Saturday, October 29, 2011

iPhone 4


iPhone 4



first time iPhone 4 dilancarkan memang saya dah ada mind set
"alaa. phone ini tak mungkin aku miliki"
tapi alhamdulillah. rezeki Allah memang kita tak boleh sangka kan?

dan semestinya saya tak pandai lagi guna benda macam ni.
biasa laa. saya mana pernah guna phone touching-touching ni.
ni first time la kira. uit uit. *muka excited pulak*



jangan risau kerana saya masih menggunakan nombor yang sama.
ya ya. semestinya ini adalah my precious yang baru.
terima kaseh Allah. terima kaseh ayahanda. terima kasih bonda.
harapnya aku takkan tukar phone dah selagi phone ni masih boleh diguna.

"Dan nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

alhamdulillah :)

yours truly,

Perlis Trip - 27-281011

salam semua.
ni aku nak update cerita yang mungkin panjang sikit la kot. takpe.
kalau anda rajin, anda baca la ye sampai habis. time kasehh.

27 October 2011

25 October hari tu baru je balik dari KL. lepas sehari, ikut Acu travel dengan budak-budak form 3 sekolah dia. biasa la. lawatan lepas PMR. diorang buat lawatan ke Perlis. dekat je. so aku pun join la. 2 hari je. takde penat sangat.

pagi-pagi dah bertolak. join diorang naik bas terus ke Kedah dulu.
destinasi kita yang pertama adalah :

Muzium Arkeologi Lembah Bujang

macam-macam la kesan sejarah ada kat sini. segala candi kat Kedah semua ada. Kedah ni kan dulu sebuah pelabuhan yang boleh tahan hebatnya. so memang macam-macam barang tinggalan sejarah yang ada. menarik. siapa yang minat sejarah boleh datang sini.

then kitorang breakfast dan teruskan perjalanan. masih lagi dalam Kedah.
destinasi seterusnya adalah :

Muzium Padi

pemandangan kat dalam tu serius chantek giler. walaupun lukisan tapi nampak real. rasa macam kau betul betul ada kat kampung tengok org tanam padi, sawah, kerbau semua tu. fuuh. layan. tapi kecik jela tempat ni. muzium camtu je la.

next, kitorang pegi Pusat Sains Negara. sebelah je Muzium Padi tu. kat sini ada pameran sains camtu jela. kalau dah pernah pegi Pusat Sains Negara kat KL tu, lebih kurang jela kat sini pun. tapi sini macam sikit jela. tapi boleh la kalau nak buat lawatan sekolah tu.

then terus kitorang bertolak ke Perlis. pegi ke penginapan. ingat kan dekat area Kangar tu. tengok tengok dekat Wang Kelian. dekat Taman Negeri Perlis. ingatkan tido chalet baek punya. tapi mak ehh. nak masuk ke chalet dari pejabat urusan dia tu kena jalan 1.2 kilometer meredah hutan. ada la jalan. bas memang tak boleh masuk ikut situ. so nak tak nak berjalan je la. jangan tanya la ada coverage ke tak dalam tu.

kitorang dinner. lepas tu lepak lepak jap. tikus hutan besar gila masuk dalam chalet. memang chantek betul la. kena halau dia keluar balik. fuuh. pastu sambung sembang sampai la malam. pastu ada supper. lepas supper tido terus la. laptop tak bawak. phone takde line. so apa je yang boleh buat. tengah tengah hutan ni gelap je. nak jalan pun banyak nyamuk. so tido adalah pilihan yang paling terbaek.


28 October 2011

esok lepas Subuh, breakfast. pukul 9 pagi kitorang pegi trekking. meredah hutan dengan budak budak form 3 ni. ada ranger yang guide la. memang kecoh bila sorang-sorang kena pacat. naik punya naik akhirnya sampai jugak depan pintu Gua Wang Burma. ni gua pertama. gua kering. gua kedua kitorang tak sempat masuk sebab tak cukup masa.

tak ambik gambar sebab aku tak bawak phone pun pegi trekking. huhu.
kalau nak tengok, google je la eh.



Gua Wang Burma. memang best. dalam tu gelap giler. tak bawak torchlight memang tak nampak pape. gua batu kapur yang besar. memang nampak segala stalactite stalagmite. macam macam la kitorang belajar pasal gua yang diajar oleh ranger yang berpengalaman. lepas dah pusing pusing satu gua, kitorang pun turun balik ikt jalan trekking yang kitorang naik tu.

lepas dah siap tu. kitorang pun keluar la balik ikut jalan 1.2 kilometer tu. naik bas dan teruskan perjalanan ke tempat yang paling famous kat Perlis - Padang Besar dengan tujuan yang utama, tak lain dan tak bukan - shopping. biasa la tu. orang lelaki solat Jumaat jap sebelum meneruskan aktiviti shopping. lepas dah puas.


lepas dah habis shopping, kitorang pegi Taman Anggur. tapi takde pape dan bayaran mahal. so tak masuk. then kitorang pegi Taman Herba. segala bagai pokok herba ada. macam macam khasiat. kalau nak tahu pegi la sendiri nanti tengok apa yang ada kat sana.


lepas tu, kitorang singgah di Kuala Perlis. pekena laksa sekali. baru bertolak balik. memandangkan sekolah mereka ini kat Bagan Serai, Perak, so diorang drop aku kat Juru je on the way tu. malam jugak baru aku sampai rumah. macam mana pun alhamdulillah. dapat peluang travel ke Perlis yang dah lama aku tak pegi.

so kepada anda yang nak tahu apa lagi yang ada kat Perlis tu, pegi la sendiri ye.
cuti-cuti Malaysia ~

yours truly,

Friday, October 28, 2011

Tagged


yup. tagged by Dausi. :D
***

Rules:
1.You must post these rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them to the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged him/her.
6. No tag backs.
7. No stuff in the tagging section about. 'You are tagged if you are reading this' you legitimately (a.k.a really, trust, with all honesty) have to tag 11 people.

11 things about me :
1. Muslim
2. Malaysian
3. Malay
4. Blogger
5. Chelsea's fan
6. Adidas
7. Reader
8. Simple
9. Student
10. Virgo
11. VIP of BIGBANG


Questions asked:
1.What is your favourite blog? (include link, please)
SolihinZubir, BIGBANG, Dr Cinta

2. Your favorite quotes?
“You'll never reach perfection because there's always room for improvement. Yet get along the way to perfection, you'll learn to get better.”

3. Your strength?
Positive

4. What is do you think about friendship?
Important and I'm lovin' it ~

5. Do you believe in "A friend in need is a friend indeed"? Why?
Yup. A true friend can always accept who you are.

Question from me:
1. Can I skip rule no 3?
2. Can I skip rule no 4?
3. Can I skip rule no 5?

Okay. Thanks. ^^

***


yours truly,

Wednesday, October 26, 2011

IPTIM 2011

salam semua.
tak update blog kerana pergi outstation sebentar ke KL.
ada la hal sikit yang perlu dilaksanakan di sana.
alhamdulillah semuanya baik-baik sajaa.

dan paling penting, dapat peluang ke CFS IIUM, PJ untuk menyaksikan
sebuah event yang best jugak. semestinya IPTIM. apa itu IPTIM?


Pesta Sukan Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia 2011

banyak la IPT Islam yang join. kalau nak list semua pun aku bukan tahu sangat. dan pada 24 Oktober 2011 tu aku pagi-pagi dah pergi sana. nak saksikan pasukan volleyball perempuan berlawan. fuuh. menang 3 set straight berhabuk. memang tak kasi chance la. tahniah buat korang. korang memang terbaek la. ada jugak pegi AMF tengok pasukan ping pong lawan. lagi la best. terbaek jugak. memang dasat.

petang tu pulak dengar cerita pasukan volleyball lelaki kalau 2 set pertama dan datang dengan comeback menang straight 3 set. fuuh. memang dasat la korang. salute la. haha. tahniah tahniah.

esoknya pulak pagi tu tengok pasukan volleyball lelaki lawan KUIS. perlawanan yang agak dasat. kemenangan 2 set untuk setiap team bawak mereka ke set terakhir. alhamdulillah team CFS menang jugak walaupun agak sengit sebenarnya. tapi kelebihan pada fans CFS la. memang ramai. cheers cheers.



aku sudah pulang ke rumah. tak sempat tengok sampai habis event ni. event ni masih belum sampai ke penghujungnya. jadi sesiapa yang ada masa lapang pergi la saksikan perlawanan ini ye. dan boleh jugak like page IPTIM. gambar semua daripada event photos. sebab tu takde gambar team volleyball perempuan. huhu.

******
dan ini ada something yang menarik untuk para wanita. sila la baca jika berminat ya. mintak maaf atas ketidaksopanan gambar dan ayatnya. ambik la pengajaran yang baik ye.
HERE HERE
******

GO COUGARS!

yours truly,

Thursday, October 20, 2011

Pokka Blueberry

salam semua.
ya. seperti tajuk di atas, ia nya pasal minuman. jom kita layan.
yup. start tahun lepas baru aku try minuman ini.
dan sekali je aku terus jatuh chentaa.

webcam to gif

yang buruk sikit tu cover lama. yang cover baru lawa dah.

POKKA BLUEBERRY
TEA

aku tak tahu apa yang best sangat pasal minuman ni. tapi bila dah try sekali tu memang suka. bila pegi mana-mana kedai pun mesti aku cari minuman ni. lagi-lagi bila dahaga, bukan cari air mineral ke apa ke. tapi kalau takde tu memang frust yang amat la. huhu.

Description:
Brand: Pokka
Product: Blueberry Tea Drink - Real Brewed from Tea Leaves
Weight Net: 500 mL
Product of: Singapore
- HALAL
- Healthier Choice
- Blueberry Juice Added



Ingredients:
Water, Freshly Brewed Black Tea, Sucrose, Fructose, Sorbitol, Blueberry Juice, Acid (citric acid), Ascorbic Acid, Flavouring.. Contains Permitted Food Additives Of Non- Animal Origin.


Pokka ni syarikat dari Singapore. dan alhamdulillah setelah dikaji dan diselidik, minuman ini halal. dan sebenarnya banyak minuman ni memang banyak jenis buah dan bunga. kalau nak tahu lebih lanjut pasal product Pokka ni sila la layari web diorg eh. POKKA.

entah. takde la sedap sangat pun sebenarnya. tapi macam best.
rasa tenang dan cool giler bila minum. nak lagi best bila minum masa dia tengah sejuk ketika cuaca tengah panas. perghhh. memang masyuuuukk.

dan aku kalau boleh tiap-tiap hari nak minum air ni. tapi tu la. macam tak sihat sangat la pulak. kandungan gula semua tinggi. huhu. sedih la. erm erm. tapi selalu jugak beli. boleh kata setiap kali keluar, asal jumpa je kat kedai mesti aku beli. haha.

ni collection aku yang disusun rapi kat atas rak dalam bilik.
yup. semua sekali 32 botol. :D

korang yang nak rasa masyuk ke tak air ni, sila la cuba ye.
dan harap korang lepas ni sila la belanja aku jugak. jangan lupa.
heee ~

yours truly,

Monday, October 17, 2011

Nora Elena


salam semua. asyik-asyik review drama Korea je. apa kata hari ni kita review drama Melayu pulak. lain la sikit. baru la best. aku nak review pasal drama yang baru aku tengok walaupun aku tahu dah lama drama ni habes. takpe takpe. ok. jom layaaan ~



Nora Elena


yup. seperti tajuk di atas. kalau tak silap aku drama ni start ditayangkan pada bulan May 2011 di Slot Akasia TV3. agak lama jugak kan. oleh kerana aku bukanlah orang yang akan tunggu depan tv untuk tengok drama ke pape, maka aku tengok yang dah download jela. senang. bila-bila nak tengok pun boleh. dan aku tertarik untuk tengok drama ni sebab ramai cakap best dan populariti drama ni pun agak tinggi.

Nora Elena, Siti Saleha, Aaron Aziz, Zul Ariffin

kenapa drama ini lain dari yang lain? seperti yang semua tahu, paling penting adalah heronya - Aaron Aziz. hero Malaya yang digandingkan dengan heroin - Siti Saleha. memang mantap habes la gitu. jalan cerita yang tidak complicated, jelas dan mudah untuk difahami. komedi, sedih, gembira, geram, marah, kecewa, romantik, terharu semua disatukan dalam drama ini. bagi aku drama ni ada aura drama Adamaya yang dulu.



tak dinafikan, watak utama memang mantap. Aaron Aziz sebagai Seth Tan. sangat la baik, macho, gentleman, romantik dan sebagainya la. aku macam kagum jugak sebab ada lelaki macam dia. patut la ramai perempuan cair lepas tengok drama ni. dan heroin, Siti Saleha pun apa kurangnya. memang cantik, sweet, comel sume tu la. lelaki pun ramai cair jugak pe lepas tengok drama ni. bukan perempuan saje ye. personaliti? boleh laa. takde jahat sangat. hati baik tapi agak degil. biasa la tu. perempuaaan ~



dan boleh kata banyak jugak pengajaran yang aku dapat dari drama ni:
cemburu buta itu sangatlah bahaya. hormat orang lain jika mahu diri dihormati. orang yang baik disayangi semua. mintak maaf dan memaafkan. tidak boleh menggunakan kekerasan untuk melembutkan perempuan. sentiasalah bersangka baik agar tidak timbul salah faham. buat jahat akan tetap mendapat balasan. dan banyak lagi la.

dan biasanya orang akan highlight Seth. sebelum ni aku baca komen dan review bloggers yang lain pasal Seth. macam-macam diorang cakap. dan ramai jugak yang tak suka Nora Elena sampai sanggup nak tukar ending drama ni lagi tu. siap sampai ada surat bantahan lagi untuk TV3. tak percaya boleh click link-link ini ": Diari Di Hatiku, OhBulan, FalihinJasmy. banyak lagi la. korang boleh la search kat Google ye kalau nak tahu yang lebih lanjut.



siapa kata takde dah lelaki macam Seth? lelaki paling romantik di Malaysia? hey. pleasee. saya belum lagi berlakon mana-mana drama. dan sesungguhnya lakonan saya bukan sekadar lakonan. realiti di dunia sebenar ye. saya dan Seth memang tak banyak beza. setakat dukung isteri, letak bunga dalam but kereta, masakkan untuk isteri tu tade hal punya. tak percaya? tanya la isteri saya nanti ye.

ok. tu semua tipu. so kepada mereka yang belum tengok drama ni, sila la tengok ye kalau berminat. nak belajar jadi romantik pun boleh jugak. apa salahnya. untuk drama ni pun aku bagi thumbs up la sikit. bagus bagus.

percintaan selepas kahwin memang sweet eh? heee ~

yours truly,

Sunday, October 16, 2011

5 Filem Melayu


oleh kerna cuti yang panjang dan aku rasa bosan yang amat, maka aku layan la segala movie yang ada. yup. aku baru je layan cerita-cerita Melayu ini. so jom kita tengok.



Sekali Lagi

cerita ni dah lama keluar tapi aku baru nak tengok. biasa la. kalau jalan cerita tu agak complicated. macam-macam jadi pada masa lampau yang menyebabkan mereka merana. agak drama jugak la. macam susah je nak bahagia. tapi oleh kerana heronya Shaheizy Sam dan heroinnya pulak adalah Lisa Surihani, so aku layan la jugak. paling penting ada Mia Sara Nasuha yang comel dan cerdik. heee.
moral : bersabarlah dengan segala ujian Allah. pastinya ada hikmah.



Tolong! Awek Aku Pontianak

ni pun boleh kata cerita lama jugak la. oleh sebab cerita ni cerita lawak, so memang merepek la. jalan cerita simple je. masih ada pengajaran yang diterapkan. cerita ni untuk orang yang tak tahu nak buatpe, boleh la layan. tu pun kalau dia nak layan la kan.
moral : orang baik semua orang sukaa. bukan orang saje sukaa.



Flat 3A


cerita hantu Melayu. dan seriously cerita ni sangat merepek. aku tak nampak langsung kaitan starting dengan ending. tiba-tiba je jadi camtu. ada ke. tak pasal perempuan tu pulak jadi mangsa. hampeh betul. banyak tahyul sume tu la. dah la tak takut. so aku ingat tak tengok pun takpe la kot.
moral : erm erm. jangan buat maksiat. jangan syirik. dosa besar woo.



Libas

cerita ni masih baru. ada lagi di pawagam. bagi aku cerita ni okay la. memaparkan tradisi melayu la sepak raga tu. fokus kepada skill dan semangat yang tinggi. ada babak yang membuatkan orang terharu. kira kalau budak-budak tengok cerita ni, takde la pengaruh jahat untuk diorang. bagus. dah lama takde filem Melayu macam ni. so thumbs up.
moral : hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.



Al-Hijab

sebuah lagi cerita hantu arahan Pierre Andre. yup. cerita ni membawa aura filem Jangan Pandang Belakang. kalau korang pernah tengok cerita tu, takut tak? filem ni lebih kurang macam tu la. cerita ni pasal sorang mamat yang sendiri mau cari penyakit. so kalau korang rasa boring, nak jugak penyakit, tontonlah cerita ni. semua jawapan ada di sini.
moral : takde penyakit jangan lah nak cari ye.

***

okay. ini adalah antara filem Melayu yang aku tengok. satu benda yang aku tak faham - kenapa filem Melayu banyak memaparkan budaya yang tak elok seperti berzina, minum arak, clubbing, syirik, tahyul semua tu? macam dah teruk sangat je masyarakat kita sekarang. macam dah takde budaya baik langsung yang nak ditunjukkan kepada golongan muda zaman sekarang. aishh.

eh eh. aku layan jugak apa filem Melayu. ingat aku ni cerewet sangat ke. "ewww. filem Melayu? ahhh. I tak layan la. apa class filem Melayu." aku bukan macam tu. aku universal saje. semua , jenis filem aku layan. jangan risau. haha. tapi pape filem kita tengok pun, cuba la ambik pengajaran sebanyak mungkin. yang teruk-teruk tu jadikan sempadan. belajar dari kesilapan diorang. bukankah itu lebih bermakna? takde la sia-sia kita layan movie pun.

support our film industry :D

yours truly,

Wednesday, October 12, 2011

Port Dickson - 031011



3 October 2011

setelah habis sahaja paper Chemistry II pada pukul 5.30pm, kitorang semua bergegas ke bilik masing-masing untuk bersiap. petang ni semua kawan-kawan dah ada program bersama. Safwan bersama Hanis, Hafiz dan Dania. Fahmi bersama aku, Alif, Ahnaf dan Fahmy. Mus pulak bersama rakan-rakan beliau yang lain. sayang sekali Farhan dan Nuzul tak dapat ikut.

Safwan punya rombongan bertolak sebelum Maghrib. kitorang pulak lepas Maghrib. aku, Alif dengan Fahmi pegi Sri Rampai dulu ambik kereta Fahmi ni. then baru ke Bangi ambik Ahnaf dengan Fahmy. dalam pukul 11 baru sampai rumah Fahmy. bertolak terus ke Seremban. jumpa Safwan dan Mus punya rombongan. then straight ke rumah Mus.

aktiviti utama - makan! yes. maka ber-barbecue la kami pada malam tersebut. menu baek punya. ayam, kambing dan sausage. mula-mula kitorang masak ayam dulu. makan ramai-ramai. lepas tu, masak kambing pulak. aku dah ambik spot baek punya nak makan ayam. then Hafiz datang bawak kambing. pergh. terkam ramai-ramai. Ahnaf dengan Dania join. lepas tu kitorang tunggu makanan sampai untuk disambar je. sampai sausage siap masak memang kitorang kekenyangan sangat la. berapa banyak kitorang baham. fuuhhh.

cadangan asal kitorang nak pegi main futsal pulak lepas tu. tapi tutup pulak. dan maslah timbul apabila kereta Fahmi panas pulak. so terpaksa la tukar kereta dengan kereta Mus.

perjalanan diteruskan ke Port Dickson dalam pukul 2 pagi macam tu. memang konvoi ramai-ramai la 20 orang ni. semua sekali 4 kereta. meredah highway malam-malam camtu. sampai jugak ke Telok Kemang. pegi pantai malam-malam woo. lepak la kejap kat situ sambil menghirup udara malam dan bayu laut yang segar dan memang sejuk yang amat. memang best.

lepas tu kitorang pegi lepak-lepak sambil minum kat kedai sambil menunggu Subuh. memang muka semua dah kepenatan dan mengantok. apa tah lagi selepas membedal ayam dan kambing sebentar tadi. then pegi solat Subuh kat masjid yang berdekatan. lepas Subuh kitorang berehat la jap kat masjid tu sementara menunggu matahari terbit. eceh.



dalam pukul 7 lebih macam tu kitorang pegi balik ke Telok Kemang. setealh puas melihat laut dan pantai pagi tadi, sekarang tibalah masa untuk terjun pulak. HAHA. lepas tukar baju semua terjun la. tunggu apa lagi. sangat best sebab ombak agak besar. so macam semua melambung-lambung jugak. boleh lawan-lawan ombak siap. sambil mandi sambil main futsal tepi pantai tu. penat penat. hajat untuk menaiki banana boat tidak tercapai tapi tidak mengapa. yang penting boleh mandi pantai bersama rakan-rakan terchenta.

AC 318!

lepas mandi kitorang bertolak balik ke rumah Mus. ada la kawan-kawan yang mula mengundur diri. kitorang rest kat rumah. penat yang amat. dah la tak tido satu malam. so tido jela sambil menunggu kereta Fahmi yang dihantar ke bengkel. bangun untuk solat je. lepas Asar baru bangun makan makan. then baru balik rumah Nilai naik KTM. alhamdulillah sampai rumah. pastu balik memang terlentang balik la. bangun makan burger pastu sambung tido balik sampai esok pagi. fuhhh. memang hari kepenatan la tapi best.

memang ini adalah outing yang best. memang kenangan indah kat cfs. memang ending yang baek punya untuk asasi. sayang sekali Farhan dengan Nuzul tak boleh ikut. tak sangkat classmates masa sem satu boleh kekal rapay sampai sem akhir. fuuh. memang korang la sahabat-sahabat yang dichentai. harap dapat jumpa korang lagi ~

Friends are God’s way of taking care of us. :)

yours truly,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars