Friday, July 29, 2011

Malaysia VS Singapore - 280711






Malaysia vs Singapore
28 July 2011
Stadium Bukit Jalil

semua orang tahu pasukan Harimau Malaya akan menentang Singapore
untuk meneruskan perlawanan kelayakan FIFA World Cup 2014 Brazil.

yup. aku percaya semua mesti giler excited punya la untuk game ni.
begitu jugak sorang kawan aku ni. hari isnin call aku tanya nak ke tiket.
diorang nak pegi beli dah. uish. peluang ni takkan dilepaskan. so order saje.

bertolak lepas Zuhur dalam pukul 3 petang dari campus. kelas berkenaan terpaksa ehem ehem. biasa la. kan minggu exam? ye tak? ye tak?
terpaksa guna cara paling berbahaya untuk keluar. alhamdulillah boleh lepas.
perjalanan ke stadium lancar je. sampai sampai Bukit Jalil, mak ehhh.


ramai gilak orang!

pape pun solat Asar dulu la. sampai tunggu rombongan lagi satu datang.
lepas semua dah ready, baru kitorang masuk stadium.
kitorang tu ramai. dalam 19 orang la jugak.

muka semangat nih

mamat ni mesti mau adaa

alhamdulillah seat belum lagi penuh. so dapat la dua line untuk kitorang.

sebelum perlawanan - tengah warming up

solat Maghrib secara bergilir-gilir. nak jaga tempat kan.

perlawanan sudah nak bermula

nampak player kecik je kan. macam dalam game.

sangat kecoh ye suasana stadium dengan tiupan hon yang membingitkan.
penyokong yang semangat dan terlebih semangat. macam macam.

kami bertiga ~

memang Malaysia ada kekuatan - striker dan goalkeeper
semangat ditambah dengan gol pertama daripada Safee Salee. memang terbaek la!
saves yang cekap giler daripada Khairul Fahmi memang mengujakan.

malang sekali, Malaysia akhirnya dibolosi 1 gol daripada Singapore.
aiseh. mata 1-1 kekal sehingga wisel penamat. perjuangan Malaysia terhenti.
sedih tetap sedih. tapi nak buat macam mana. bukan rezeki.
semoga Malaysia mendapat pengalaman dan pengajaran untuk terus maju.

******

dah habis game tu ada la yang mengamuk baling botol mercun bagai.
part tu memang sangat hampeh. mengecewakan betul.
adventure diteruskan. nak naik lrt sangat sesak. akhiranya tiba juga di KTM Bank Negara. dan malang juga KTM last dah pergi. so diorang terpaksa call orang-orang yang berkenaan untuk pick up. alhamdulillah ada dan kitorang semua menuju ke Shah Alam.

aku dengan Hafiz tumpang tido kat rumah no 10. terima kaseh banyak-banyak.
Bo, Isa, Shahrul, Tajul, Syafiq, Payed, ... sape lagi aku tak sebut? terima kaseh!
terima kaseh jugak warga Delta yang sanggup bersama menyokong Harimau Malaya sehingga ke Stadium Bukit Jalil. korang memang terbaek la. :D



apa-apa pun, Harimau Malaya tetap di hati.
anda bagaimana?

yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars