Monday, August 15, 2011

Jom Khatam Al-Quran


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

jom baca. saya nak kempen la sikit.

File:Quran cover.jpg

Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman Radhiallahu ‘anhu, katanya:
Rasulullah SAW berkhutbah di hadapan kami pada hari terakhir daripada bulan Syaaban. Baginda bersabda yang bermaksud:

“Wahai manusia, sesungguhnya kamu dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasa-Nya suatu fardu dan qiam di malam harinya suatu tatawwu’ (ibadah sunat).

Barang siapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardu di bulan yang lain. Dan barang siapa yang menunaikan suatu fardu dalam bulan Ramadan maka samalah nilainya dengan orang yang mengerjakan 70 fardu pada bulan yang lain.”

Ramadhan
- difardhukan puasa dan ada lalilatul qadar
- ganjaran dalam bulan ini dilipatgandakan

1 kebajikan = 1 fardhu
1 fardhu = 70 fardhu

banyak tuuuuuu!



Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam:

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ

"Barangsiapa yang membaca satu huruf dari al-Qur’an maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan dilipatgandakan menjadi sepuluh kali lipat. Saya tidak mengatakan الــم ialah satu huruf, akan tetapi ا satu huruf, ل satu huruf dan م satu huruf."
[HR. Bukhari].

bacaan 1 huruf Al-Quran = 10 ganjaran pahala

banyak jugak tuuu!

so kalau kira balik kan;

1 huruf Al-Quran = 10 ganjaran pahala x ganjaran Ramadhan (fardhu)
belum lagi kira kalau lailatul qadar. lebih baik dari 1000 bulan wo.

Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam masa tiga hari, sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada Ramadan.

Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan

jadi nak kempen sikit la ni. jom kita khatam Al-Quran!
lagi-lagi bulan Ramadhan ni. jom ikut amalan Rasulullah.
masih ada 15 hari. tak mustahil punya la.
dengan izin Allah semua boleh. insyaAllah.



“… bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”
(Surah al-Baqarah, ayat 185)

Nuzul Quran pun dah dekat apa. 17 Ramadhan. :)

akhirnya CFS cutiiii ~

yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars