Thursday, August 25, 2011

5 Fenomena pada bulan Ramadhan di CFS


5 Fenomena pada
bulan Ramadhan di CFS





1. Iftar

bila tiba bulan Ramadhan ni, tidak dapat dinafikan, iftar adalah event yang paling banyak berjalan kat CFS. boleh kata setiap malam akan ada Grand Iftar kat AMF. okay. bukan nak cakap pasal iftar tu la. seperti yang diketahui, ada yang bungkus makanan, berbuka dalam bilik je. ada yang berbuka kat kafe. ada yang berbuka kat masjid. fenomena yang paling best adalah yang berbuka makan asap. berasap je bilik tu bila azan berkumandang. bau pun semerbak je. fuuuu~

2. Mercun

rasanya semua orang pernah dengar bunyi dentuman-dentuman mercun ni. suka hati je main mercun kat mahallah. bunyi ni lagi annoying daripada bunyi hon yang menyakitkan telinga tu. mahallah Aisyah dah kena warning dah dengan principal. tapi ada je lagi yang main. biasanya mercun akan berbunyi pada waktu malam. kalau dah dekat-dekat Subuh tu lagi rancak la. mungkin nak kejut bangun sahur la kan.



3. Weekend

seriously, kalau korang orang yang rumah jauh la, korang boleh nampak perbezaan kat CFS masa weekend dengan weekdays. weekend pada bulan puasa memang sangat ramai orang balik rumah. berbuka puasa dengan family la kan. so CFS akan jadi lengang sangat. dan boleh kata masjid pun jemaah tak sampai belakang. kafe pun takkan sesak masa nak beli makanan berbuka. *ditaip sambil air mata menitis mengenangkan rumah*

4. Shopping

bila dah nak dekat akhir-akhir Ramadhan macam ni, memang mereka yang duduk jauh akan keluar untuk shopping raya. yela. nak tunggu balik kampung baru nak shopping memang tak sempat dah la. so memang pagi-pagi lagi CFS akan jadi kosong. tempat-tempat yang biasa dituju semestinya Midvalley, Times Square, Jalan TAR, PKNS, Danau Kota dan banyak lagi. sebut jela tempat shopping mana yang ada. then malam baru balik dengan segala barangan shopping di tangan. fuuh. terbaekk.



5. Balik Kampung

tak perlu dikatakan lagi. minggu untuk balik kampung adalah minggu yang segala mood untuk belajar hilang serta merta. hanya jasad sahaja di sini. yang lain semua dah ada kat rumah golek-golek atas katil. segala assignment semua dilupakan dulu. lepas raya baru fikir balik semua tu. so biasanya kelas Jumaat akan dibatalkan. Khamis malam semua dah dalam perjalanan balik kampung. kebanyakan students la. bagi yang masih ada kelas memang agak kesian jugak di situ. sabar je laaa.

***

apa-apa pun jangan lupa, kita masih dalam bulan Ramadhan;
Alubah kata, "kutiplah sisa baki Ramadhan yang masih ada,
mana tahu tak jumpa dah Ramadhan tahun depan"
sir Haswaneezal pulak cakap,
"doa la semoga amalan kita pada bulan Ramadhan diterima Allah.
bukanlah hanya dapat lapar dan dahaga sahaja."

kepada mereka yang sedang dalam perjalanan pulang,
atau akan berada dalam perjalanan pulang,
selamat jalan. semoga sampai dengan selamat. amin.

bak kata TOP pulak, "aku pun mau baaaaalikk!"



oh ya. aku balik hari Sabtu walaupun kelas habis hari Khamis.
aku tahu itu sedih. T_T


yours truly,

4 comments:

cik ieda said...

terbaekk..hehehe

Zakwan said...

hahaha, menariknya raya kat cfs! sian hg akip, sabaq jela noh... penang tu xlari mana. =D

Farhan AJ said...

sabo jela..haha.. ada jugak ek kata2 sir haswaneezal.. yg pasti x dapat star untuk ini..haha..

p/s - buang la captcha kat bawah ni |||

Akif said...

yup. mesti ada maa. klau dy baca mst ak dpt star. haha.

yup2. nnt ak buang. hee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars