Friday, September 2, 2011

Pasar Baru




ini ada sebuah cerita. kalau anda nak baca, teruskan.
kalau tak nak pun takpe sebab cerita ni macam merepek je.



"pada suatu hari aku telah lewat untuk pulang ke hostel. aku terpaksa berlari untuk mendapatkan LRT memandangkan perkhidmatan LRT sudah nak ditamatkan. maka aku berlari sepantas mungkin dan menembuskan diri ke dalam perut LRT tersebut. peluh membasahi pipi. aku mengambil tempat duduk yang sememangnya kosong.

di stesen LRT berikutnya, masuk seorang perempuan. 'uish. ada jugak perempuan yang lewat-lewat masih naik LRT. sorang-sorang pulak tu.' dalam coach tu hanya aku dan dia. jadi untuk menghilangkan bosan, kami berkenalan. akhirnya kami menjadi kawan. dan kami akan turun di stesen yang sama.

"next station - Pasar Baru. stesen berikutnya - Pasar Baru"

selepas itu, kami menjadi kawan yang rapat. jika hari tu kebetulan kami keluar, kami akan balik bersama. kami akan sama-sama dengan orang ramai yang sesak pada hujung minggu untuk menaiki LRT, mencari tempat duduk dalam kesesakan, dan tetap turun di stesen yang sama. pelbagai topik kami akan bualkan sepanjang perjalanan ke stesen Pasar Baru di dalam LRT tersebut. apabila tiba di sana, kami akan berpisah. dia akan menaiki bas ke destinasinya dan begitu juga aku.

menarik kan kisah kami? berkenalan secara kebetulan dengan destinasi yang sama.
yup. stesen LRT Pasar Baru. :) "


okay. habis cerita. kan dah cakap tadi. mengarut je.
ada ke stesen LRT Pasar Baru? adehh.

"The best thing in every noble dream is the dreamer"
- Moncure Conway

yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars