Monday, October 10, 2011

IRIS


ok. baru habes tengok cerita ini. sila la baca ye jika berminat.
terus update ni. semangat semangat.



IRIS

yup. aku mengaku. tujuan utama aku tengok cerita ni sebab TOP berlakon. muahaha. biasa TOP berlakon memang cool dan mantap gila walaupun dialog tak banyak. pernah tengok dia dalam filem 71 : Into the Fire. nak jugak tengok macam mana dia berlakon dalam drama. macam best je kan. kan? kan?

jalan cerita yang agak panjang tapi memang best. macam mana seorang hero yang tak tahu pape berusaha menumpaskan sebuah konspirasi jahat oleh sebuah organisasi bernama IRIS. cerita ni bagi aku lain sangat la dengan drama korea yang biasa. betul oh. cerita ni serius je sepanjang cerita sampai habis. takde lawak-lawak pun. sedih ada la, terharu semua tu adalah faktor wajib untuk sebuah drama korea. aksi dia memang mantap, tembak-tembak semua tu memang real. tapi memang betul la. cerita ni memang adalah cerita yang serius.



ok. jom start tengok watak-watak diorang. kita start daripada kanan la ye.

Kim Seung Woo sebagai Park Chul Young. orang North Korea. yang ni bagi aku biasa jela. just sebab dia ketua military North Korea camtu la. sebab tu macam gempak je kan. tapi boleh la. terrer jugak mamat ni. nampak jahat tapi baik.

next, Kim So Yeon sebagai Kim Sun Hwa. aku tak tahu kenapa first time aku tengok dia pun aku dah rsa dia orang baik. maybe sometimes we can judge a book by its cover. aiseh. tapi dia memang setia kepada hero. ini la yang kita mahuu.

Lee Byung Hun sebagai Kim Hyun Joon. hero sebenar. hidupnya telah diatur dari kecik sampai besar oleh IRIS. memang nampak macam gila kan? tapi itu lah kenyataan. tiada yang berlaku secara kebetulan. semuanya telah dirancang. konspirasi. watak hero yang dia bawak memang terbaek. tak pernah give up. action mantap. dan paling penting tidak jambu ye. inilah hero sebenar. kuang kuang kuang.

sebelah tu mesti la heroin, Kim Tae Hee sebagai Choi Seung Hee. memang aku suka heroin ni daripada awal cerita. bagi aku dia cantik, comel, sweet, pandai, berani, setia dan cool gila. haaa. semua dah keluar. memang calon yang sesuai yang sangat layak menjadi heroin. tapi sebab aku memang takleh nak lawan hero. so takpe la dia dapat kat hero pun. huhu.

ok. ini kawan baik hero. Jung Joon Ho sebagai Jin Sa Woo. kalau korang tengok cerita ni korang mesti bengang dengan mamat ni. dan aku sampai habes tak faham kenapa dia buat macam tu. sangat hampehh. tapi at last tetap jugak terharu walaupun aku tak paham.

dan semestinya ini lah yang kita nantikan - T.O.P sebagai Vick. pembunuh upahan yang memang professional. sangat dasyat ye cara dia bunuh. takde belas kasihan punya lah. bila watak dia keluar je semua mesti dalam ketakutan. dan semestinya TOP memang cool gila.



yup. tak dinafikan cerita ni memang susah sikit la untuk faham. tengok sekali, eh eh apa dia cakap tadi. tak faham pulak. haa. lebih kurang camtu la. walaupun cerita ni serius habes tapi memang enjoy jugak. layan je. bila tengok ni rasa macam susah nak stop. rasa nak tahu je apa yang akan jadi lepas tu. catchy betul.



oh ya. ini adalah TOP. amacam? bergaya tak? cool kan?
sniper beb. kalau pistol pun guna Night Hawk punya.

korang rasa korang boleh agak tak ending dia macam mana? haaa. ok. cukup cukup. tak nak spoil dah. sila tengok cerita ni ye kalau anda rasa dah bosan dengan drama korea cintan cintun tu. cerita ni banyak aksi dan jalan cerita yang lain yang penuh mendebarkan. eceh.

oh ya. ini adalah pencapaian yang dirangkul oleh drama ini:

2010 46th Baeksang Arts Awards: Best TV Drama Award
2010 46th Baeksang Arts Awards: Best TV Actor Award (Lee Byung Hun)
2009 KBS Drama Awards: Daesang (Grand Prize) (Lee Byung Hun)
2009 KBS Drama Awards: Excellence Award, Novella Drama - Actress (Kim Tae Hee)
2009 KBS Drama Awards: Excellence Award, Novella Drama - Actor (Jung Joon Ho and Kim Seung Woo)
2009 KBS Drama Awards: Best Supporting Actor Award (Yoon Joo Sang)
2009 KBS Drama Awards: Best Couple Award (Lee Byung Hun and Kim Tae Hee)
2009 KBS Drama Awards: Popularity Award (Kim So Yun)
2009 KBS Drama Awards: Netizen Popularity Award (Lee Byung Hun)



yang ni. ehem ehem. aku ulang lagi sekali.
cantik, comel, sweet, pandai, berani, setia dan cool gila.

yours truly,

3 comments:

Ana Shuwaa said...

HAHA,,sebelum nie layan yang jiwang skrang nie yang serius plak ~hehe ..selangkah ke hadapan :D

Akif said...

well, biasa. kita kena maju. haha

| cik azeya | said...

hero comel! hahaha

btw, nais review :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars