Tuesday, October 11, 2011

Puisi Cinta




Puisi Awak, Kita Ini Bercintakah?

Awak,
Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
melafaz kata cinta berbalas-balasan,
bahkan sering ada jarak antara kita,
dan wujud pelbagai batasan,

Kita ini bercintakah?

Awak,
Kita ini tidak sering berhubungan,
tiada bicara manis,
dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan.

Kita ini bercintakah?

--------------------------------------------

Ya,
Kita ini bercinta,
cuma bukan dengan definisi mereka.
Tetapi dengan definisiNya.

Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada,
sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita.
Manis hubungan bukan pada pegangan tangan,
juga bukan pada bicara kata,
tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan,
dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka.

Nanti bila bersama,
kita bukanlah keluarga biasa,
bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurgaNya.

Awak,
bukankah itu adalah cinta?

-Hilal Asyraf-

******

masterpiece. memang terbaik puisi ni. tahniah abang Hilal Asyraf.
terima kasih kerana berkongsi ilham dan inspirasi. alhamdulillah.
tak sabar nak tunggu lebih banyak puisi dalam Kitab Cinta.

may Allah bless all of us :)

yours truly,

2 comments:

Ana Shuwaa said...

waaahh,,terus sentap masuk dalam ati ^^

Akif said...

:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars