Monday, October 17, 2011

Nora Elena


salam semua. asyik-asyik review drama Korea je. apa kata hari ni kita review drama Melayu pulak. lain la sikit. baru la best. aku nak review pasal drama yang baru aku tengok walaupun aku tahu dah lama drama ni habes. takpe takpe. ok. jom layaaan ~



Nora Elena


yup. seperti tajuk di atas. kalau tak silap aku drama ni start ditayangkan pada bulan May 2011 di Slot Akasia TV3. agak lama jugak kan. oleh kerana aku bukanlah orang yang akan tunggu depan tv untuk tengok drama ke pape, maka aku tengok yang dah download jela. senang. bila-bila nak tengok pun boleh. dan aku tertarik untuk tengok drama ni sebab ramai cakap best dan populariti drama ni pun agak tinggi.

Nora Elena, Siti Saleha, Aaron Aziz, Zul Ariffin

kenapa drama ini lain dari yang lain? seperti yang semua tahu, paling penting adalah heronya - Aaron Aziz. hero Malaya yang digandingkan dengan heroin - Siti Saleha. memang mantap habes la gitu. jalan cerita yang tidak complicated, jelas dan mudah untuk difahami. komedi, sedih, gembira, geram, marah, kecewa, romantik, terharu semua disatukan dalam drama ini. bagi aku drama ni ada aura drama Adamaya yang dulu.



tak dinafikan, watak utama memang mantap. Aaron Aziz sebagai Seth Tan. sangat la baik, macho, gentleman, romantik dan sebagainya la. aku macam kagum jugak sebab ada lelaki macam dia. patut la ramai perempuan cair lepas tengok drama ni. dan heroin, Siti Saleha pun apa kurangnya. memang cantik, sweet, comel sume tu la. lelaki pun ramai cair jugak pe lepas tengok drama ni. bukan perempuan saje ye. personaliti? boleh laa. takde jahat sangat. hati baik tapi agak degil. biasa la tu. perempuaaan ~



dan boleh kata banyak jugak pengajaran yang aku dapat dari drama ni:
cemburu buta itu sangatlah bahaya. hormat orang lain jika mahu diri dihormati. orang yang baik disayangi semua. mintak maaf dan memaafkan. tidak boleh menggunakan kekerasan untuk melembutkan perempuan. sentiasalah bersangka baik agar tidak timbul salah faham. buat jahat akan tetap mendapat balasan. dan banyak lagi la.

dan biasanya orang akan highlight Seth. sebelum ni aku baca komen dan review bloggers yang lain pasal Seth. macam-macam diorang cakap. dan ramai jugak yang tak suka Nora Elena sampai sanggup nak tukar ending drama ni lagi tu. siap sampai ada surat bantahan lagi untuk TV3. tak percaya boleh click link-link ini ": Diari Di Hatiku, OhBulan, FalihinJasmy. banyak lagi la. korang boleh la search kat Google ye kalau nak tahu yang lebih lanjut.



siapa kata takde dah lelaki macam Seth? lelaki paling romantik di Malaysia? hey. pleasee. saya belum lagi berlakon mana-mana drama. dan sesungguhnya lakonan saya bukan sekadar lakonan. realiti di dunia sebenar ye. saya dan Seth memang tak banyak beza. setakat dukung isteri, letak bunga dalam but kereta, masakkan untuk isteri tu tade hal punya. tak percaya? tanya la isteri saya nanti ye.

ok. tu semua tipu. so kepada mereka yang belum tengok drama ni, sila la tengok ye kalau berminat. nak belajar jadi romantik pun boleh jugak. apa salahnya. untuk drama ni pun aku bagi thumbs up la sikit. bagus bagus.

percintaan selepas kahwin memang sweet eh? heee ~

yours truly,

2 comments:

mc'yun.. said...

i'm one of the fan of this drama..:)

Akif said...

great :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars