Friday, September 23, 2011

Kisah di Kota

situasi 1

Midvalley. semua orang tengah sibuk dengan urusan masing-masing. ada yang tengah membeli-belah, bersembang bersama rakan, menjamu selera, window shopping dan sebagainya. tiba-tiba bunyi satu suara yang kuat dari arah tengah megamall tersebut.

"hoi! kau memang sial!"

kelihatan seorang perempuan berpakaian agak seperti minah rempit sedang memaki hamun seorang lelaki. lelaki tu pun lebih kurang mat rempit jugak la berdasarkan luaran beliau. kepala mat rempit tu dilempang sekuatnya oleh minah itu. lelaki tu dengan selamba berjalan dan turun eskalator. beliau sempat jugak mendapat terajang daripada minah tu sebelum turun.

dan ada lagi satu minah follow mamat yang turun tu sambil memaki hamun minah yang memukul balaknya pada awal tadi. maka berlaku la tarik menarik rambut di situ sebentar sebelum ada sorang mamat yang maybe kawan minah awal tu menarik beliau. minah lagi satu tu follow balik mamat yang blah tadi cepat. minah yang ditarik tu masih tak puas hati dan terus mengejar mereka berdua.



apa jadi lepas tu aku tak tahu la. tak nampak dah.

situasi 2

di dalam bas Rapid KL. driver tu memandu seperti biasa sebelum beliau ternampak bas Metro sedang mengambil penumpang di laluan yang sama dengan beliau. tiadk semena-mena beliau menjadi gila. speed terus bas yang dipandunya. terus memotong bas Metro tersebut dengan bahayanya. dan di satu bus stop kedua-dua bas berhenti sebelah menyebelah.

"jangan tamak la! dah cukup cari makan belum?!"

tu la yang dilaungkan pemandu bas Rapid kepada pemandu bas Metro. selama beberapa minit jugak la berlaku pergaduhan mulut tu. dan kedua-dua bas mula bergerak. kemudian berlaku pula aksi hon hon sesama sendiri di tengah-tengah jalan. overtake pun banyak kali jugak la. yang tak tahan sambil mengangkat jari tengah pulak tu. kejadian ni berlaku sampai la aku sampai campus.


versus


lepas dah turun tu aku tak tahu la apa jadi dah.

***

untuk situasi 1 tu aku tak tahu la nak cakap macam mana. mungkin dari pandangan orang ramai orang akan cakap minah tu pukul mamat tu sebab kebetulan mamat tu kantoi dengan dia keluar dengan minah lain tu yang bengang sangat sampai pegi lempang mamat tu. tapi boleh pulak diorang bergado macam tu di khalayak ramai. macam menjatuhkan maruah sendiri je. tak ke?

Islam kan ajar bersabar dan redha. kalau dah mamat tu keluar dengan minah lain, nampak sangat la mamat tu bukan lelaki yang baik. buatpe nak kejar lagi. kalau geram pun biar je la Allah yang balas. at least dia tahu perangai sebenar lelaki tu kan. kalau dia tak lepas marah kat situ takdela dia memalukan diri sendiri kan.

situasi 2 pun aku sedih jugak bila tengok. pemandu sama-sama Melayu, sama-sama Islam. tapi bergadoh sebab nak cari rezeki. sifat dengki ada dalam diri. penyakit hati tu. nak je aku cakap, "brader, rezeki masing-masing Allah dan tetapkan. yang penting cari rezeki tu cara yang betul. jangan risau la pasal rezeki orang lain tu." tapi tak terluah la pulak dari mulut. memang sedih. buat malu je kat penumpang-penumpang dalam bas tu. mungkin kadang-kadang betul jugak bak kata orang, kalau dia pandai takde la dia bawak bas sekarang. tidak merangkumi semua pemandu ye. certain sahaja.

***

tu saje la ye yang aku nak cerita. harap boleh la ambik pengajaran ye.


isk isk. kenapa la dekat dengan final. huhu.


GD, TOP, VI ~

yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars