Wednesday, September 21, 2011

City Hunter


salam kepada semua. mintak maaf la ye sebab dah lama tak update blog ni.
bukan sebab takde idea, tapi takde masa dan kemalasan yang datang.
thehee. takpe takpe. aku update la sikit-sikit ye.

okay. kali ni nak cerita pasal satu lagi cerita yang aku dah tengok.
sebab ramai sangat recommend cerita ni. so aku pun nak jugak tengok.
kata mereka sangat best - sampai orang yang tak minat drama korea pun sanggup follow cerita ni sampai habis. betul ke?



City Hunter

yeah! itu lah dia. seperti tajuk di atas. sebuah drama Korea bertajuk City Hunter telah menjadi terkenal di sekeliling aku pada tahun ni. dengan hero utamanya, Lee Min Ho membawa watak yang bagi aku lain daripada drama Korea yang lain. cerita ni bagi aku memang unik. lain dari kebanyakan drama Korea yang lain. kebanyakan drama Korea cerita pasal syarikat la, kehidupan artis la, cinta yang amat la. tapi City Hunter berbeza.



cerita ni semua ada. aksi, cinta, kehidupan. semua bercampur. yang bestnya kehidupan yang dipaparkan mengenai hero memang lain. kerana peristiwa lama hero perlu menjalani hidup yang berbeza daripada orang biasa. banyangkan, hero harus menentang kerajaan untuk menegakkan keadilan. nilai yang ada dalam ni bagi aku tak semua drama Korea ada.

dan yang paling penting aku agak terkejut sebab hero dia Lee Min Ho. aku tengok dia berlakon dalam Boys Over Flower dengan Personal Taste memang lain gila. stok jiwang habes. asyik fikir pasal kerja, syarikat dengan cinta je. muka pun control macho, cool habes. semua nak macam flower boy je. tapi dalam ni aksi dia boleh tahan jugak. boleh beraksi. baru la nampak sikit kejantanan beliau. jadi, tahniah la untuk beliau.

dan seperti biasa jugak, heroin dalam setiap drama Korea mesti mula-mula tengok macam "eleh. macam ni pun boleh jadi heroin ke". tapi bila dah lama-lama tengok tu mula la rasa chenta pandang kelima. tiba-tiba je rasa sedap mata memandang. ish ish.



Kim Na Na ~

jadi kepada mereka yang nak rasakan kelainan dalam menonton drama Korea, yang rasa macam dah tak larat nak layan jiwang-jiwang, tengok orang serabot menyelesaikan masalah syarikat dan berebut cinta dengan orang lain; sila la tengok drama ni. juga disarankan kepada mereka yang sukakan aksi. kalau setakat tengok sebab minat Lee Min Ho je apa barang. jambu jee. tak macho la. kurang maskulin gitu. tengok drama ni dan ambil la pengajaran yang ada.

"revenge will never end. total destroy - that's the best."

yours truly,

9 comments:

Anonymous said...

cite city hunter ni adapt dari one of japanese manga.Wekk sibuk je nak tiru,adaptlah manga negara sendrik.

sugar2 kapas strawberry said...

yup2.cite ni adapt dr comic...
dah selamat masuk recycle bin dah cite ni..mmg best

Amalina said...

Sekarang ni Lee Min Ho ngn heroin tu,Park min Young tgh bercinta..sweet!haha.:D

Syafiq said...

wah! dak kisas rupanya!!

me adik Badri. Mohammad Badri bin Ahadin. kenal dak?

salam perkenalan....

Akif said...

yup. badri knal. adik dy x knal. haha. salam perkenalan.

Syafiq said...

haha!!

hamizah adam said...

dah tengok ke ? tengok kat mana ? ada soft copy tak ?

Akif said...

hamizah adam - dah tengok dah. soft copy ada saje.

umair wafi said...

cite ni lain drpd drama korea yg lain sebb based on japan manga....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars