Tuesday, November 1, 2011

Sedim, Kulim - 311011&011111

salam semua.
hari tu buat keputusan last minit pulak. tengok tengok kena ikut ISDEV ke Kulim. ada program pulak kat sana. memandangkan aku takde pape kerja kat rumah, maka aku pun mengikuti la program tersebut.

31 October 2011

pagi pagi dah bertolak dari USM. perjalanan ke Kulim kejap je. dalam sejam gitu dah sampai. kitorang sampai jugak ke destinasi - Sedim Eco Theme Park & Resort

untuk masuk ke chalet kena berjalan masuk sejauh 600 meter sebab bas takleh masuk jalan tu. tapi sini takde la hutan sangat pun. okay je la. sampai sana diteruskan dengan program yang disediakan. kitorang belajar tentang sembelihan. mula-mula teori oleh Ustaz Syukri. lepas tu kitorang buat praktikal.

sembelih seekor ayam jantan. memang best la. baru faham betul betul kan.
kalau teori je cam susah nak faham jugak.


kemudian untuk hari tu memang banyak lagi la program perlaksanaan ibadah seperti berkhutbah, bacaan doa selamat dan tazkirah. macam macam la yang dapat dari program macam tu. siap ada komen untuk penambahbaikan lagi. so senang faham untuk praktik nanti.

khutbah oleh Ustaz Meor

komen dan pandangan oleh Ustaz Shakir

ayahanda tak boleh stay situ. so aku la kena duduk sorang kat chalet tu. naseb baik orang ISDEV yang lain ada je. so tak kisah je la. petang tu bebas. oleh kerana macam nak hujan, so takleh mandi sungai. takut air kuat. kitorang main futsal saje. bagi keluar peluh la sikit kan. malam dipenuhi dengan tazkirah dan tayangan video untuk muhasabah diri. lepas supper, masuk tido.

1 November 2011

bangun pagi pukul 4. 4.30 pagi pegi surau. qiamullail ramai ramai. lepas Subuh siap-siap untuk ke Tree Top Walk. acara paling menarik pada hari ini. kitorang berjalan balik keluar ke jalan besar untuk naik bas. pastu bertolak ke Sungai Sedim. dekat je. sampai tu kitorang kena trekking naik atas bukit ikut jalan sungai. memang cantik la air sungai kat situ. fuuh. Subhanallah.



sampai kat atas kitorang pecah jadi dua group untuk jalan kat Tree Top Walk tu. perjalanan atas tu sepanjang lebih kurang 950 meter. dan kalau tak silap aku Tree Top Walk ni 50 meter dari tanah. tinggi tak? memang nampak pokok-pokok hutan jela dari situ. view atas tu memang lawa. takde la gayat sangat sebenarnya. boleh je korang try. dan kat sini banyak lagi aktiviti yang ada. paintball, rafting sume tu. nak tahu lagi cuba google apa lagi yang ada kat Sungai Sedim ni.



dah habis kitorang turun makan tepi sungai. lepas tu apa lagi. masuk mandi jela. tempat tu agak laju air sungai tu. tapi peduli hape. mandi saje la. hee. kejap je. saje nak rasa air sungai yang jernih dan sejuk tu. best la kalau nak kelah-kelah kat sini.
ramai je yang datang.
lepas tu kitorang balik. makan tengah hari dan solat Zohor, baru bertolak ke USM balik. petang dah sampai. balik rumah tido la. penat jugak sebenarnya. tapi memang best. macam macam boleh dapat walaupun hanya 2 hari 1 malam.

alhamdulillah :)

yours truly,

2 comments:

peep said...

wa lawa la sungai die.. bersih.. boleh p sem dpn ni kif :)

Akif said...

eh. chantek jugak tuu. haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars