Wednesday, October 12, 2011

Port Dickson - 031011



3 October 2011

setelah habis sahaja paper Chemistry II pada pukul 5.30pm, kitorang semua bergegas ke bilik masing-masing untuk bersiap. petang ni semua kawan-kawan dah ada program bersama. Safwan bersama Hanis, Hafiz dan Dania. Fahmi bersama aku, Alif, Ahnaf dan Fahmy. Mus pulak bersama rakan-rakan beliau yang lain. sayang sekali Farhan dan Nuzul tak dapat ikut.

Safwan punya rombongan bertolak sebelum Maghrib. kitorang pulak lepas Maghrib. aku, Alif dengan Fahmi pegi Sri Rampai dulu ambik kereta Fahmi ni. then baru ke Bangi ambik Ahnaf dengan Fahmy. dalam pukul 11 baru sampai rumah Fahmy. bertolak terus ke Seremban. jumpa Safwan dan Mus punya rombongan. then straight ke rumah Mus.

aktiviti utama - makan! yes. maka ber-barbecue la kami pada malam tersebut. menu baek punya. ayam, kambing dan sausage. mula-mula kitorang masak ayam dulu. makan ramai-ramai. lepas tu, masak kambing pulak. aku dah ambik spot baek punya nak makan ayam. then Hafiz datang bawak kambing. pergh. terkam ramai-ramai. Ahnaf dengan Dania join. lepas tu kitorang tunggu makanan sampai untuk disambar je. sampai sausage siap masak memang kitorang kekenyangan sangat la. berapa banyak kitorang baham. fuuhhh.

cadangan asal kitorang nak pegi main futsal pulak lepas tu. tapi tutup pulak. dan maslah timbul apabila kereta Fahmi panas pulak. so terpaksa la tukar kereta dengan kereta Mus.

perjalanan diteruskan ke Port Dickson dalam pukul 2 pagi macam tu. memang konvoi ramai-ramai la 20 orang ni. semua sekali 4 kereta. meredah highway malam-malam camtu. sampai jugak ke Telok Kemang. pegi pantai malam-malam woo. lepak la kejap kat situ sambil menghirup udara malam dan bayu laut yang segar dan memang sejuk yang amat. memang best.

lepas tu kitorang pegi lepak-lepak sambil minum kat kedai sambil menunggu Subuh. memang muka semua dah kepenatan dan mengantok. apa tah lagi selepas membedal ayam dan kambing sebentar tadi. then pegi solat Subuh kat masjid yang berdekatan. lepas Subuh kitorang berehat la jap kat masjid tu sementara menunggu matahari terbit. eceh.



dalam pukul 7 lebih macam tu kitorang pegi balik ke Telok Kemang. setealh puas melihat laut dan pantai pagi tadi, sekarang tibalah masa untuk terjun pulak. HAHA. lepas tukar baju semua terjun la. tunggu apa lagi. sangat best sebab ombak agak besar. so macam semua melambung-lambung jugak. boleh lawan-lawan ombak siap. sambil mandi sambil main futsal tepi pantai tu. penat penat. hajat untuk menaiki banana boat tidak tercapai tapi tidak mengapa. yang penting boleh mandi pantai bersama rakan-rakan terchenta.

AC 318!

lepas mandi kitorang bertolak balik ke rumah Mus. ada la kawan-kawan yang mula mengundur diri. kitorang rest kat rumah. penat yang amat. dah la tak tido satu malam. so tido jela sambil menunggu kereta Fahmi yang dihantar ke bengkel. bangun untuk solat je. lepas Asar baru bangun makan makan. then baru balik rumah Nilai naik KTM. alhamdulillah sampai rumah. pastu balik memang terlentang balik la. bangun makan burger pastu sambung tido balik sampai esok pagi. fuhhh. memang hari kepenatan la tapi best.

memang ini adalah outing yang best. memang kenangan indah kat cfs. memang ending yang baek punya untuk asasi. sayang sekali Farhan dengan Nuzul tak boleh ikut. tak sangkat classmates masa sem satu boleh kekal rapay sampai sem akhir. fuuh. memang korang la sahabat-sahabat yang dichentai. harap dapat jumpa korang lagi ~

Friends are God’s way of taking care of us. :)

yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars