Saturday, October 29, 2011

Perlis Trip - 27-281011

salam semua.
ni aku nak update cerita yang mungkin panjang sikit la kot. takpe.
kalau anda rajin, anda baca la ye sampai habis. time kasehh.

27 October 2011

25 October hari tu baru je balik dari KL. lepas sehari, ikut Acu travel dengan budak-budak form 3 sekolah dia. biasa la. lawatan lepas PMR. diorang buat lawatan ke Perlis. dekat je. so aku pun join la. 2 hari je. takde penat sangat.

pagi-pagi dah bertolak. join diorang naik bas terus ke Kedah dulu.
destinasi kita yang pertama adalah :

Muzium Arkeologi Lembah Bujang

macam-macam la kesan sejarah ada kat sini. segala candi kat Kedah semua ada. Kedah ni kan dulu sebuah pelabuhan yang boleh tahan hebatnya. so memang macam-macam barang tinggalan sejarah yang ada. menarik. siapa yang minat sejarah boleh datang sini.

then kitorang breakfast dan teruskan perjalanan. masih lagi dalam Kedah.
destinasi seterusnya adalah :

Muzium Padi

pemandangan kat dalam tu serius chantek giler. walaupun lukisan tapi nampak real. rasa macam kau betul betul ada kat kampung tengok org tanam padi, sawah, kerbau semua tu. fuuh. layan. tapi kecik jela tempat ni. muzium camtu je la.

next, kitorang pegi Pusat Sains Negara. sebelah je Muzium Padi tu. kat sini ada pameran sains camtu jela. kalau dah pernah pegi Pusat Sains Negara kat KL tu, lebih kurang jela kat sini pun. tapi sini macam sikit jela. tapi boleh la kalau nak buat lawatan sekolah tu.

then terus kitorang bertolak ke Perlis. pegi ke penginapan. ingat kan dekat area Kangar tu. tengok tengok dekat Wang Kelian. dekat Taman Negeri Perlis. ingatkan tido chalet baek punya. tapi mak ehh. nak masuk ke chalet dari pejabat urusan dia tu kena jalan 1.2 kilometer meredah hutan. ada la jalan. bas memang tak boleh masuk ikut situ. so nak tak nak berjalan je la. jangan tanya la ada coverage ke tak dalam tu.

kitorang dinner. lepas tu lepak lepak jap. tikus hutan besar gila masuk dalam chalet. memang chantek betul la. kena halau dia keluar balik. fuuh. pastu sambung sembang sampai la malam. pastu ada supper. lepas supper tido terus la. laptop tak bawak. phone takde line. so apa je yang boleh buat. tengah tengah hutan ni gelap je. nak jalan pun banyak nyamuk. so tido adalah pilihan yang paling terbaek.


28 October 2011

esok lepas Subuh, breakfast. pukul 9 pagi kitorang pegi trekking. meredah hutan dengan budak budak form 3 ni. ada ranger yang guide la. memang kecoh bila sorang-sorang kena pacat. naik punya naik akhirnya sampai jugak depan pintu Gua Wang Burma. ni gua pertama. gua kering. gua kedua kitorang tak sempat masuk sebab tak cukup masa.

tak ambik gambar sebab aku tak bawak phone pun pegi trekking. huhu.
kalau nak tengok, google je la eh.



Gua Wang Burma. memang best. dalam tu gelap giler. tak bawak torchlight memang tak nampak pape. gua batu kapur yang besar. memang nampak segala stalactite stalagmite. macam macam la kitorang belajar pasal gua yang diajar oleh ranger yang berpengalaman. lepas dah pusing pusing satu gua, kitorang pun turun balik ikt jalan trekking yang kitorang naik tu.

lepas dah siap tu. kitorang pun keluar la balik ikut jalan 1.2 kilometer tu. naik bas dan teruskan perjalanan ke tempat yang paling famous kat Perlis - Padang Besar dengan tujuan yang utama, tak lain dan tak bukan - shopping. biasa la tu. orang lelaki solat Jumaat jap sebelum meneruskan aktiviti shopping. lepas dah puas.


lepas dah habis shopping, kitorang pegi Taman Anggur. tapi takde pape dan bayaran mahal. so tak masuk. then kitorang pegi Taman Herba. segala bagai pokok herba ada. macam macam khasiat. kalau nak tahu pegi la sendiri nanti tengok apa yang ada kat sana.


lepas tu, kitorang singgah di Kuala Perlis. pekena laksa sekali. baru bertolak balik. memandangkan sekolah mereka ini kat Bagan Serai, Perak, so diorang drop aku kat Juru je on the way tu. malam jugak baru aku sampai rumah. macam mana pun alhamdulillah. dapat peluang travel ke Perlis yang dah lama aku tak pegi.

so kepada anda yang nak tahu apa lagi yang ada kat Perlis tu, pegi la sendiri ye.
cuti-cuti Malaysia ~

yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars