Sunday, October 16, 2011

5 Filem Melayu


oleh kerna cuti yang panjang dan aku rasa bosan yang amat, maka aku layan la segala movie yang ada. yup. aku baru je layan cerita-cerita Melayu ini. so jom kita tengok.



Sekali Lagi

cerita ni dah lama keluar tapi aku baru nak tengok. biasa la. kalau jalan cerita tu agak complicated. macam-macam jadi pada masa lampau yang menyebabkan mereka merana. agak drama jugak la. macam susah je nak bahagia. tapi oleh kerana heronya Shaheizy Sam dan heroinnya pulak adalah Lisa Surihani, so aku layan la jugak. paling penting ada Mia Sara Nasuha yang comel dan cerdik. heee.
moral : bersabarlah dengan segala ujian Allah. pastinya ada hikmah.



Tolong! Awek Aku Pontianak

ni pun boleh kata cerita lama jugak la. oleh sebab cerita ni cerita lawak, so memang merepek la. jalan cerita simple je. masih ada pengajaran yang diterapkan. cerita ni untuk orang yang tak tahu nak buatpe, boleh la layan. tu pun kalau dia nak layan la kan.
moral : orang baik semua orang sukaa. bukan orang saje sukaa.



Flat 3A


cerita hantu Melayu. dan seriously cerita ni sangat merepek. aku tak nampak langsung kaitan starting dengan ending. tiba-tiba je jadi camtu. ada ke. tak pasal perempuan tu pulak jadi mangsa. hampeh betul. banyak tahyul sume tu la. dah la tak takut. so aku ingat tak tengok pun takpe la kot.
moral : erm erm. jangan buat maksiat. jangan syirik. dosa besar woo.



Libas

cerita ni masih baru. ada lagi di pawagam. bagi aku cerita ni okay la. memaparkan tradisi melayu la sepak raga tu. fokus kepada skill dan semangat yang tinggi. ada babak yang membuatkan orang terharu. kira kalau budak-budak tengok cerita ni, takde la pengaruh jahat untuk diorang. bagus. dah lama takde filem Melayu macam ni. so thumbs up.
moral : hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.



Al-Hijab

sebuah lagi cerita hantu arahan Pierre Andre. yup. cerita ni membawa aura filem Jangan Pandang Belakang. kalau korang pernah tengok cerita tu, takut tak? filem ni lebih kurang macam tu la. cerita ni pasal sorang mamat yang sendiri mau cari penyakit. so kalau korang rasa boring, nak jugak penyakit, tontonlah cerita ni. semua jawapan ada di sini.
moral : takde penyakit jangan lah nak cari ye.

***

okay. ini adalah antara filem Melayu yang aku tengok. satu benda yang aku tak faham - kenapa filem Melayu banyak memaparkan budaya yang tak elok seperti berzina, minum arak, clubbing, syirik, tahyul semua tu? macam dah teruk sangat je masyarakat kita sekarang. macam dah takde budaya baik langsung yang nak ditunjukkan kepada golongan muda zaman sekarang. aishh.

eh eh. aku layan jugak apa filem Melayu. ingat aku ni cerewet sangat ke. "ewww. filem Melayu? ahhh. I tak layan la. apa class filem Melayu." aku bukan macam tu. aku universal saje. semua , jenis filem aku layan. jangan risau. haha. tapi pape filem kita tengok pun, cuba la ambik pengajaran sebanyak mungkin. yang teruk-teruk tu jadikan sempadan. belajar dari kesilapan diorang. bukankah itu lebih bermakna? takde la sia-sia kita layan movie pun.

support our film industry :D

yours truly,

2 comments:

Ana Shuwaa said...

Thumbs up bro ~ haha..
sokong lah filem2 melayu :D

*ak sendiri pom dah x boleh beza yang mana crite melayu dan yang mana citer omputih dah skarng nie ..dunia o dunia.. ><

Akif said...

haha. sama la kau pun. bagus2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars