Wednesday, August 10, 2011

Berbuka Puasa Di Masjid




bila bulan Ramadhan ni, setiap petang mesti fikir;
"nak berbuka apa eh hari ni?"

salah satu options student CFS adalah berbuka di Masjid Kolej Islam Malaya yang hanya bersebelahan CFS sahaja. kenapa? makan freee!



Masjid Kolej Islam Malaya

ok. biasa la bila tiba bulan Ramadhan, ramai yang nak buat amal jariah, sedekah dan sebagainya. oleh itu, masjid pun dapat peruntukan untuk menjamu orang ramai berbuka puasa. termasuk la masjid yang sebelah CFS jugak ni. untungnya mesti la student CFS sendiri. alhamdulillah.

biasa bila orang tanya, "kenapa berbuka kat masjid?"
ramai orang jawab; "makanan free maaa"

yup. siapa yang nak tolak makanan free kan. semua orang suka benda-benda free ni.
tapi sebenarnya tujuan utama berbuka kat masjid adalah bukan semata-mata untuk makan free. tapi untuk merapatkna ukhuwwah dengan jemaah masjid sendiri. sambil menunggu berbuka puasa boleh berzikir ramai-ramai. pastu boleh solat Maghrib awal dan cepat je. berjemaah lagi tu. sebab tu nampak banyak kebaikan bila berbuka puasa di masjid.



tetapi ada segelintir yang salah niat apabila berbuka puasa di masjid. niat mereka hanyalah untuk mendapatkan makanan free. bukan nak buat amal ibadah semua tu sebenarnya. bila dah dapat makanan untuk diri sendiri, ada jugak yang tolong ambikkan untuk rakan-rakan mereka di bilik. tapau la kira. mungkin rakan mereka itu penat nak turun kot. ok lagi la. kadang-kadang diorang bukan solat kat masjid pun. datang masjid, ambik bungkusan makanan untuk berbuka pastu bawak naik atas bilik. dari segi hukum memang la tak salah. tapi dari segi adat macam kurang best la kan bila buat macam tu. memang betul betul nak makan free tu.

kalau korang tanya pendapat aku tentang berbuka puasa kat masjid, aku akan jawab macam ni. aku bukan tak suka berbuka kat masjid. boleh je. tapi rasanya aku lebih selesa berbuka kat bilik. sebab aku ni jenis makan lambat. nanti orang dah habis solat Maghrib, aku baru habis makan. sedih la camtu. setakat ni alhamdulillah aku masih boleh beli makanan untuk berbuka sendiri. jadi aku rasa lebih afdhal untuk bagi peluang kepada mereka yang memang tengah 'kering' ataupun tengah saving sekarang. sekurang-kurangnya takde la terbeban kan. bulan Ramadhan kan bulan gembira. hehe.

itu hanyalah pendapat aku la kan. kalau semua berfikiran macam aku, nanti takde pulak orang yang nak berbuka kat masjid tu. membazir pulak makanan kat sana. perbezaan pendapat kadang-kadang menarik jugak. hehe. so kepada mereka yang suka berbuka puasa kat masjid, teruskan la. tak perlu segan segan. orang masjid buat jamuan berbuka memang untuk bersedekah dan merebut pahala. cuma harapnya dapat la mengambil manfaat daripada berbuka kat situ. banyak ibadah yang boleh dibuat. insyaAllah.



"Ramadhan is the month of the year that almost everyone knows
exactly what time the Maghrib is." - Hazimah Haze

betul jugak kan. memang terbaek lah.


Selamat Berbuka Puasa :)

yours truly,

5 comments:

Nur Atikah Yusof said...

masjid uia mmg tak pernah kering dgn makanan sbb ramai org kaya dkt skelilig yg tak lokek menyumbang.kdg2 kalau ada lebih siap bwk balik buat sahur.

teringat puasa akhir kat sana.mmg hari2 buka masjid dgn kwn2.jimat duit habis.tp yg lagi penting jimat masa,dpt maghrib ramai2 dan tadarus. suara sayu dan gemersik (betul ke perkataan ni?)org ramai mengaji mmg mengasyikkan dan bagi semangat nk pulun satu quran.ohh.. rindunya cfs! balik masjid sambung moreh dkt zc.haha..

apa2pun depends on niat org tu. kalau dia nk mkn free dia dpt makanan free.tp tak kan semata itu kan?wallahua'lam..

akhir kalam.hargailah masjid di sana sbb uia kuantan x siap lg masjid.-________-

Akif said...

exactly, kak. :D

Faaizz d. Zul said...

good post! rasa nostalgik bila teringat pengalaman di pj. satu bilik ramai2 berbuka d masjid. seronok, b4 bbuka sempat tahlil, baca Quran bagai.

skali skala ada jgk beli mknn d bazar utk share dgn jemaah lain.

dlm masa yg sama boleh biasakan diri solat berjemaah. peace! : )

uMie_cHan said...

dulu kat utm pon sllu wat camni... skg da xde da cmpus life....huhu

Akif said...

faiz & umie - yup. masjid pun boleh bawak kenangan kan. lagi2 la bila bulan ramadhan ni. hehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars