Tuesday, August 30, 2011

Merdeka!


tahun ni special kan, hari raya dekat dengan hari merdeka.
tapi oleh sebab itu jugak lah, merdeka macam dah kena over-shadow dengan raya.

takpe la. aku sebagai anak Malaysia yang sayangkan Malaysia,
dan yang masih bersemangat patriotik (bukan nasionalisme) walaupun sedikit,
ingin mengucapkan kepada semua pembaca blog ini


Selamat Hari Kemerdekaan!


alhamdulillah dah 54 tahun Malaysia dalam kemerdekaan
kemerdekaan luaran sahaja. dalaman amacam? jeng jeng jeng.


rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan
kuang kuang kuang

ada hikmah jugak sebenarnya hari raya tahun ni dekat dengan hari merdeka,
kenapa? cuba baca ini. blog Jejaka Terhangat.



Merdeka! Merdeka! Merdeka!

yours truly,

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri!


memandangkan takbir raya sudah kedengaran dari masjid berdekatan
memandangkan sudah kecoh kampung dengan bunyi mercun
memandangkan atok yang ditunggu-tunggu sudah muncul di kaca tv
mengumumkan pengumuman yang sangat lah bermakna

maka dengan itu saya ingin mengucapkan;



dengan ingatan tulus ikhlas,

Maaf Zahir dan Batin.

mintak maaf kepada semua jika ada salah dan silap
harap dimaafkan la ye kerana sesungguhnya saya ini insan yang lemah
insan yang penuh kealpaan dan mudah melakukan kesilapan
saya mintak maaf. waaaa ~ eceh. emo la pulak.

bergembiralah di hari raya. tapi jangan over pulak.
tak mau sedih sedih. raikanlah kemenangan kita ini.
selamat balik kampung, selamat pakai baju raya,
selamat makan ketupat, lemang, rendang, kueh raya etc
semua selamat la senang cerita. insyaAllah. :D



yours truly,

End of Ramadhan





Ramadhan sudah tamat. esok 1 Syawal dah.
alhamdulillah dapat sambut Ramadhan sampai ke akhirnya tahun ni.
Ramadhan kali ni, rasanya macam berbeza bagi aku.
berpuasa bersama kawan-kawan kan di kampus mungkin lain suasananya.
elah kau, macam tak biasa puasa jauh dari rumah.

antara fakta-fakta menarik bagi aku pada Ramadhan kali ni:

1. tahun ni tak tinggal sahur langsung kecuali pada 1 Ramadhan. agak pelik di situ. biasanya aku bukan senang nak bangun sahur ni. ni tiap-tiap malam semangat je bangun. yeah yeah.

2. tahun ni hanya sekali je pergi ke bazaar Ramadhan kat tepi campus tu. dekat je. last year banyak kali jugak pegi bila bosan dengan makanan cafe. tapi entah kenapa tahun ni hanya sekali je pegi. ajaib tu.

3. alhamdulillah terawih tahun ni tak tinggal. walaupun kadang-kadang balik malam, penat sume tu. buat la jugak even 8 rakaat, jemaah atau bersendirian.

4. alhamdulillah masih dapat khatamkan Al-Quran pada Ramadhan tahun ni.

5. tahun ni rasanya paling banyak kali aku keluar berbuka puasa kat luar. macam-macam tempat pergi. terima kaseh la ye, kawan kawan. :)

6. tapi tahun ni sekali pun takde aku berbuka puasa kat masjid. saya segan kott. pergi masjid untuk solat tu ada la.

tu je la kot yang menarik minat aku. bila fikir balik aku perasan. huhu.
sekejap je kot. pejam celik tengok-tengok dah habis dah Ramadhan.
pejam celik lagi tengok-tengok dah habis foundation. huhu.

sebenarnya yang paling best nak dekat raya sebab dapat cuti.
bukan sebab raya, sebab nak balik rumah. lama kot tak balik.
ok. raya pun best la jugak. tak dinafikan. keh keh.
walaupun incident ka airport tu memang saspen habes.
naseb baik Allah masih menyayangi diri ini. alhamdulillah. :')

home sweet home ~
oh ya. ini famous quote kat facebook sekarang.

Aku lihat Ramadan dari kejauhan.. lalu ku sapa ia,
" Hendak kemana ? "
Dengan lembut ia berkata,
"Maaf, aku harus pergi, mungkin lama. Tolong sampaikan pesanku untuk orang yang bernama Mukmin. Ajaklah Sabar untuk menemani hari-hari dukanya, peluklah Istiqamah saat dia kelelahan dalam perjalanan Taqwa. Itupun Syawal, ia sudah tiba.".
Ku lihat Ramadan pergi.. jauh...

semoga kita semua dapat meningkatkan lagi pencapaian kita pada Ramadhan hadapan.
"Ya Allah, temukanlah kami dengan Ramadhan lagi sekali pada tahun hadapan.
amin Ya Rabbal 'Alamin"

yours truly,

Thursday, August 25, 2011

5 Fenomena pada bulan Ramadhan di CFS


5 Fenomena pada
bulan Ramadhan di CFS





1. Iftar

bila tiba bulan Ramadhan ni, tidak dapat dinafikan, iftar adalah event yang paling banyak berjalan kat CFS. boleh kata setiap malam akan ada Grand Iftar kat AMF. okay. bukan nak cakap pasal iftar tu la. seperti yang diketahui, ada yang bungkus makanan, berbuka dalam bilik je. ada yang berbuka kat kafe. ada yang berbuka kat masjid. fenomena yang paling best adalah yang berbuka makan asap. berasap je bilik tu bila azan berkumandang. bau pun semerbak je. fuuuu~

2. Mercun

rasanya semua orang pernah dengar bunyi dentuman-dentuman mercun ni. suka hati je main mercun kat mahallah. bunyi ni lagi annoying daripada bunyi hon yang menyakitkan telinga tu. mahallah Aisyah dah kena warning dah dengan principal. tapi ada je lagi yang main. biasanya mercun akan berbunyi pada waktu malam. kalau dah dekat-dekat Subuh tu lagi rancak la. mungkin nak kejut bangun sahur la kan.



3. Weekend

seriously, kalau korang orang yang rumah jauh la, korang boleh nampak perbezaan kat CFS masa weekend dengan weekdays. weekend pada bulan puasa memang sangat ramai orang balik rumah. berbuka puasa dengan family la kan. so CFS akan jadi lengang sangat. dan boleh kata masjid pun jemaah tak sampai belakang. kafe pun takkan sesak masa nak beli makanan berbuka. *ditaip sambil air mata menitis mengenangkan rumah*

4. Shopping

bila dah nak dekat akhir-akhir Ramadhan macam ni, memang mereka yang duduk jauh akan keluar untuk shopping raya. yela. nak tunggu balik kampung baru nak shopping memang tak sempat dah la. so memang pagi-pagi lagi CFS akan jadi kosong. tempat-tempat yang biasa dituju semestinya Midvalley, Times Square, Jalan TAR, PKNS, Danau Kota dan banyak lagi. sebut jela tempat shopping mana yang ada. then malam baru balik dengan segala barangan shopping di tangan. fuuh. terbaekk.



5. Balik Kampung

tak perlu dikatakan lagi. minggu untuk balik kampung adalah minggu yang segala mood untuk belajar hilang serta merta. hanya jasad sahaja di sini. yang lain semua dah ada kat rumah golek-golek atas katil. segala assignment semua dilupakan dulu. lepas raya baru fikir balik semua tu. so biasanya kelas Jumaat akan dibatalkan. Khamis malam semua dah dalam perjalanan balik kampung. kebanyakan students la. bagi yang masih ada kelas memang agak kesian jugak di situ. sabar je laaa.

***

apa-apa pun jangan lupa, kita masih dalam bulan Ramadhan;
Alubah kata, "kutiplah sisa baki Ramadhan yang masih ada,
mana tahu tak jumpa dah Ramadhan tahun depan"
sir Haswaneezal pulak cakap,
"doa la semoga amalan kita pada bulan Ramadhan diterima Allah.
bukanlah hanya dapat lapar dan dahaga sahaja."

kepada mereka yang sedang dalam perjalanan pulang,
atau akan berada dalam perjalanan pulang,
selamat jalan. semoga sampai dengan selamat. amin.

bak kata TOP pulak, "aku pun mau baaaaalikk!"



oh ya. aku balik hari Sabtu walaupun kelas habis hari Khamis.
aku tahu itu sedih. T_T


yours truly,

Thursday, August 18, 2011

Happy Birthday, BIGBANG




19th August 2006

undying stars were born



G-Dragon; TOP; Taeyang; Daesung; Seungri

"Big Bang made their debut on August 19, 2006 at the Gymnastics Arena
in
Seoul Olympic Park during the YG Family concert."



Big Bang debuted and made their first appearance on April 19, 2006. Their first single was "Bigbang" which sold nearly 40,000 copies. Big Bang's hit song was "We Belong Together" featuring Park Bom. Second single was "Big Bang is V.I.P" that was released on September 2006 that sold 32,000 copies. Then Big Bang held their first concert called "The Real" after that had a concert album released "The First/Real Live Concert" that sold 30,000 copies. Big Bang's third single was "Big Bang Volume 1" and sold 48,010. "Big Bang 03" was a mini album that sold over 40,000 copies at the end of 2006.

In 2007 the leader, G-Dragon started to compose Big Bang's own music which was known as an "electronic" style. One of their mini albums was "Hot Issue" which hit top various music charts. Big Bang then released a mini album called "Stand Up". Big Bang then did a debut with girl group 2ne1 (YG Entertainment Group) called "Lollipop" went top 5 in South Korea.

Big Bang released a few single songs of their own in the beginning of 2009. "Tell Me Goodbye" was a big hit that topped South Korean music charts, Japan's music charts and even USA itunes music charts as well.

At the end of the year of 2010 they released two song singles called "Beautiful Hangover" and "Somebody to Love" that topped the music charts. Big Bang's music was getting popular each years. Then the held a concert called "2010 Big Bang's Big Show Concert". Each member performed a solo performance and then reunited at the end as a group and finish it all up.

After 2 years and 3 months since Big Bang's last album was released finally they came back. "Tonight" their newest mini album of 2011 was a huge hit for them. It sold 100,000 copies in less then a week when it was released. "Tonight" was 3rd on the Billboard World album chart and 6th on the US itunes album chart too. It went skyrocket top position on the Korean music charts.



Happy Birthday, BIGBANG!



proud to be VIP :)

VIP

all the best to you guys!



keep shining :D

yours truly,

Wednesday, August 17, 2011

My Boss My Hero


hari tu baru habis tengok cerita ni dengan Dania
tak sangka best jugak cerita Jepun rupanya.
cerita ni lebih kepada komedi. memang enjoy.



My Boss My Hero

cerita ni pasal seorang mamat Yakuza yang menyamar menjadi seorang pelajar sekolah menengah demi menimba ilmu supaya dapat menjadi pengganti tempat ayahnya sebagai ketua Yakuza. bayangkan Yakuza masuk sekolah menengah. haaa.



Sakaki Makio. 27. Scorpio.

tapi lawak giler la cerita ni. hero memang hampeh. dengan ekspresi muka yang tak pernah dicover. jalan cerita pun boleh la. menarik jugak. enjoy la tengok cerita ni sambil berbuka puasa kat bilik tu. baru aku sedar kadang-kadang cerita Jepun best jugak eh.

apa yang aku dapat daripada cerita ni?

kenangan. rasanya setiap daripada kita perlu ada kenangan. kenangan untuk diingati. dalam cerita ni, hero menyesal sebab tak pernah merasai kenangan masa sekolah menengah. jadi sementara dia di sekolah tu, dia cuba semua untuk dapat rasa dan jadikan setiap tu kenangan. dia at last dapat rasa friendship, love, breaking rules etc. best kott.

bayangkan kalau korang kat sekolah menengah, study je 24 jam. dalam kelas fokus habes. masa rehat pun tengok buku je. bila sembang dengan kawan-kawan pun, sembang pasal mata pelajaran apa yang akan belajar esok, kesalahan yang dilakukan semasa menyelesaikan masalah yang diberi oleh guru ketika dalam kelas tadi atau membuat lawak berkaitan apa yang dipelajari yang sebenarnya bukan lawak pun. segala aktiviti di luar kelas memang tak join la semata-mata nak study. target nak score untuk exam la katakan. tak ke bosan macam tu? tekanan jiwa beb. macam takde life woo.

aku tak cakap tak payah study. bagi aku, study tetap study. ada masa fokus, ada masa santai. kenangan dengan kawan-kawan terutamanya mesti dipelihara. bila dah dewasa nanti mana ada dah peluang-peluang macam tu. so aku sarankan korang kalau ada pape aktiviti kat sekolah selain study tu, join je la. teamwork, friendship sume tu boleh rasa. baru la ada kenangan kat sekolah. tak perlu la nak tension hanya kerana study. minda yang cerdas pada badan yang cergas kan. bersosial la jugak. sebenarnya soft skillsm pengalaman dan yang lain yang kita dapat daripada aktiviti di luar kelas tu la lebih penting kat dunia sebenar.

jadi kepada adik-adik yang masih di sekolah menengah, enjoy la zaman sekolah anda. cipta kenangan sebaiknya. baru la anda tak menyesal bila dah dewasa nanti. kepada pelajar-pelajar IPT. jom cipta kenangan kat IPT pulak. tapi mesti kenangan yang baik-baik la. yang tak baik tu semua tolak jauh-jauh. :D


muka hero yang paling tak boleh blah.
banyak kali kot buat muka camni. HAHA.

so bila orang tanya anda 15 tahun akan datang,
"apa kenangan anda masa belajar dulu?"
rasanya anda dah boleh jawab :)

yours truly,

Monday, August 15, 2011

Jom Khatam Al-Quran


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

jom baca. saya nak kempen la sikit.

File:Quran cover.jpg

Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman Radhiallahu ‘anhu, katanya:
Rasulullah SAW berkhutbah di hadapan kami pada hari terakhir daripada bulan Syaaban. Baginda bersabda yang bermaksud:

“Wahai manusia, sesungguhnya kamu dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasa-Nya suatu fardu dan qiam di malam harinya suatu tatawwu’ (ibadah sunat).

Barang siapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardu di bulan yang lain. Dan barang siapa yang menunaikan suatu fardu dalam bulan Ramadan maka samalah nilainya dengan orang yang mengerjakan 70 fardu pada bulan yang lain.”

Ramadhan
- difardhukan puasa dan ada lalilatul qadar
- ganjaran dalam bulan ini dilipatgandakan

1 kebajikan = 1 fardhu
1 fardhu = 70 fardhu

banyak tuuuuuu!



Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam:

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ

"Barangsiapa yang membaca satu huruf dari al-Qur’an maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan dilipatgandakan menjadi sepuluh kali lipat. Saya tidak mengatakan الــم ialah satu huruf, akan tetapi ا satu huruf, ل satu huruf dan م satu huruf."
[HR. Bukhari].

bacaan 1 huruf Al-Quran = 10 ganjaran pahala

banyak jugak tuuu!

so kalau kira balik kan;

1 huruf Al-Quran = 10 ganjaran pahala x ganjaran Ramadhan (fardhu)
belum lagi kira kalau lailatul qadar. lebih baik dari 1000 bulan wo.

Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam masa tiga hari, sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada Ramadan.

Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan

jadi nak kempen sikit la ni. jom kita khatam Al-Quran!
lagi-lagi bulan Ramadhan ni. jom ikut amalan Rasulullah.
masih ada 15 hari. tak mustahil punya la.
dengan izin Allah semua boleh. insyaAllah.



“… bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”
(Surah al-Baqarah, ayat 185)

Nuzul Quran pun dah dekat apa. 17 Ramadhan. :)

akhirnya CFS cutiiii ~

yours truly,

Thursday, August 11, 2011

Proposal Daisakusen


annyeonghase-YO!

kali ini nak review pasal satu cerita Jepun ni
baru je lepas tengok. habis tengok semalam.



Proposal Daisakusen
- Operation Love -

cerita ni Hafiz yang suggest aku tengok. katanya ada kaitan dengan aku.
so tengok je la. agak best jugak cerita ni. layan laa.

kisah mengenai seorang lelaki yang minat kat seorang perempuan ni
tapi tak pernah confess pun. at last dia menyesal gila kat wedding perempuan tu.
then dia dapat chance untuk patah balik ke masa lepas untuk ubah takdir.
macam-macam la yang dia buat untuk dapatkan hati perempuan tu, untuk confess jugak perasaan dia kat perempuan tu. tapi at last ..... korang tengok sendiri la ye. haha.

hero : Iwase Ken aka Kenzo

poyo jugak at first. kurang gentle. tak berani. macam-macam la yang boleh dikutuk kat mamat ni. kadang-kadang geram tengok mamat ni. tekanan jiwa lah. terlalu stick to the strategy but at last hampeh. aiseh. tapi ok jugak. macam mana pun tak boleh salahkan dia semua kan. sometimes we couldn't change the fate.

heroin : Yoshida Rei

perempuan ni baik. bagi hint punya la banyak. dalam sabar ada jugak geram tu. segan tetap ada la kan. tapi memang naseb dia la dah minat kat lelaki macam Kenzo. apa boleh buaaat.



cerita ini adalah pengajaran kepada mereka yang meminati seseorang.
jika anda ada meminati seseorang, baik anda fikirkanlah pro dan kontra dengan bijak. adakah anda pasti dengan perasaan anda. jika ya, buat lah apa yang patut. anda tak tahu apa yang anda perlu buat? tengok la cerita ni. jangan nanti anda menyesal di hari perkahwinan perempuan tersebut. jangan nanti anda memohon jugak untuk kembali ke masa lepas untuk mengubah takdir. kerana sesungguhnya itu hanya boleh berlaku dalam drama sahaja. tapi pape pun kena ikut syariah Islam aa. jangan la tiru 100 percent strategy mamat dalam cerita ni. Islam kan dah ajar cara yang betul. so jangan anda buat yang bukan-bukan sudaa.

alaa. kalau dah suka, pegi jumpa parents orang tu terus masuk meminang.
baru la jantan gitu. ye tak?



"jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang ~"

second button to be given. yosh!

yours truly,

Wednesday, August 10, 2011

Berbuka Puasa Di Masjid




bila bulan Ramadhan ni, setiap petang mesti fikir;
"nak berbuka apa eh hari ni?"

salah satu options student CFS adalah berbuka di Masjid Kolej Islam Malaya yang hanya bersebelahan CFS sahaja. kenapa? makan freee!



Masjid Kolej Islam Malaya

ok. biasa la bila tiba bulan Ramadhan, ramai yang nak buat amal jariah, sedekah dan sebagainya. oleh itu, masjid pun dapat peruntukan untuk menjamu orang ramai berbuka puasa. termasuk la masjid yang sebelah CFS jugak ni. untungnya mesti la student CFS sendiri. alhamdulillah.

biasa bila orang tanya, "kenapa berbuka kat masjid?"
ramai orang jawab; "makanan free maaa"

yup. siapa yang nak tolak makanan free kan. semua orang suka benda-benda free ni.
tapi sebenarnya tujuan utama berbuka kat masjid adalah bukan semata-mata untuk makan free. tapi untuk merapatkna ukhuwwah dengan jemaah masjid sendiri. sambil menunggu berbuka puasa boleh berzikir ramai-ramai. pastu boleh solat Maghrib awal dan cepat je. berjemaah lagi tu. sebab tu nampak banyak kebaikan bila berbuka puasa di masjid.



tetapi ada segelintir yang salah niat apabila berbuka puasa di masjid. niat mereka hanyalah untuk mendapatkan makanan free. bukan nak buat amal ibadah semua tu sebenarnya. bila dah dapat makanan untuk diri sendiri, ada jugak yang tolong ambikkan untuk rakan-rakan mereka di bilik. tapau la kira. mungkin rakan mereka itu penat nak turun kot. ok lagi la. kadang-kadang diorang bukan solat kat masjid pun. datang masjid, ambik bungkusan makanan untuk berbuka pastu bawak naik atas bilik. dari segi hukum memang la tak salah. tapi dari segi adat macam kurang best la kan bila buat macam tu. memang betul betul nak makan free tu.

kalau korang tanya pendapat aku tentang berbuka puasa kat masjid, aku akan jawab macam ni. aku bukan tak suka berbuka kat masjid. boleh je. tapi rasanya aku lebih selesa berbuka kat bilik. sebab aku ni jenis makan lambat. nanti orang dah habis solat Maghrib, aku baru habis makan. sedih la camtu. setakat ni alhamdulillah aku masih boleh beli makanan untuk berbuka sendiri. jadi aku rasa lebih afdhal untuk bagi peluang kepada mereka yang memang tengah 'kering' ataupun tengah saving sekarang. sekurang-kurangnya takde la terbeban kan. bulan Ramadhan kan bulan gembira. hehe.

itu hanyalah pendapat aku la kan. kalau semua berfikiran macam aku, nanti takde pulak orang yang nak berbuka kat masjid tu. membazir pulak makanan kat sana. perbezaan pendapat kadang-kadang menarik jugak. hehe. so kepada mereka yang suka berbuka puasa kat masjid, teruskan la. tak perlu segan segan. orang masjid buat jamuan berbuka memang untuk bersedekah dan merebut pahala. cuma harapnya dapat la mengambil manfaat daripada berbuka kat situ. banyak ibadah yang boleh dibuat. insyaAllah.



"Ramadhan is the month of the year that almost everyone knows
exactly what time the Maghrib is." - Hazimah Haze

betul jugak kan. memang terbaek lah.


Selamat Berbuka Puasa :)

yours truly,

Monday, August 8, 2011

Pengajaran Daripada BOF


yeay! at last berjaya jugak habiskan cerita ni
*excited yang dibuat-buat*



Boys Over Flowers

okay. noob giler. out-dated sangat sangat.
ahh. suka hati la. nak review jugak sikit pasal cerita ni.

Geum Jan Di - biasa je. takde cantik sangat. takde cool sangat. boleh laa.
Gu Jun Pyo - kerek dan poyo giler. macam tak best jadi hero. tapi boleh laa.
Yoon Ji Ho - cool gila punya. control habes. caring betol ni.
So Yi Jung - macho dan cool. tak control. memang terbaek.
Song Woo Bin - macho jugak. lawak dan terrer. best ah.

dan dalam ni aku suka adalah watak mereka ini



F4! terbaek punya lah. cool habes.

amaran : cerita ni ada potensi menjadikan lelaki seorang gay

ok. apa yang aku nak cakap adalah pengajaran daripada cerita ni;
aku sangat tertarik dengan prinsip So Yi Jung aka Kim Bum
sebagai playboy, prinsip yang dia pegang memang terbaik jugak


3 Prinsip So Yi Jung

Bukan Perempuan Yang Baik

seorang player tidak sepatutnya tackle perempuan yang baik. perempuan yang menjaga akhlaknya, menjaga auratnya, menjaga hatinya, menjaga tingkah lakunya. tidak menggedik suka suki dan menagih cinta seorang lelaki kononnya. bukan tugas seorang player untuk merosakkan seorang perempuan yang baik. so kalau sesiapa sanggup buat macam tu, maksudnya orang tu lagi teruk daripada playboy la.

Bukan Perempuan Yang Lurus

seorang player juga tidak patut tackle perempuan yang lurus. perempuan yang bendul. perempuan yang tidak tahu cara penipuan seorang lelaki. perempuan yang naif. perempuan yang senang percaya kata-kata seseorang dan hanya mengikut arahannya tanpa berfikir dahulu. kalau ada orang yang sanggup tackle perempuan macam ni, dia memang sangat teruk. tak sesuai dipanggil player pun sebab hanya mengambil cabaran yang mudah. so baik dilupakan sahaja impian menjadi playboy tu.

Bukan Perempuan Yang Ada Kaitan Dengan Kawan

seorang player mesti menghormati kawan perempuan kepada kawannya. ini lebih kepada Bro Code. tidak dibenarkan tackle perempuan yang ada kaitan dengan kawannya. kawan biasa, kawan baik atau kekasih kepada kawan tidak boleh diganggu. penghormatan perlu diberikan kepada kawan dengan tidak merosakkan kawannya. ini konsep kawan sebelum kekasih. jadi jika ada yang melanggar konsep ini, dia dianggap sebagai pembelot yang tidak boleh dipercayai dalam hubungan persahabatan.


sangat beretika kan prinsip ini. aku bukan nak galakkan orang lelaki jadi playboy jugak ke apa. tetapi aku nak tekankan lebih kepada kaum perempuan. lelaki ni memang lumrah bermacam jenis lelaki. ada yang serius dan ada juga yang suka main-main. jadi anda wahai kaum perempuan kena la berhati-hati jika tidak mahu ditipu oleh golongan playboy.

dah tahu prinsip ni kan. so decide la yang mana paling baik. nak jadi perempuan yang bendul? nak cari lagi ramai kawan lelaki? nak jadi perempuan yang baik? it's up to you. :)



5 seconds killer - kau memang terbaek lah!

semoga kita semua berbahagia ye. insyaAllah. :D

yours truly,

Saturday, August 6, 2011

BB


ini adalah cerita berkenaan BB
apakah itu BB? jom baca sampai habis



situasi - di dalam bas, orang ramai mencari tempat duduk

terdapat satu kumpulan pemuda di dalam bas tersebut, duduk di sudut kanan bas.
seorang berlagak seperti ketua, mengeluarkan Blackberry beliau.

Daeng cakap Blackberry adalah untuk budak busy atau budak bajet busy

so untuk si ketua ni tak tahu la kan golongan yang mana. takpe.
si ketua menayangkan Blackberry beliau dengan megahnya.
anak-anak buah yang lain melihat sambil teruja. "waaaahhh", kata mereka.
si ketua mengeluarkan muka yang jelas terpancar kebanggaan

tiba-tiba sorang anak buahnya mengeluarkan Blackberry beliau.
lebih advance daripada si ketua - Blackberry Torch
*oooo. budak baru rupanya*
si ketua bertukar wajah kepada muka terperanjat beruk yang dicover
si mamat tu masih mentah lagi dalam mengendalikan Blackberry beliau
maka si ketua memainkan peranan sebagai seorang pro Blackberry
mengajar anak buahnya itu bagaimana meng-handle-kan Blackberry tersebut



satu fakta - anak buah tu meletakkan gambar awek beliau sebagai wallpaper Blackberry Torch. *patut la beliau ada awek kan*

mamat tu banyak menanyakan tentang ilmu Blackberry kepada ketuanya
sambil dipandang oleh anak-anak buah yang lain.
at last, ketuanya menyumbatkan earphone ke dalam telinga beliau
mendengar lagu daripada Blackberry beliau

persoalannya sekarang, adakah hanya mereka sahaja kumpulan yang ada dalam bas tersebut?

plus, tayang Blackberry siap. budak matrik dah ada Blackberry. fuuhhh.

ok. sekarang cuba anda kira berapa BB yang ada.




"apa? BB? heh. aku ada 10 ribu dah"
-Gu Jun Pyo

jadi dah tahu kan apa itu BB?


yours truly,

Friday, August 5, 2011

Berbuka Puasa Bersama



hari Jumaat hari yang mulia ~

seperti biasa setiap sem mesti ada aktiviti dilakukan
bersama classmates terchenta. dan kali ini - berbuka puasa

tempat pilihan Boy semestinya Kedai Nasi Arab di Bangi
keluar campus pukul 3.30 petang. sampai Serdang pukul 5.30 petang.
memang himpit kalah sardin punya lah. jangan risau. Jumaat petang camtu.

semua sekali kitorang bersama - 4 kereta dipandu
Fahmi bersama Boy, Alif dan Safwan
Hanis bersama aku, Ahnaf, Hafiz dan Dania
Mus bersama rakan-rakannya yang lain (dua kereta)
malang sekali Farhan, Fikri dengan Marwan takleh join

ketibaan kami disambut mesra oleh pemilik kedai

menu yang ada. pilih pilih.

dan ini semua gambar makan makan
berbuka puasa ye. bukan minum petang sebelum Maghrib.






terbaek kan? alhamdulillah ~

by the way, Nuzul Hafizi kirim salam kepada semua
alhamdulillah pembedahan mata beliau berjalan dengan lancar dan berjaya
mata kirinya sekarang sudah dapat melihat semula :)

memang SAYANG la korang.

yours truly,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars