Sunday, September 25, 2011

Final Exam

salam semua


aku tak tahu kenapa bagi aku gambar ni best.
cantik, artistik dan ada makna tersendiri.
sebab tu nak share dengan korang.

ok. focus balik. final exam is starting.

26/9, Monday, 9am :
Basic Themes of Al-Quran; FIM1233

27/9, Tuesday, 2.30pm :
Physics II; SHE1225

28/9, Wednesday, 2.30pm :
Mathematics III; SEF1134

3/10, Monday, 2.30pm :
Chemistry II; SHE1325

kepada semua student CFS, all the best!



ya Allah. semoga Kau permudahkan.
mohon doa daripada anda jugak ye :)

yours truly,

Saturday, September 24, 2011

KMW Malaysia 2011


korang tengok tajuk aku ni, jangan ingat aku pergi
macam mana mau pergi kalau dah nak dekat final?
agaga. adoyai. fuuu ~


Korean Music Wave 2011 Malaysia
24 September 2011
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

dan akhirnya setelah lama menanti, BIGBANG datang jugak ke Malaysia.
ingat senang ke diorang nak turun Malaysia. tak boleh pegi pulak dah.
walaupun Taeyang dengan Daesung takde. tetap nak jugak tengok diorang live.

Performance by BIGBANG :

*Seungri*

- VVIP - What Can I Do - Strong Baby -

*GD & TOP*


- Intro - Knock Out - High High - Oh Yeah -

dan sesungguhnya aku sangat tension bila tengok video fancam.
tak dengar diorang nyanyi pun. hanya jeritan VIP yang kuat saje kedengaran.
camera pun bergegar habes tak hengat punya. jadi apakah tujuan rakaman mereka itu?? adeh.

tolong la ada rakaman yang best sikit masa KMW Malaysia ni. kalau tak nak fancam pun takpe. buat la DVD yang editted version punya. takpe. tak kisah. nanti aku beli punya. kan lagi senang. tak gitu? tapi Malaysia buat ke recording performance diorang? alaaaa.

tiba-tiba aku sangat jeles kepada VIP yang dapat pergi. huhu.
by the way, sila tengok ini. ads BIGBANG - Soul by Ludacris.



cool gilaaa ~

ok. cukup. jangan sampai aku pegi Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2011
kat Singapore tu pulak kang. dah dah. study laaa. nak exam maa.

yours truly,

Friday, September 23, 2011

Kisah di Kota

situasi 1

Midvalley. semua orang tengah sibuk dengan urusan masing-masing. ada yang tengah membeli-belah, bersembang bersama rakan, menjamu selera, window shopping dan sebagainya. tiba-tiba bunyi satu suara yang kuat dari arah tengah megamall tersebut.

"hoi! kau memang sial!"

kelihatan seorang perempuan berpakaian agak seperti minah rempit sedang memaki hamun seorang lelaki. lelaki tu pun lebih kurang mat rempit jugak la berdasarkan luaran beliau. kepala mat rempit tu dilempang sekuatnya oleh minah itu. lelaki tu dengan selamba berjalan dan turun eskalator. beliau sempat jugak mendapat terajang daripada minah tu sebelum turun.

dan ada lagi satu minah follow mamat yang turun tu sambil memaki hamun minah yang memukul balaknya pada awal tadi. maka berlaku la tarik menarik rambut di situ sebentar sebelum ada sorang mamat yang maybe kawan minah awal tu menarik beliau. minah lagi satu tu follow balik mamat yang blah tadi cepat. minah yang ditarik tu masih tak puas hati dan terus mengejar mereka berdua.



apa jadi lepas tu aku tak tahu la. tak nampak dah.

situasi 2

di dalam bas Rapid KL. driver tu memandu seperti biasa sebelum beliau ternampak bas Metro sedang mengambil penumpang di laluan yang sama dengan beliau. tiadk semena-mena beliau menjadi gila. speed terus bas yang dipandunya. terus memotong bas Metro tersebut dengan bahayanya. dan di satu bus stop kedua-dua bas berhenti sebelah menyebelah.

"jangan tamak la! dah cukup cari makan belum?!"

tu la yang dilaungkan pemandu bas Rapid kepada pemandu bas Metro. selama beberapa minit jugak la berlaku pergaduhan mulut tu. dan kedua-dua bas mula bergerak. kemudian berlaku pula aksi hon hon sesama sendiri di tengah-tengah jalan. overtake pun banyak kali jugak la. yang tak tahan sambil mengangkat jari tengah pulak tu. kejadian ni berlaku sampai la aku sampai campus.


versus


lepas dah turun tu aku tak tahu la apa jadi dah.

***

untuk situasi 1 tu aku tak tahu la nak cakap macam mana. mungkin dari pandangan orang ramai orang akan cakap minah tu pukul mamat tu sebab kebetulan mamat tu kantoi dengan dia keluar dengan minah lain tu yang bengang sangat sampai pegi lempang mamat tu. tapi boleh pulak diorang bergado macam tu di khalayak ramai. macam menjatuhkan maruah sendiri je. tak ke?

Islam kan ajar bersabar dan redha. kalau dah mamat tu keluar dengan minah lain, nampak sangat la mamat tu bukan lelaki yang baik. buatpe nak kejar lagi. kalau geram pun biar je la Allah yang balas. at least dia tahu perangai sebenar lelaki tu kan. kalau dia tak lepas marah kat situ takdela dia memalukan diri sendiri kan.

situasi 2 pun aku sedih jugak bila tengok. pemandu sama-sama Melayu, sama-sama Islam. tapi bergadoh sebab nak cari rezeki. sifat dengki ada dalam diri. penyakit hati tu. nak je aku cakap, "brader, rezeki masing-masing Allah dan tetapkan. yang penting cari rezeki tu cara yang betul. jangan risau la pasal rezeki orang lain tu." tapi tak terluah la pulak dari mulut. memang sedih. buat malu je kat penumpang-penumpang dalam bas tu. mungkin kadang-kadang betul jugak bak kata orang, kalau dia pandai takde la dia bawak bas sekarang. tidak merangkumi semua pemandu ye. certain sahaja.

***

tu saje la ye yang aku nak cerita. harap boleh la ambik pengajaran ye.


isk isk. kenapa la dekat dengan final. huhu.


GD, TOP, VI ~

yours truly,

Wednesday, September 21, 2011

City Hunter


salam kepada semua. mintak maaf la ye sebab dah lama tak update blog ni.
bukan sebab takde idea, tapi takde masa dan kemalasan yang datang.
thehee. takpe takpe. aku update la sikit-sikit ye.

okay. kali ni nak cerita pasal satu lagi cerita yang aku dah tengok.
sebab ramai sangat recommend cerita ni. so aku pun nak jugak tengok.
kata mereka sangat best - sampai orang yang tak minat drama korea pun sanggup follow cerita ni sampai habis. betul ke?



City Hunter

yeah! itu lah dia. seperti tajuk di atas. sebuah drama Korea bertajuk City Hunter telah menjadi terkenal di sekeliling aku pada tahun ni. dengan hero utamanya, Lee Min Ho membawa watak yang bagi aku lain daripada drama Korea yang lain. cerita ni bagi aku memang unik. lain dari kebanyakan drama Korea yang lain. kebanyakan drama Korea cerita pasal syarikat la, kehidupan artis la, cinta yang amat la. tapi City Hunter berbeza.



cerita ni semua ada. aksi, cinta, kehidupan. semua bercampur. yang bestnya kehidupan yang dipaparkan mengenai hero memang lain. kerana peristiwa lama hero perlu menjalani hidup yang berbeza daripada orang biasa. banyangkan, hero harus menentang kerajaan untuk menegakkan keadilan. nilai yang ada dalam ni bagi aku tak semua drama Korea ada.

dan yang paling penting aku agak terkejut sebab hero dia Lee Min Ho. aku tengok dia berlakon dalam Boys Over Flower dengan Personal Taste memang lain gila. stok jiwang habes. asyik fikir pasal kerja, syarikat dengan cinta je. muka pun control macho, cool habes. semua nak macam flower boy je. tapi dalam ni aksi dia boleh tahan jugak. boleh beraksi. baru la nampak sikit kejantanan beliau. jadi, tahniah la untuk beliau.

dan seperti biasa jugak, heroin dalam setiap drama Korea mesti mula-mula tengok macam "eleh. macam ni pun boleh jadi heroin ke". tapi bila dah lama-lama tengok tu mula la rasa chenta pandang kelima. tiba-tiba je rasa sedap mata memandang. ish ish.



Kim Na Na ~

jadi kepada mereka yang nak rasakan kelainan dalam menonton drama Korea, yang rasa macam dah tak larat nak layan jiwang-jiwang, tengok orang serabot menyelesaikan masalah syarikat dan berebut cinta dengan orang lain; sila la tengok drama ni. juga disarankan kepada mereka yang sukakan aksi. kalau setakat tengok sebab minat Lee Min Ho je apa barang. jambu jee. tak macho la. kurang maskulin gitu. tengok drama ni dan ambil la pengajaran yang ada.

"revenge will never end. total destroy - that's the best."

yours truly,

Monday, September 19, 2011

Johor Trip - 15-180911




yup. dah lama aku tak tulis entry panjang-panjang macam ni.
sementara tengah ada mood ni aku nak tulis jugak.
tak kisah la korang nak baca ke tak. aku nak melayan kenangan aku ni.

15 September 2011


lepas je kelas habis pukul 6 kitorang terus bergegas angkut beg cepat-cepat keluar dari campus. dah agak. memangk jam habes la. ramai nak balik sebab esok cuti Hari Malaysia. aku dengan Hafiz cepat-cepat bergerak ke satu destinasi - Terminal Bersepadu Selatan. jumpa Fara dengan Alia kat sana. kitorang gerak sama-sama ke sana. yup. perjalanan kitorang ke Johor akan bermula pada pukul 8.20pm. selamat sampai sebelum masa bertolak. dan malam tu perjalanan mengambil masa 4 jam setelah akhirnya kami tiba di Taman Sri Putri pukul 12 tengah malam.

Azyan dan mak beliau menemput kami terus ke UTM, seterusnya ke Scholar's Inn. hotel mak ehh. bilik memang baek punya. dalam bilik tu ada living, dapur sume. dan ada lagi dua bilik.


Hafiz ambik master bedroom. aku ambik bilik dengan 2 single bed. memang layan habes laa.. tido macam rumah sendiri. semuanya ayah Azyan yang aturkan. terima kaseh pak cik Aziz ~

16 September 2011

pagi-pagi lagi kitorang bangun. aku menonton perarakan Hari Malaysia kat TV3 sementara menunggu Hafiz bersiap. ayah Azyan bagi pinjam Myvi along untuk memudahkan pergerakan kami. setelah puas tengok google maps mencari jalan, akhirnya kami bertolak. tak sampai 10 minit dah sampai rumah Azyan. well well ~ bukan susah sangat jalan kat Johor ni. eceh.

hari tu adalah hari sangat penting. hari pernikahan kak Azni dengan abang Azuan. akad nikah berjalan di rumah pengantin perempuan sendiri. so kitorang sampai rumah tu, pegi breakfast kat kedai dulu. bila balik je majlis dah nak mula. agak cuak sebenarnya saat-saat sebegini. akad nikah woo. abang Azuan kelihatan yakin dan cool saje. ecece. dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar. majlis pun tamat. aku dapat la jugak berkenalan dengan pak cik mak cik yang baru aku kenal kat situ. dan aku paling best bila sembang dengan 'Mak'. heee~

tengok abang Azuan tu. confident habes. haha.
kami - setelah majlis akad nikah selesai

beliau adalah Mak. dan beliau sangat penyayang ~ :)

lepas majlis dah habis, lepak-lepak sambil mentong bak kata abang Azuan. then kitorang tolong siapkan barang-barang yang masih belum siap. masa ni la kitorang dapat tau kek bantat tu macam mana. haha. lepas tu keluar jap round tengok apa yang ada kat Johor. tapi kejap je la sebab memang tak tahu nak pegi mana. petang tu kitorang buat operasi angkut-angkut barang pulak ke Dewan Alumni UTM. angkut saja apa yang patut.
mari kita bekerjaaa ~
lepas tu balik hotel untuk rehat. fuhh. tertido jugak la depan tv lepas Maghrib. then pegi balik rumah Azyan. kitorang ambik diorang keluar sekali pegi dinner. lepas makan kitorang pergi dewan balik nak tengok pape yang belum siap lagi. lepas tu baru balik hotel dan tidoo ~

17 September 2011

pagi lagi kitorang terus pegi rumah Azyan. breakfast dulu kat sana. parents dia dah pergi dewan awal lagi. kitorang ambik dulu barang-barang yang ada untuk bawak ke sana. kitorang gerak sekali dengan abang Azuan. sampai sana terus set up, angkut barang semua. catering semua dah standby. lauk pauk memang best, ada 10 jenis air untuk dipilih. semua kaler ada. pilih saja. perghh. yup. hari ni majlis kenduri. maka dengan itu ramai la sanak saudara, sahabat handai yang datang memeriahkan majlis. dalam pukul 11 pagi tu dah mula orang datang. pengantin sampai 12.30 tengah hari. kitorang check out dulu siap-siap. lepas tu baru tengok pengantin. aku dan Hafiz rakam dan tangkap gambar habes. then baru la kitorang makan-makan atau mangan.

berseri-seri je pengantin ini

kerja part time itu suda biasa

rakan-rakan yang disayangi

rakan bersama membajet di meja makan pengantin

memang meriah la majlis kenduri ni. kitorang dapat makan kek pengantin walaupun agak malang sebab tak sempat nak sambar lauk pengantin. ceh. dan kat sini la kitorang dapat tahu ada jugak budak laki catering yang sangat loser kerana memberi nombor telefon sendiri lepas tu suruh orang miskol. nampak sangat takde kredit. cehh. akhirnya lepas kenduri tu baru la kitorang balik rumah setelah kemas-kemas semuanya. petan tu sampai rumah, memang kitorang terlentang jugak la. kepenatan. fuuhh. malam tu kitorang bangun, dinner lauk pauk tadi. layan sajaa. lepas makan baru kitorang mandi sume. segar sikit la badan. sembang jap dengan Mak. Mak pandai ambik hati. terima kaseh atas nasihat dan doa, Mak. :)

malam tu kitorang tido kat rumah je. sebab hotel untuk 2 malam je. dah check out dah. so nak senang tido sini saje. lepas mandi, Azyan pulak offer nak buat teh tarik kan. ok saja. sambil melayan teh tarik kitorang pun bersembang la. macam-macam cerita keluar, macam-macam kenangan kitorang sembang, macam-macam masalah diketengahkan. memang best. sedar tak sedar sampai Subuh jugak la kitorang sembang-sembang. so lepas Subuh jugak la aku dengan Hafiz tido kat bawah tu. diorang tido kat dalam bilik.

18 September 2011

memang kena bangun pagi. siap-siap awal lagi. breakfast sekali bersama parents Azyan. yup. bas kitorang balik pada pukul 9.45 pagi. sambil breakfast sambil sembang-sembang jugak. macam-macam cerita keluar. lepas makan parents Azyan hantar kitorang pegi stesen bas. petang jugak baru kitorang sampai Shah Alam. dan trus ke campus. terlentang kepenatan lagi sekali. memang menyong la bak kata Azyan. fuuhh.

tahniah kak Azni dengan abang Azuan. korang memang sweet. semoga kekal sehingga ke syurga. terima kaseh banyak-banyak-banyak atas layanan sepanjang kitorang ke sini. semoga Allah memberkati dan merahmati keluarga pak cik Aziz. jemput la datang Penang pulak ye. hehe. :D

yours truly,

Wednesday, September 14, 2011

AGCD 2011


korang tak nak baca pun takpe. ini kenangan akuuu
teringat pada hari itu. sehari lepas cuti raya habis.

5 September 2011

Annual Grand Charity Dinner

tahun lepas masa kitorang handle PRESSS, tak sempat buat ni
macam-macam masalah yang timbul lah. memang takde rezeki.

so last sem kitorang bincang siap-siap dah untuk ini
sambung pulak sem ni bincang, buat draft semua
untuk memudahkan junior2 handle nanti.
dan sekarang apabila orang baru yang pegang PRESSS, diorang berjaya
akhirnya, atas usaha mereka semua berjaya jugak event ini diadakan

petang tu sebelum event kitorang committee lama ni pegi la tolong set up AMF tu. tengok la apa yang kitorang patut tolong kan. biasa la tuu. malam baru event start.

ada meja khas untuk ex-committee ~

memandangkan ini buffet yang dah dibayar. makan sampai lebam la nampaknya.
ambik je apa yang nak ambik. memang penuh satu meja la.

ada jugak cenderahati untuk ex-committee. ish diorang ni.
buat segan je. padahal kitorang dah pencen. keh keh. timekaseh la.

tak pasal kitorang kena jadi bodyguard mak cik ni.
nak jual ketupat je pun. "-_-

tu je laa yang aku boleh cerita. ok je la first event diorang handle.
terbaek. aalhamdulillah semua berjalan lancar.

***

teringat jugak hari tu makan kat SS2 Murni.
Maggi Goreng Special + Apple Juice Special

macam-macam lagi la makanan dan minuman exotic kat situ.
tapi aku tak ambik gambar laa.

Aiman Ismail, bilakah anda nak kotakan janji anda membelanja kitorang kat sini?
jangan buat-buat lupa aaa ~

-going to Johor. insyaAllah-

yours truly,

Sunday, September 11, 2011

Full House


bila tengok tajuk jangan anda ingat saya nak buat open house sempena bulan raya ni pula ye. saya di perantauan lagi. susah nak buat open house ni. keh keh. ok. oleh kerana busy dan malas yang bercampur, dah lama blog ini tak ter-update. aku terlupa nak review something kat blog ni. rasa nak review tapi malas. so sementara tengah rajin ni aku teruskan la ye.

beberapa minggu yang lepas aku baru habis tengok ni



Full House

aku tahu la cerita ni dah popular sejak tahun 2004. aku masa tu baru darjah 6 kot nak terkedek-kedek UPSR lagi. memang la aku sangat out-dated tapi aku teringin gila nak tengok cerita yang famous. nak tau la jugak kan apa yang best sangat cerita ni.

ok. overall aku rasa cerita ni sama je. typical Korean drama. boleh agak dah jalan cerita dia macam mana. dan semestinya ada babak-babak yang membuatkan anda terharu sampai nak menitiskan air mata. aishh. itu biasa la bagi cerita Korea. cerita Melayu bila lagi nak buat camtu. aku biasa sedih tengok cerita P Ramlee je. ish ish.



dan yang best dalam cerita ni bagi aku adalah heronya sendiri yang dilakonkan oleh Rain. aku tengok Rain dalam Ninja Assassin punya la macho, tough, ganas bagai. tapi dalam cerita ni mula-mula tu agak poyo la. then ada la dia buat something yang bodoh dengan ekspresi muka sebegitu dan bagi aku sangat lawak. HAHA. lain gila la dengan dia yang sangat amat serius dalam Ninja Assassin tu. heroin dia pun awal-awal tu macam tak best. tapi bila dah lama rasa macam lawa la jugak. boleh laaa.



so kesimpulannya, kalau korang rasa boring tak tahu nak buatpe layan je la cerita ni. ok jugak apa daripada anda melepakkan diri di kaki lima sambil mengorat awek-awek melintas dengan membuat bunyi tikus sakit bagai menjaja maruah diri sendiri dan memalukan muka anda. betul kan? jom layaaaan ~

p/s: good luck kepada adik-adik yang akan menduduki UPSR pada 13 September ini. all the best. semoga Allah mempermudahkan urusan anda. :D

yours truly,

Friday, September 9, 2011

Happy Birthday Me


9 September 2011

tarikh yang unik kan? 9/9
alhamdulillah



***
naseb baik lepas Jumaat takde kelas. so tido la sepuas-puas.
malam tu lepas Maghrib keluar ke Midvalley dengan mereka;
Hafiz, Dania, Daeng, Syamim, Muzzammil, Aiman
midnight la sekali kan. dah lama tak tengok.
lepas midnight, niat di hati nak makan char kuey teow
tapi apakan daya. takde rezeki nampaknya. maka ke tempat lain la kami.
SS2 Murni. layan saje la. naseb baik ada kereta. senang la sikit.
lepas Subuh baru balik ke campus.

esoknya niat di hati nak main ice skating kat Sunway
tapi apakan daya. takde rezeki lagi nampaknya.
ada pertandingan ais hoki la pulak. maka kami lah menjadi penonton.
lepas tu, ke Delta. malam nak makan char kuey teow tak kesampaian jugak.
mungkin lain kali la pula kot. insyaAllah.

***

alhamdulillah dipanjangkan umur lagi sehingga sekarang
setahun muda sebelum zaman remaja habes. ecehh.

terima kasih kepada semua yang wish
kalau nak senaraikan kat sini macam banyak sangat je
takut ada yang tertinggal. takut ada yang tak ter-reply.
jadi kepada semua, terima kasih banyak2.
semoga doa-doa kalian dimakbulkan oleh-Nya.
insyaAllah. amin ya Rabbal 'Alamin.

terima kasih juga kepada orang-orang Delta,
maaf saya tidak boleh merealisasikan plan ada. :P



"even time itself changes, it's the heart that stays the same. :)"

yours truly,

Friday, September 2, 2011

Pasar Baru




ini ada sebuah cerita. kalau anda nak baca, teruskan.
kalau tak nak pun takpe sebab cerita ni macam merepek je.



"pada suatu hari aku telah lewat untuk pulang ke hostel. aku terpaksa berlari untuk mendapatkan LRT memandangkan perkhidmatan LRT sudah nak ditamatkan. maka aku berlari sepantas mungkin dan menembuskan diri ke dalam perut LRT tersebut. peluh membasahi pipi. aku mengambil tempat duduk yang sememangnya kosong.

di stesen LRT berikutnya, masuk seorang perempuan. 'uish. ada jugak perempuan yang lewat-lewat masih naik LRT. sorang-sorang pulak tu.' dalam coach tu hanya aku dan dia. jadi untuk menghilangkan bosan, kami berkenalan. akhirnya kami menjadi kawan. dan kami akan turun di stesen yang sama.

"next station - Pasar Baru. stesen berikutnya - Pasar Baru"

selepas itu, kami menjadi kawan yang rapat. jika hari tu kebetulan kami keluar, kami akan balik bersama. kami akan sama-sama dengan orang ramai yang sesak pada hujung minggu untuk menaiki LRT, mencari tempat duduk dalam kesesakan, dan tetap turun di stesen yang sama. pelbagai topik kami akan bualkan sepanjang perjalanan ke stesen Pasar Baru di dalam LRT tersebut. apabila tiba di sana, kami akan berpisah. dia akan menaiki bas ke destinasinya dan begitu juga aku.

menarik kan kisah kami? berkenalan secara kebetulan dengan destinasi yang sama.
yup. stesen LRT Pasar Baru. :) "


okay. habis cerita. kan dah cakap tadi. mengarut je.
ada ke stesen LRT Pasar Baru? adehh.

"The best thing in every noble dream is the dreamer"
- Moncure Conway

yours truly,

Thursday, September 1, 2011

Finally Released!


from LI Crew

FINALLY RELEASED!

webcam to gif


maseh hangat! kepada mereka yang ingin tahu,
sila inform kepada kitorang.

untuk maklumat lanjut; sila klik di sini
LI Crew

‎"Jika kau mencintaiku kerana Allah, tak perlu risau andai kita tak dapat bersatu, kerana kita tidak pernah tahu apakah aku sudah baik untukmu dan kau baik untukku menurut Allah. Subhanaallah indahnya kurniaan Mu."

p/s: video ini tidak akan ada di Youtube. so jangan la cari ye.

yours truly,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars