yang tahu boleh berkongsi ilmu dengan saya. terima kasih.

amaran!
jangan bermainan game ini jika tidak pasti apakah sebenarnya game ini.
takut boleh membawa kita kepada syirik. nauzubillah.

[UPDATED]
HARAM bermain permainan The Spirit of The Coin di atas sebab-sebab yang munasabah. sila rujuk komen-komen di bawah. terima kasih kepada semua rakan yang memberi komen. semoga Allah merahmati. :)

yours truly,

12 comments:

peep said...

buat mende main game ni akif oi, bek layan kpop lagi best..haha :P

cino said...

bdk skola rndh sy dlu pena maen . baling syiling ats bumbung skola . haha

Anonymous said...

hukumnya HARAM, itu betul dan pasti.

kalau budak sekolah main dan kantoi dengan ustaz or ustazah, gerenti kena rotan.

kalau betul ia boleh berkomunikasi dengan roh mati,
cuba buat 2-3 atau banyak-banyak summoning serentak, seru satu roh, sebagai contoh Hang Tuah kononnya,
adakah kesemua Ouija Board tu ada roh Hang Tuah? yang mana roh betul? haa..

bahana lagi, jikalau yang datang tak mau pergi, bahaya, tapi boleh diubati jika sempat,
yang meminta korban mengarut, pulut kuninglah, ayam hitam, ayam putih, ayam hitam putih belang-belang tompok polka dot tu semua mengarut, jangan ikut. tak lain tak bukan jin dan syaitan yang menyesatkan.

memang benar ada sahaja remaja zaman sekarang ni yang bermain permainan ini, untuk berseronok, ingin tahu, cabar-mencabar,
ada yang selamat bermain = seronok,
ada yang tidak selamat = diganggu.

kenapa nak komunikasi dengan roh dan jin? nak tau sangat dunia jin?
kemana roh pergi selepas jasad mati? betulkah itu roh orang mati? habistu siapa dalam kubur tu?

orang kata, remaja sekarang ni, lagi ditegah, lagi dibuat.

so, nak tau sangat? Buatlah, tanggung sendiri, jangan menyusahkan orang lain kelak.

dan, mungkin link ini dapat membantu sedikit sebanyak..
http://mforum.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=173

Anonymous said...

dekat CFS IIUM, tak payan main spirit of the coin pun takpe,

tanye je senior, mesti ada cerita, hahaha

*serious, aku pun pernah kena kacau banyak kali*

Anonymous said...

assalamualaikum.

Aku rasa link ni boleh buka minda kita skit tentang ouija board.tengok no 4 dan video skali...

http://www.cracked.com/article_19506_6-scary-tricks-that-amazed-us-as-kids-explained-by-science.html

Anonymous said...

assalamualaikum.

Aku rasa link ni boleh buka minda kita skit tentang ouija board.tengok no 4 dan video skali...

http://www.cracked.com/article_19506_6-scary-tricks-that-amazed-us-as-kids-explained-by-science.html

Mohd Adhwa said...

selalu jugak tgok bnda mcm ni kat dlm movie..
ingatkan skadar rekaan..
tp ble baca post ni..
bru tau akan kbenarannya.. :D

Farhan AJ said...

alah akip, sah2 la haram.. benda melibatkan hubungan dengan roh ni, sama ada suka2 atau nak puja, mmg tak dibenarkan..

Amalina said...

jgn la sesekali try bnda ni.hehe.lebih kurang 7taun lps,bdk2 sek ayah aku main spirit of the coin ni pastu diorg tak kemas balik permainan.akibat dia,seminggu lebih bdk2 kt sek kena kacau.mmg kucar kacir sek n teruk sgt2.roh yg rasuk budak2 tu pulak roh paderi yg kena bunuh =.="

Wanny said...

memang haram dan membawa kepada syirik khafi yakni syirik yang jelas n nyata.

Budak2 junior kat skeolah sya ada yg main waktu ptg2 nak dekat magrib kat klass..org sumer dh balik dr prep but diorang masih dok dlm kelas..

doirang main SOTC tulah..then dlm mggu ti jgak mmg ada yg kena sampuk dgn jin tu..bukan sorang ramai kot..depan mata wani sndr..bila dtanya jin tu mai sbb ada org seru dia mai..

kesian budak yg kena tu..

tolonglah sapa yng main tu pi buat taubat nasuha atau anda akan murtad..

sekian...

Aizza Shikin Ayza said...

Haram main game ni.. game ni memerlukan darah setiap org yg nak main tu.. makhluk halus akan kacau org yg main tu.. jgn MAIN GAME NII !

Anonymous said...

Not just that, you can indulge in further operates though wearing
this.

Have a look at my site: www.autismoutofthebox.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars