Monday, September 19, 2011

Johor Trip - 15-180911




yup. dah lama aku tak tulis entry panjang-panjang macam ni.
sementara tengah ada mood ni aku nak tulis jugak.
tak kisah la korang nak baca ke tak. aku nak melayan kenangan aku ni.

15 September 2011


lepas je kelas habis pukul 6 kitorang terus bergegas angkut beg cepat-cepat keluar dari campus. dah agak. memangk jam habes la. ramai nak balik sebab esok cuti Hari Malaysia. aku dengan Hafiz cepat-cepat bergerak ke satu destinasi - Terminal Bersepadu Selatan. jumpa Fara dengan Alia kat sana. kitorang gerak sama-sama ke sana. yup. perjalanan kitorang ke Johor akan bermula pada pukul 8.20pm. selamat sampai sebelum masa bertolak. dan malam tu perjalanan mengambil masa 4 jam setelah akhirnya kami tiba di Taman Sri Putri pukul 12 tengah malam.

Azyan dan mak beliau menemput kami terus ke UTM, seterusnya ke Scholar's Inn. hotel mak ehh. bilik memang baek punya. dalam bilik tu ada living, dapur sume. dan ada lagi dua bilik.


Hafiz ambik master bedroom. aku ambik bilik dengan 2 single bed. memang layan habes laa.. tido macam rumah sendiri. semuanya ayah Azyan yang aturkan. terima kaseh pak cik Aziz ~

16 September 2011

pagi-pagi lagi kitorang bangun. aku menonton perarakan Hari Malaysia kat TV3 sementara menunggu Hafiz bersiap. ayah Azyan bagi pinjam Myvi along untuk memudahkan pergerakan kami. setelah puas tengok google maps mencari jalan, akhirnya kami bertolak. tak sampai 10 minit dah sampai rumah Azyan. well well ~ bukan susah sangat jalan kat Johor ni. eceh.

hari tu adalah hari sangat penting. hari pernikahan kak Azni dengan abang Azuan. akad nikah berjalan di rumah pengantin perempuan sendiri. so kitorang sampai rumah tu, pegi breakfast kat kedai dulu. bila balik je majlis dah nak mula. agak cuak sebenarnya saat-saat sebegini. akad nikah woo. abang Azuan kelihatan yakin dan cool saje. ecece. dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar. majlis pun tamat. aku dapat la jugak berkenalan dengan pak cik mak cik yang baru aku kenal kat situ. dan aku paling best bila sembang dengan 'Mak'. heee~

tengok abang Azuan tu. confident habes. haha.
kami - setelah majlis akad nikah selesai

beliau adalah Mak. dan beliau sangat penyayang ~ :)

lepas majlis dah habis, lepak-lepak sambil mentong bak kata abang Azuan. then kitorang tolong siapkan barang-barang yang masih belum siap. masa ni la kitorang dapat tau kek bantat tu macam mana. haha. lepas tu keluar jap round tengok apa yang ada kat Johor. tapi kejap je la sebab memang tak tahu nak pegi mana. petang tu kitorang buat operasi angkut-angkut barang pulak ke Dewan Alumni UTM. angkut saja apa yang patut.
mari kita bekerjaaa ~
lepas tu balik hotel untuk rehat. fuhh. tertido jugak la depan tv lepas Maghrib. then pegi balik rumah Azyan. kitorang ambik diorang keluar sekali pegi dinner. lepas makan kitorang pergi dewan balik nak tengok pape yang belum siap lagi. lepas tu baru balik hotel dan tidoo ~

17 September 2011

pagi lagi kitorang terus pegi rumah Azyan. breakfast dulu kat sana. parents dia dah pergi dewan awal lagi. kitorang ambik dulu barang-barang yang ada untuk bawak ke sana. kitorang gerak sekali dengan abang Azuan. sampai sana terus set up, angkut barang semua. catering semua dah standby. lauk pauk memang best, ada 10 jenis air untuk dipilih. semua kaler ada. pilih saja. perghh. yup. hari ni majlis kenduri. maka dengan itu ramai la sanak saudara, sahabat handai yang datang memeriahkan majlis. dalam pukul 11 pagi tu dah mula orang datang. pengantin sampai 12.30 tengah hari. kitorang check out dulu siap-siap. lepas tu baru tengok pengantin. aku dan Hafiz rakam dan tangkap gambar habes. then baru la kitorang makan-makan atau mangan.

berseri-seri je pengantin ini

kerja part time itu suda biasa

rakan-rakan yang disayangi

rakan bersama membajet di meja makan pengantin

memang meriah la majlis kenduri ni. kitorang dapat makan kek pengantin walaupun agak malang sebab tak sempat nak sambar lauk pengantin. ceh. dan kat sini la kitorang dapat tahu ada jugak budak laki catering yang sangat loser kerana memberi nombor telefon sendiri lepas tu suruh orang miskol. nampak sangat takde kredit. cehh. akhirnya lepas kenduri tu baru la kitorang balik rumah setelah kemas-kemas semuanya. petan tu sampai rumah, memang kitorang terlentang jugak la. kepenatan. fuuhh. malam tu kitorang bangun, dinner lauk pauk tadi. layan sajaa. lepas makan baru kitorang mandi sume. segar sikit la badan. sembang jap dengan Mak. Mak pandai ambik hati. terima kaseh atas nasihat dan doa, Mak. :)

malam tu kitorang tido kat rumah je. sebab hotel untuk 2 malam je. dah check out dah. so nak senang tido sini saje. lepas mandi, Azyan pulak offer nak buat teh tarik kan. ok saja. sambil melayan teh tarik kitorang pun bersembang la. macam-macam cerita keluar, macam-macam kenangan kitorang sembang, macam-macam masalah diketengahkan. memang best. sedar tak sedar sampai Subuh jugak la kitorang sembang-sembang. so lepas Subuh jugak la aku dengan Hafiz tido kat bawah tu. diorang tido kat dalam bilik.

18 September 2011

memang kena bangun pagi. siap-siap awal lagi. breakfast sekali bersama parents Azyan. yup. bas kitorang balik pada pukul 9.45 pagi. sambil breakfast sambil sembang-sembang jugak. macam-macam cerita keluar. lepas makan parents Azyan hantar kitorang pegi stesen bas. petang jugak baru kitorang sampai Shah Alam. dan trus ke campus. terlentang kepenatan lagi sekali. memang menyong la bak kata Azyan. fuuhh.

tahniah kak Azni dengan abang Azuan. korang memang sweet. semoga kekal sehingga ke syurga. terima kaseh banyak-banyak-banyak atas layanan sepanjang kitorang ke sini. semoga Allah memberkati dan merahmati keluarga pak cik Aziz. jemput la datang Penang pulak ye. hehe. :D

yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars