Wednesday, November 2, 2011

Nota Hati Seorang Lelaki


salam semua.
kali ni saya nak review sebuah buku yang bagi saya sangat istimewa.
buku ini lain dari yang lain. mungkin sebuah buku rujukan agama,
mungkin jugak sebuah buku motivasi dan inspirasi.
dihadiahkan oleh seorang kawan baik saya. semoga Allah merahmati beliau.



Nota Hati Seorang Lelaki

oleh Pahrol Mohd Juoi

Pahrol Mohd Juoi kalau tak silap saya sememangnya seorang pendakwah dan seorang motivator. selalu je nampak dia kat tv. segala pendapat dan cara penyampaian beliau memang menarik. tak macam orang lain yang boleh membuatkan kita rasa boring apabila mereka menyampaikan ilmu. dan tak sangka penulisan beliau juga boleh menyentuh hati. walaupun kita tak nampak gaya beliau dalam penulisan, tapi kita boleh merasakan apa yang disampaikan itu benar-benar daripada beliau. tahniah diucapkan kepada ustaz Pahrol Mohd Juoi.



cerita ini banyak menyentuh tentang tanggungjawab seorang lelaki. tanggungjawab sebagai seorang anak, suami, ayah dan pendakwah. dan semestinya tanggungjawab ini sepatutnya semua lelaki harus pikul. jadi setiap lelaki harus tahu bagaimana hendak menjalankan tanggungjawab ini. dan dalam buku ini banyak menceritakan cara-cara yang perlu diketahui oleh setiap lelaki.

penulisan yang santai. ayat yang mudah difahami. ilmu yang tidak terlampau berat. banyak diceritakan berdasarkan pengalaman penulis sendiri. bersandarkan kisah-kisah yang berlaku dalam masyarakat zaman sekarang. yang memang dekat dengan kita. yang kita sendiri perasan walaupun kadang-kadang kita tidak ambil kisah pun. tapi melalui buku ini kita akan sedar pentingnya setiap sesuatu yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini.

yup. saya akui memang banyak nasihat dan motivasi yang diberikan dalam buku ini mengena batang hidung sendiri. rasa kena tembak kat hati. bang! memang terasa atas kelakuan sendiri yang sebelum ini memang saya tidak sedar. dan buku ini jugak membuka hati dan minda untuk melihat banyak benda dengan lebih terbuka dan positif. bukan dengan pandangan yang dulu.

jadi, adakah anda memang sudah benar benar menjadi seorang lelaki? saya sarankan supaya anda baca lah buku ini untuk menambahkan ilmu dan membuka minda anda supaya tidak lagi terikat dengan pemikiran masyarakat zaman sekarang yang tertutup. semoga kita sama sama mendapat redha-Nya. insyaAllah. :)

Hati seorang lelaki...
Jika jiwamu tulus kerana Ilahi,
Pasti lurus perananmu sebagai Lelaki

yours truly,

7 comments:

smilenajah93 said...

seronokkan bace :)

pernah hadiahkan kpd seseorang ~
alhmdulillah , beliau sgguh hebat sekarang :)

Akif said...

mmg seronok. waahh. alhamdulillah :)

Dayang Fara 'Azura said...

Allah bless you :)

Akif said...

may He bless you too :)

Gunnersky said...

terima kasih..aq mmg nk hadiahkn kwn aq buku, tp x tw apa yg sesuai...rsanya yg neyh okay kowt....ermmm

AkuPenulis said...

that's a good one for reading :)

Akif said...

gunnersky - yup. insyaAllah buku ni boleh dihadiahkn kt kwn tu.

penulis - yea. it's very good.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars