Monday, August 29, 2011

End of Ramadhan





Ramadhan sudah tamat. esok 1 Syawal dah.
alhamdulillah dapat sambut Ramadhan sampai ke akhirnya tahun ni.
Ramadhan kali ni, rasanya macam berbeza bagi aku.
berpuasa bersama kawan-kawan kan di kampus mungkin lain suasananya.
elah kau, macam tak biasa puasa jauh dari rumah.

antara fakta-fakta menarik bagi aku pada Ramadhan kali ni:

1. tahun ni tak tinggal sahur langsung kecuali pada 1 Ramadhan. agak pelik di situ. biasanya aku bukan senang nak bangun sahur ni. ni tiap-tiap malam semangat je bangun. yeah yeah.

2. tahun ni hanya sekali je pergi ke bazaar Ramadhan kat tepi campus tu. dekat je. last year banyak kali jugak pegi bila bosan dengan makanan cafe. tapi entah kenapa tahun ni hanya sekali je pegi. ajaib tu.

3. alhamdulillah terawih tahun ni tak tinggal. walaupun kadang-kadang balik malam, penat sume tu. buat la jugak even 8 rakaat, jemaah atau bersendirian.

4. alhamdulillah masih dapat khatamkan Al-Quran pada Ramadhan tahun ni.

5. tahun ni rasanya paling banyak kali aku keluar berbuka puasa kat luar. macam-macam tempat pergi. terima kaseh la ye, kawan kawan. :)

6. tapi tahun ni sekali pun takde aku berbuka puasa kat masjid. saya segan kott. pergi masjid untuk solat tu ada la.

tu je la kot yang menarik minat aku. bila fikir balik aku perasan. huhu.
sekejap je kot. pejam celik tengok-tengok dah habis dah Ramadhan.
pejam celik lagi tengok-tengok dah habis foundation. huhu.

sebenarnya yang paling best nak dekat raya sebab dapat cuti.
bukan sebab raya, sebab nak balik rumah. lama kot tak balik.
ok. raya pun best la jugak. tak dinafikan. keh keh.
walaupun incident ka airport tu memang saspen habes.
naseb baik Allah masih menyayangi diri ini. alhamdulillah. :')

home sweet home ~
oh ya. ini famous quote kat facebook sekarang.

Aku lihat Ramadan dari kejauhan.. lalu ku sapa ia,
" Hendak kemana ? "
Dengan lembut ia berkata,
"Maaf, aku harus pergi, mungkin lama. Tolong sampaikan pesanku untuk orang yang bernama Mukmin. Ajaklah Sabar untuk menemani hari-hari dukanya, peluklah Istiqamah saat dia kelelahan dalam perjalanan Taqwa. Itupun Syawal, ia sudah tiba.".
Ku lihat Ramadan pergi.. jauh...

semoga kita semua dapat meningkatkan lagi pencapaian kita pada Ramadhan hadapan.
"Ya Allah, temukanlah kami dengan Ramadhan lagi sekali pada tahun hadapan.
amin Ya Rabbal 'Alamin"

yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars