Thursday, July 21, 2011

6 Cara Efektif Untuk Tidur



adakah anda menghadapai masalah untuk tidur?
walaupun dah baring dan tutup mata, tapi anda masih tak boleh tidur?
pernahkah anda rasa macam anda dah mengihdapi insomnia?



di sini ada jalan penyelesaiannya!

6 Cara Efektif Untuk Tidur

1. Cara Traditional

ini cara yang ramai orang tahu. pernah dengar "kira kambing biri-biri"? saya yakin anda pasti pernah dengar cara ini. senang je. fikirkan seekor kambing biri-biri berjalan melepasi anda. kemudian datang pulak kambing kedua. so kira la kambing-kambing yang lalu sehingga anda terlelap. famous jugak, even dalam siri Mr Bean pun ada cerita ni. tengok la macam mana beliau dengan simple boleh terlelap lepas guna cara ni. cara ni cara lama dah. masa zaman dulu-dulu lagi orang dah guna cara ni. kalau tanya makcik-makcik ahli jawatankuasa tetangga pun mesti diorang suggest cara ni. nak tahu efektif ke tak, cuba lah.




2. Exercise

senang je. kalau tak dapat tido, buat la senaman ringan mahupun berat. apa kata anda berlari-lari di dalam bilik anda. lari setempat atau lari pecut pun takpe. buat sit up dan push up barang 100 kali. nak lagi best, main skipping sampai la anda dah lompat sebanyak 500 kali. kenapa senaman? anda tak boleh tidur sebab anda masih tenaga berlebihan. ini kerana melalui senaman, anda akan mengeluarkan peluh; juga toksin yang terkandung dalam badan. selepas badan telah menggunakan tenaga lebihan itu, anda akan rasa letih kerana badan memerlukan rehat. jadi lepas senaman, anda letak je kepala atas tilam, gerenti terus lena punya la.

3. Meditasi

cara alternatif untuk tidur. meditasi ada banyak cara. salah satu cara meditasi adalah dengan membayangkan suasana yang tenang seperti padang lapang, pantai atau kawasan gunung yang cantik. bayangkan di dalam fikiran anda sambil menutup mata dan mengawal pernafasan. kawal pernafasan seperti 10 saat ketika menarik nafas, tahan nafas 2 saat dan hembus nafas selama 10 saat. dengan ini anda dapt menenangkan hati anda dan mengosongkan fikiran. dalam beberapa minit, anda akan dapat rasakan bahawa anda makin terlelap.



4. Baca

ni pun rasanya semua sudah maklum. kalau susah nak tidur, ambek je buku untuk dibaca. tidak digalakkan untuk baca komik, majalah dan seangkatan dengannya. paling berkesan ambik la buku-buku yang tebal tu. buku Calculus Late Transcendentals ke, McGraw Hill Chemistry by Silberberg ke, The Complete Works of Harun Yahya ke, CFS IIUM Programming ke. bukak je page mana-mana, baca la setiap perkataan yang ada dan cuba fahamkan. lama-lama anda akan rasa mata anda semakin berat dan dengan selamba anda akan terlelap dengan buku-buku tersebut. bukankah itu efektif?

5. Berzikir

yea. daripada anda baring, golek-golek tapi tak boleh tidur, baik anda zikir ataupun selawat. so takde la buat perkara sia-sia kan masa tengah baring tu. untung boleh dapat pahala free macam tu je. kan best tu? lama-lama insyaAllah anda akan rasa ketenangan. so lepas tu, dengan tenang jugak la anda dapat tidur sehingga keesokkan harinya. simple dan efektif. jom cuba ramai-ramai.

6. Stay Awake

ini cara terakhir la. kalau dah memang tak boleh tidur sangat kan. biasanya apa yang perlu kita buat adalah jangan tidur. gunakan masa dengan produktif. kita buat la kerja lain. buat tutorial ke, assignment yang berlambak atas meja tu, siapkan terus. tak pun main game ke, layan movie ke. dan tak salah juga kalau kita pegi basuh baju ataupun dengar lagu sambil berangan-angan. lama-lama rasa mengantuk tu akan datang, tak kira la cepat atau lambat. kalau rasa mengantuk tu at last datang masa korang nak pegi kelas, tu memang naseb anda la. pandai-pandai la anda jawab dengan lecturer anda.


jadi sudahkah anda mendapat jalan penyelesaiannya?
apa lagi? mari kita bersiap untuk tidur.
jangan anda sia-siakan nikmat tidur yang Allah bagi
rugi wooo ~



post ini ditulis suka suki hati sendiri. ini kerana saya sendiri menghadapi masalah tidur.
golek kiri kanan selama 2 jam pun belum tentu tertidur. aduhai ~

yours truly,


3 comments:

PeRmAtA bIrU said...

bila saya teringat nak tdo, memang tak pernah bleh tdo... tapi bila saya x rasa nak tdo, cuma santai2 atas katil.. luppp, dunia gelap gulita, oh saya dah tdo... sebenarnya bila otak kita sibuk berfikir, memang susah nak tdo.. cuba kalau kita freekan otak kita tuh, gerenti mata mesti tutup punya.. tu pandangan saya jer..:)

hamizah adam said...

senang je. meniarap depan laptop. pastu, main la comment-comment ngan kawan-kawan. lepas tu, baring2 la. gerenti terlelap punya. sebab mata dah letih menatap laptop. o_o

Akif said...

haha. thanks korang. relevan jgk tu. blh cuba nanti. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars