Wednesday, August 17, 2011

My Boss My Hero


hari tu baru habis tengok cerita ni dengan Dania
tak sangka best jugak cerita Jepun rupanya.
cerita ni lebih kepada komedi. memang enjoy.



My Boss My Hero

cerita ni pasal seorang mamat Yakuza yang menyamar menjadi seorang pelajar sekolah menengah demi menimba ilmu supaya dapat menjadi pengganti tempat ayahnya sebagai ketua Yakuza. bayangkan Yakuza masuk sekolah menengah. haaa.



Sakaki Makio. 27. Scorpio.

tapi lawak giler la cerita ni. hero memang hampeh. dengan ekspresi muka yang tak pernah dicover. jalan cerita pun boleh la. menarik jugak. enjoy la tengok cerita ni sambil berbuka puasa kat bilik tu. baru aku sedar kadang-kadang cerita Jepun best jugak eh.

apa yang aku dapat daripada cerita ni?

kenangan. rasanya setiap daripada kita perlu ada kenangan. kenangan untuk diingati. dalam cerita ni, hero menyesal sebab tak pernah merasai kenangan masa sekolah menengah. jadi sementara dia di sekolah tu, dia cuba semua untuk dapat rasa dan jadikan setiap tu kenangan. dia at last dapat rasa friendship, love, breaking rules etc. best kott.

bayangkan kalau korang kat sekolah menengah, study je 24 jam. dalam kelas fokus habes. masa rehat pun tengok buku je. bila sembang dengan kawan-kawan pun, sembang pasal mata pelajaran apa yang akan belajar esok, kesalahan yang dilakukan semasa menyelesaikan masalah yang diberi oleh guru ketika dalam kelas tadi atau membuat lawak berkaitan apa yang dipelajari yang sebenarnya bukan lawak pun. segala aktiviti di luar kelas memang tak join la semata-mata nak study. target nak score untuk exam la katakan. tak ke bosan macam tu? tekanan jiwa beb. macam takde life woo.

aku tak cakap tak payah study. bagi aku, study tetap study. ada masa fokus, ada masa santai. kenangan dengan kawan-kawan terutamanya mesti dipelihara. bila dah dewasa nanti mana ada dah peluang-peluang macam tu. so aku sarankan korang kalau ada pape aktiviti kat sekolah selain study tu, join je la. teamwork, friendship sume tu boleh rasa. baru la ada kenangan kat sekolah. tak perlu la nak tension hanya kerana study. minda yang cerdas pada badan yang cergas kan. bersosial la jugak. sebenarnya soft skillsm pengalaman dan yang lain yang kita dapat daripada aktiviti di luar kelas tu la lebih penting kat dunia sebenar.

jadi kepada adik-adik yang masih di sekolah menengah, enjoy la zaman sekolah anda. cipta kenangan sebaiknya. baru la anda tak menyesal bila dah dewasa nanti. kepada pelajar-pelajar IPT. jom cipta kenangan kat IPT pulak. tapi mesti kenangan yang baik-baik la. yang tak baik tu semua tolak jauh-jauh. :D


muka hero yang paling tak boleh blah.
banyak kali kot buat muka camni. HAHA.

so bila orang tanya anda 15 tahun akan datang,
"apa kenangan anda masa belajar dulu?"
rasanya anda dah boleh jawab :)

yours truly,

4 comments:

hamizah adam said...

HAHA. best kan cerita ni? btw akif tengok crita ni kat mana? online ke cd ke ada simpan kat laptop?

Miss A said...

dulu minat gila cte ni smpai tak tido pagi,addict gile dgn jepun kan? T.T

Akif said...

hamizah - best. ada kat laptop je.

miss A - yup2. best je. haha

Anonymous said...

Assalamualaikum...aku mmg selalu tgk blog ni...hehehe...yup,cita ni mmg best gila...aku bru je tgk pada 19.12.12...hahaha...sehari ja dah abis sbb mmg best...tapi nak minta bantuan sikit,tolong bagitau cita2 jpn yg lbh krg sma jns camni yg best2...yg aku tau Great Teacher Onizuka jaaa...ade lagi x...klau bleh yg mmg meninggalkan ksn cam cita my boss my hero nih...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars