Friday, November 18, 2011

Kitab Terfaktab

salam semua.
kali ni nak buat review sikit. bukan pasal drama. bukan pasal novel. tapi pasal sebuah kitab. kitab apekah? tengok tajuk pun dah tahu kan. yup.


Kitab Terfaktab

aku dapat tahu wujudnya kitab ini setelah membuka blog Terfaktab sendiri. kitab yang nampak menarik. sebab berdasarkan skuad Terfaktab yang memang hebat dalam bab percintaan. jadi memang perasaan nak tahu apa yang ada dalam kita ini membuak-buak. eceh. takde la. just curious. hari tu masa launching Kitab Terfaktab dekat Uya Distro aku takleh pegi pulak sebab dah nak dekat exam dah. aiseh. kalau tak boleh aku mintak autograph skuad Terfaktab.

oleh sebab itu, lepas habis final je aku terus order Kitab Terfaktab secara online dan bayaran secara bank-in. dalam amsa lebih kurang seminggu je pos laju datang rumah aku membawa kitab tersebut. kitab ni nipis je rupanya. 114 muka surat sahaja. sehari baca pun dah boleh habis. jangan risau.

Kitab Terfaktab - Definisi Cinta Infiniti #1 ni mengandungi tips-tips cinta untuk mereka yang ingin atau sedang bercinta. skuad Terfaktab yang terlibat dalam penulisan dalam kitab ini adalah BraderLepLep, Amoi, Bukan Penggoda, The Bent Pencil, Husky Pusky, Mr.K, Aqram, Hellioz, Lord Zara, Penulis.Sahaja, Elena Reeney, Dorky Guy, Ulii Azman, ShahirahKhairuddin dan CobNobbler. ni semua otai-otai chenta ni.

dan antara topik yang dibincangkan termasuklah - Jatuh Cinta, Perkahwinan Diaturkan Keluarga, Long Distance Relationship, Persefahaman, Curang, The Impossible Crush, Penyesalan dan Move On. haa. semua topik basic yang anda perlu pelajari ketika bercinta. semuanya dikupas dalam kitab ni oleh mereka yang sememangnya pakar dan sarat dengan pengalaman.

***

okay. ini pendapat aku. kitab ni memang hebat la. aku yakin mereka yang menulis kita ni memang banyak pengetahuan tentang cinta dan cara bercinta atau mengekalkan hubungan cinta ini. dan mungkin sekali mereka sendiri ada pengalaman bercinta. tapi bagi aku ini hanyalah cinta yang tipikal. cinta yang berdasarkan nama 'cinta' sahaja atau boleh dikatakan sebagai 'couple'. yup. bercinta bukan secara sah, iaitu cinta sebelum kahwin. cinta yang tidak pasti penamatnya. sebab tu aku cakap cinta biasa - cinta tipikal budak-budak remaja sekarang yang bagaikan tiada matlamat tetapi hanya ingin merasai nikmat bercinta.

tapi tips itu boleh juga digunapakai bagi mengekalkan hubungan cinta suami isteri atau pasangan yang bertunang. boleh juga digunakan kepada mereka yang sedang kecewa dengan cinta untuk bangkit semula meneruskan hidup dan tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan. apa apa pun, tahniah skuad Terfaktab atas penerbitan Kitab Terfaktab ini! diharapkan Kitab Terfaktab yang kedua akan diterbitkan lagi dengan lebih banyak tips yang berguna insyaAllah. :D

untuk mengetahui apakah itu cinta luar biasa, cuba rujuk blog Dr Cinta pula. :)

yours truly,

6 comments:

Pia.Sufiah said...

huaaaa... da blh jadi penulis terfaktab dah pasni! :)

Sarah said...

ohh nak sangat beli tapi ... haha . lagipun sebab yang macam awak cakap , typical love story . isi kndungan dia sama tak macam yg diorang post kat terfaktab ? sebab kalau sama lagi memang tak ber'best' la nak re-read benda yg dah pernah baca .

Akif said...

pia - belum boleh maa. xde bakat aku. haha.

sarah - isi kandungan tak sama dgn apa dlm blog. tp cara penyampaian tu sama la.

Sarah said...

haha , yeah , pink blog it is . anyway , muahaha , dah jumpa pembeli kitab terfaktab , boleh lah kita share share baca kaan :3

bawak la cfs Jan depan kitab tuu ;p

Akif said...

ehh. haha. next sem dh masuk kuantan la. tak boleh nak share. :P

Sarah said...

okey =______=

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars