Monday, November 21, 2011

49 Days


salam semua

jom kita buat review drama sikit hari ni. drama yang baru aku habis tengok.
dalam seminggu je aku dah habis tengok. dan aku agak kagum. keh keh.

49 Days

okay. drama ni memang lain dari drama korea yang lain. bukan tipikal. memang patut la ramai yang cakap best. ramai yg recommend drama ni kat aku. aku pun dengan niat yang nak tahu sangat apa yang best pasal drama ni, maka aku pun tengok la. yup. ternyata drama ni memang best. tak menyesal la kalau tengok.

49 Days menceritakan tentang kehidupan seorang perempuan, heroin yang bernama Shin Ji Hyun lakonan Nam Gyu Ri. dia terlibat dalam sebuah kemalangan yang berpunca daripada seorang perempuan bernama Song Yi Kyung lakonan Lee Yo Won. disebabkan kemalangan itu, dia telah koma. untuk kembali sedar dan hidup, seorang Scheduler memberi peluang sebanyak 49 hari untuk mencari 3 air mata yang 100 peratus suci daripada orang yang menyayangi dia. maka dengan itu Ji Hyun menjadi seorang pengembara 49 hari. dan sepanjang 49 hari tu telah banyak rahsia yang telah terbongkar dan dia sedar dia perlu kembali hidup untuk menyelesaikan semuanya.


bila baca pun mesti korang macam 'merepek gila cerita ni'. yup. agak merepek la. tapi itu la yang aku cakap lain dari yang lain. tak ke? jalan cerita yang menarik. bukan tipikal. memang catchy. korang akan rasa tak sabar untuk tahu apa yang akan jadi seterusnya. adakah dia akan berjaya mengumpul 3 air mata tersebut. adakah dia akan tertangkap apabila meminjam badan orang lain untuk menyelesaikan misinya. agak saspen la cerita ni.


dan yang paling penting, pelakon-pelakon dalam cerita ni tidak kurang hebat. semuanya boleh dikatakan best jugak. Shin Ji Hyun memang comel dan manja. Song Yi Kyung pun okay jugak. Han Kang memang gentle walaupun agak cold. Kang Min Ho yang jahat dalam diam. Shin In Jung yang memang cantik dan comel. semestinya si Scheduler atau Song Yi Soo yang memang hampeh dan lawak. semuanya melengkapi. menjadikan drama ini suatu drama yang menarik.

jadi aku rasa memang patut la aku sarankan anda tengok drama ni jika drama korea menjadi pilihan anda untuk menghilangkan bosan. memang best walaupun jalan cerita macam pelik sikit kan. memang orang Islam takleh buat drama macam ni. boleh lari akidah wo. dengan Scheduler segala bagai. maka tengoklah drama ni dan ambil pengajaran yang baik sahaja. yang merepek tu tolak tepi je la ye. enjoy ~

adakah dia akan berjaya? hidup atau mati?
49 hari menentukan segalanya.

yours truly,

2 comments:

nita said...

pernah main kat astro kann ?
btw, insyaAllah, nak tengok jugak.
cam besh jerrp,
hehe~

Gunnersky said...

aq pown tgh struggle downlod mende neyh....aq nk tw sgt psal song i kyung tu...
mcm yg ko ckp td....akidah mmg kene jga aar...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars