Sunday, September 11, 2011

Full House


bila tengok tajuk jangan anda ingat saya nak buat open house sempena bulan raya ni pula ye. saya di perantauan lagi. susah nak buat open house ni. keh keh. ok. oleh kerana busy dan malas yang bercampur, dah lama blog ini tak ter-update. aku terlupa nak review something kat blog ni. rasa nak review tapi malas. so sementara tengah rajin ni aku teruskan la ye.

beberapa minggu yang lepas aku baru habis tengok ni



Full House

aku tahu la cerita ni dah popular sejak tahun 2004. aku masa tu baru darjah 6 kot nak terkedek-kedek UPSR lagi. memang la aku sangat out-dated tapi aku teringin gila nak tengok cerita yang famous. nak tau la jugak kan apa yang best sangat cerita ni.

ok. overall aku rasa cerita ni sama je. typical Korean drama. boleh agak dah jalan cerita dia macam mana. dan semestinya ada babak-babak yang membuatkan anda terharu sampai nak menitiskan air mata. aishh. itu biasa la bagi cerita Korea. cerita Melayu bila lagi nak buat camtu. aku biasa sedih tengok cerita P Ramlee je. ish ish.



dan yang best dalam cerita ni bagi aku adalah heronya sendiri yang dilakonkan oleh Rain. aku tengok Rain dalam Ninja Assassin punya la macho, tough, ganas bagai. tapi dalam cerita ni mula-mula tu agak poyo la. then ada la dia buat something yang bodoh dengan ekspresi muka sebegitu dan bagi aku sangat lawak. HAHA. lain gila la dengan dia yang sangat amat serius dalam Ninja Assassin tu. heroin dia pun awal-awal tu macam tak best. tapi bila dah lama rasa macam lawa la jugak. boleh laaa.



so kesimpulannya, kalau korang rasa boring tak tahu nak buatpe layan je la cerita ni. ok jugak apa daripada anda melepakkan diri di kaki lima sambil mengorat awek-awek melintas dengan membuat bunyi tikus sakit bagai menjaja maruah diri sendiri dan memalukan muka anda. betul kan? jom layaaaan ~

p/s: good luck kepada adik-adik yang akan menduduki UPSR pada 13 September ini. all the best. semoga Allah mempermudahkan urusan anda. :D

yours truly,

3 comments:

zida said...

rasa macam plek kan bila tengok Rain dalam cite ni pas tengok Ninja Assassin tu. Hahaha sweet ohhh. lalalala~

Akif said...

2 la psl. plek gler. haha

hamizah adam said...

like like like. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars