Thursday, October 6, 2011

Dream High


salam semua. memang dah lama rupanya aku tak update blog ni kan.
sibuk dengan exam segala bagai. mintak maap la semua ye.
sekarang alhamdulillah sudah berada di rumah yang manis.

okay. jom kita tengok next drama review pulak. yup. tepat sekali.
semestinya drama ini. habis tengok sebelum exam lagi sebenarnya,



Dream High

cerita pasal budak budak yang nak sangat jadi artis. berbekalkan bakat yang mereka ada, mereka buat yang terbaik untuk bergelar superstar. macam macam la halangan yang ditempuhi. jalan cerita dia ok je. ada lawak, ada geram, ada sedih, ada terharu. macam biasa la. yang penting tu orang last iaitu artis yang perform kat Grammy Awards. Kirin Star yang paling berjaya. siapakah di antara mereka? haaa. aku memang tak nak spoil kepada mereka yang belum tengok cerita ni. nak tahu sila la tengok ye.

untuk watak-watak pulak jom kita tengok sorang-sorang



ok. firstly, tengok kat mamat kanan tu. beliau adalah Taecyeon of 2PM berlakon sebagai Jin Gook / Hyun Shi Hyuk. aku kurang suka beliau kerana beliau bawak watak yang sangat hero. handsome, baik dan berjaya. tak best. macam typical hero saje.



perempuan sebelah kanan tu boleh dikatakan heroin la jugak dalam cerita ni. Suzy of Miss A sebagai Go Hye Mi. watak yang cold gila, berlagak, sombong tapi soft inside. aku tak prefer dia jadi heroin sebab macam terlebih poyo je. lagipun garang semacam jugak. perempuan sebelah kiri pulak adalah Ham Eun Jung of T-Ara sebagai Yoon Baek Hee. yang ni ok jugak la. bagi aku dia cantik lagi la dari heroin tu. sayang sekali sebab watak yang dia bawak tak boleh menjadikan beliau heroin. nak buat macam mana kan. karakter itu penting.



tengok pulak mamat sebelah kanan tu. Wooyoung of 2PM sebagai Jason. gentle dan baik. tapi agak poyo sebab berlagak sikit la. metang-mentang dia power. aku suka tengok dia dance. best jugak. next tengok perempuan kecik molek sebelah tu. IU sebagai Kim Pil Sook. suara dia sedap la. dan beliau sangat comel. tak kisah la masa gemuk atau masa kurus. tetap comel. kalau aku masuk sekolah ni memang aku tackle dia dulu la sebelum Jason nih. cehh.



dan ini adalah favourite character aku dari awal cerita sampai habis. Kim Soo Hyun sebagai Song Sam Dong. budak kampung yang naif pegi sekolah ni untuk belajar benda yang baru. kurang nampak macam hero sebab dia still ada kelemahan tapi tetap bersemangat waja. sebab tu aku suka. talented. pandai compose lagu, suara sedap, dance pun lawa. so beliau memang terbaek la.

ini review aku untuk 6 watak utama yang ada. korang tak tahu la minat yang mana kan. setiap orang ada minat yang lain, nampak sesuatu dengan minat sendiri. tak tahu la kan karakter mana yang korang suka. jadi siapakah antara mereka yang paling berjaya tersebut? kalau nak tahu, tengok la ye. enjoy ~



eh. lupa cakap. ni pun favourite aku jugak.
kerana beliau comel serta suara beliau yang sedap. IU ~



Dream high, a chance to fly high

yours truly,


6 comments:

peep said...

IU-someday.
:)

Akif said...

terbaek lah itu. haha

smilenajah93 said...

suke taecyon ! whoaa ~ handsoomeee ! weeee :)

hamizah adam said...

tak tengok lagi. cerita tu dah berhabuk agaknya dalam external. now ni ngah layan cerita paradise ranch. cerita tu pun dah lama. tapi baru dapat haa. sekarang ngah tengok cerita apa pulak ? share sini. ;)

Akif said...

haha. tengok la dream high ni. best jgk. skrg tgh habiskn IRIS. nnt update psl cte tu plk. :D

SeuYeon said...

taec cool gak la... tp tercool sgt la...
suzy pun k gak...ske die jd troublemaker... kah3...
dengar citer dak2 yg fanatic fan Taec ade DH 2... xtau btol kie x... check it out dulu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars