Monday, November 7, 2011

My Fair Lady


dah lama tak review drama kan. jom kita tengok review pasal drama seterusnya.
ni baru saje habis tengok. dan aku rasa macam lambat je nak habiskan drama ni.


My Fair Lady

dan review aku sangat senang - drama ini sangat tipikal. yup. tipikal korean drama. jalan cerita yang korang boleh agak la. lepas ni jadi apa, lepas tu pulak mesti jadi camtu. bila tengok balik macam drama melayu pun ada. heroin mesti la seorang yang kaya dan sangat manja serta sombong. hero tu pulak mesti miskin, berdikari dan baik hati. konflik berlaku antara diorang dan at last kawen jugak mereka. haa. kan dah spoil.



walaupun daripada starting lagi cerita ni bagi aku boring, tapi aku layan jugak. kenapa? sebab ada mamat Oska yang berlakon dalam Secret Garden. mamat ni macam lawak lawak sikit. so layan jugak la. tapi watak heroin memang aku tak minat. dalam cerita ni asyik cakap dia lawa la cantik la. tapi bagi aku tak lawa pun. dari awal sampai habis cerita aku tetap cakap dia tak lawa. walaupun dia dulu sombong pastu jadi baik, tetap jugak tak lawa. apa yang lawa sangat pun aku tak tahu. memang betul la lawa tu subjektif.



yup. seperti yang aku cakap mula mula tadi. memang jalan cerita kurang menarik. predictable sangat. mesti korang boleh agak punya la. macam dah takde idea je nak buat jalan cerita. dan biasanya aku tak kisah kalau hero atau heroin tak perfect pun asalkan jalan cerita menarik. tapi kalau jalan cerita tak menarik pun biar lah heroin tu lawa. tu pun dah terbaik. hee. agak mengecewakan jugak la drama ni bagi aku. jadi aku tidak sarankan anda menonton cerita ini. tapi kalau rasa dah boring sangat tu boleh je kalau nak tengok jugak.

tapi aku tak nafikan jugak ada yang suka dengan drama ni. minat kita kan berlainan. tapi bagi aku drama ni tak meninggalkan kesan yang best pada penonton yang boleh membuatkan penonton ingat drama ni sampai bila-bila. takpela. lepas ni jom layan drama korea yang lain pulak.

aku pun dah mula nampak apa yang tipikal dalam drama Korea~

yours truly,

3 comments:

azlizaasri said...

da tengok da ^^ memang best :)

Nurusaurus said...

Ingatkan My fair lady yg audrey hepburn blakon.

nita said...

da tengok jugak..
tak brape menarik laa ekcelly...
secret garden la best!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars