Wednesday, July 13, 2011

Cloud :'(



kepada sesiapa yang tak tahu siapa Cloud sila baca ini

Cloud & Chico. penghuni baru bilik 318.
kitorang jaga diorang baik dah. bagi makan tak miss.
air minum tukar selalu. roda exercise ada. rumah pun ada.
siap buat tilam untuk diorang lagi dalam rumah tu.

hari tu fellow datang, nampak diorang dalam sangkar.
terus keluar surat saman berserta perintah mengeluarkan mereka dari bilik
tapi kitorang tak kisah. sampai sekarang pun kitorang tak sanggup berpisah.

betapa kitorang sayangkan mereka.

tapi tapi ~

kalau kat bilik 318 ni, Cloud la yang paling aktif. tapi dalam sangkar la
berbanding Chico yang lebih suka bersendirian.

gambar : Cloud tido atas roda exercise

Cloud la yang selalu kelihatan di luar rumah berlari ke sana sini
Cloud juga la yang selalu exercise kat roda tu
Cloud juga yang selalu buli Chico dalam sangkar
Cloud la yang selalu tido atas bumbung rumah sorang-sorang
Cloud juga la yang dah lebih kurang 4 kali berjaya pecah keluar sangkar
(sebelum sangkar di-modified la)

tengok. betapa aktifnya beliau. dan dia disenangi oleh semua.

tapi tapi ~

tadi Hafiz message aku lepas habis kelas.

"weh. balik bilik cepat. emergency."

aku dengan segera berlari-lari sambil menggalas beg dan berbaju kemeja.
sampai je ke bilik, Hafiz suruh tengok ini.

hampir menitis air mataku ~

kitorang tak tahu kenapa. tiada simptom langsung.
tadi malam, tadi pagi dia elok je makan-makan dengan Chico
tapi petang tadi ... ... ... isk isk isk.
mungkin sudah ajal beliau. kitorang terpaksa terima. huhu.
minta maaf, Cloud. minta maaf atas segalanya.
terima kaseh jugak menceriakan suasana kami. :')

majlis pengebumian insyaAllah akan diadakan nanti.

maka tinggal lah Chico keseorangan ~



Cloud :')

yours truly,

4 comments:

Shiqeen said...

huhu. kesiannye hamster comel dah mati. saba2

Dayang Fara 'Azura said...

turut bersedih. sabar ye. huhu.
*hamster sy hdup 3 bulan. awk pnye sebulan. hehe :D

Akif said...

terima kaseh sume. eh. br sekor je. sekor lg hdop je.

L-mi Redzz said...

saba ye....xpe2, g beli yg baru...he3..hurmmm..mjls kenduri xda ke?? hehehe...jgn mrh bro.. =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars