Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan!


nak update jugak walaupun penat.

kenapa?

minggu ini memang busy la dengan segala program yang dirancang
sebab adventura bermula hari Khamis hari tu
diteruskan dengan perjalanan hari Jumaat pulak
ditambah lagi dengan trip terbaek hari Sabtu dan Ahad

ni baru balik ni, sampai masa Isya', terus buat terawih sekali
cerita-cerita tu nanti la aku tulis balik eh



semua orang dah wish, aku semestinya tak boleh ketinggalan,
pape pun tetap jugak aku nak ucapkan kepada korang semua




Selamat Menyambut Ramadhan!

all the best untuk sebulan ni ~


yours truly,

Post Emo


okay. post ini memang emo. tak baca pun takpe.




yea. aku manusia biasa. pernah je rasa macam macam masalah.
aku manusia biasa. ada fitrah yang sama macam manusia lain.

aku tak lemah. seriously. aku tak tunjuk kat orang yang aku lemah.
aku lagi suka orang nampak aku macam takde pape masalah.
bila orang nampak aku happy, mungkin diorang jugak akan happy.
bukankah itu best?

tapi alhamdulillah Allah masih sayang aku.
Dia wujudkan rasa berat, masalah, sakit semua tu;
untuk tunjukkan aku sememangnya hamba yang lemah :')

"I'm not buying you. I'm appreciating you. hope you understand"

"I wanna spill, but no one is there;
I wanna cry, but I don't want anyone to know;
I want to. honestly;
but what can I do is doing it alone."

"kadang-kadang bila orang yang kita harapkan takde,
kita akan rasa macam ada beban yang menghempap,
dan beban itu takde orang lain yang nak tolong angkat"



sekian.


yours truly,

Friday, July 29, 2011

Malaysia VS Singapore - 280711






Malaysia vs Singapore
28 July 2011
Stadium Bukit Jalil

semua orang tahu pasukan Harimau Malaya akan menentang Singapore
untuk meneruskan perlawanan kelayakan FIFA World Cup 2014 Brazil.

yup. aku percaya semua mesti giler excited punya la untuk game ni.
begitu jugak sorang kawan aku ni. hari isnin call aku tanya nak ke tiket.
diorang nak pegi beli dah. uish. peluang ni takkan dilepaskan. so order saje.

bertolak lepas Zuhur dalam pukul 3 petang dari campus. kelas berkenaan terpaksa ehem ehem. biasa la. kan minggu exam? ye tak? ye tak?
terpaksa guna cara paling berbahaya untuk keluar. alhamdulillah boleh lepas.
perjalanan ke stadium lancar je. sampai sampai Bukit Jalil, mak ehhh.


ramai gilak orang!

pape pun solat Asar dulu la. sampai tunggu rombongan lagi satu datang.
lepas semua dah ready, baru kitorang masuk stadium.
kitorang tu ramai. dalam 19 orang la jugak.

muka semangat nih

mamat ni mesti mau adaa

alhamdulillah seat belum lagi penuh. so dapat la dua line untuk kitorang.

sebelum perlawanan - tengah warming up

solat Maghrib secara bergilir-gilir. nak jaga tempat kan.

perlawanan sudah nak bermula

nampak player kecik je kan. macam dalam game.

sangat kecoh ye suasana stadium dengan tiupan hon yang membingitkan.
penyokong yang semangat dan terlebih semangat. macam macam.

kami bertiga ~

memang Malaysia ada kekuatan - striker dan goalkeeper
semangat ditambah dengan gol pertama daripada Safee Salee. memang terbaek la!
saves yang cekap giler daripada Khairul Fahmi memang mengujakan.

malang sekali, Malaysia akhirnya dibolosi 1 gol daripada Singapore.
aiseh. mata 1-1 kekal sehingga wisel penamat. perjuangan Malaysia terhenti.
sedih tetap sedih. tapi nak buat macam mana. bukan rezeki.
semoga Malaysia mendapat pengalaman dan pengajaran untuk terus maju.

******

dah habis game tu ada la yang mengamuk baling botol mercun bagai.
part tu memang sangat hampeh. mengecewakan betul.
adventure diteruskan. nak naik lrt sangat sesak. akhiranya tiba juga di KTM Bank Negara. dan malang juga KTM last dah pergi. so diorang terpaksa call orang-orang yang berkenaan untuk pick up. alhamdulillah ada dan kitorang semua menuju ke Shah Alam.

aku dengan Hafiz tumpang tido kat rumah no 10. terima kaseh banyak-banyak.
Bo, Isa, Shahrul, Tajul, Syafiq, Payed, ... sape lagi aku tak sebut? terima kaseh!
terima kaseh jugak warga Delta yang sanggup bersama menyokong Harimau Malaya sehingga ke Stadium Bukit Jalil. korang memang terbaek la. :D



apa-apa pun, Harimau Malaya tetap di hati.
anda bagaimana?

yours truly,

Wednesday, July 27, 2011

Selamat Pulang



program hari ini selepas habis exam Calculus



1130 - bertolak

CFS > KTM Midvalley > KTM Serdang > Putrajaya Sentral > KLIA

1415 - arrived



Kuala Lumpur International Airport

duration lebih kurang 3 jam. fuuhhh. memang jalan-jalan la.
kenapa kitorang sanggup datang ke sini? sebabnyaaa...

Burger King dan jus oren

t-shirt dari Turki dan juga coklat dari Mesir

eceh. takde la. mesti la sebab nak tengok kawan atau kakak kitorang nih.
alhamdulillah selamat sampai bersama kaum kerabatnya.

kepada Akip dan Safwan yang takleh ikut, takpe la. takde rezeki korang. kehkeh.

balik pulak. KLIA > KL Sentral. form 1730 until 1840
sejam saje?? naik Aeroliner sajee. cehh.

plan malam ni nak tengok Captain America midnight terpaksa dibatalkan.
kerana kedua-duanya kehabisan tenaga. memang terus terlentang.

jadi jom charge tenaga untuk program esok pulak;
jom makan maggi sambil layan BOF dan kemudian tidooo.

selamat pulang ~

yours truly,

Monday, July 25, 2011

Good Luck : Mid Sem Exam


In the name of Allah, the Most Gracious; the Most Merciful


25072011 - Physics II
26072011 - Chemistry II
27072011 - Mathematics III
30072011 - Basic Themes of Al-Quran

bukankah itu semua terbaek?
alhamdulillah takde kelas sepanjang exam. fuuh.

so kepada semua student CFS IIUM;

"To accomplish great things,
We must not only act, But also dream,
Not only plan but also believe"

GOOD LUCK!

yours truly,


Saturday, July 23, 2011

Lelaki Seksi

Top 5 Sexiest Korean Celebs

from Her World Magazine Singapore

"these five are close to perfection
– regardless of whether they’ve undergone plastic surgery or not."

okay. aku tak tahu penilaian sexy tu berdasarkan apa.
aku sebenarnya tak suka sangat seksi seksa ni. tapi jom layan je la.
perhatian. post ini agak lagha atau melalaikan.

1. T.O.P



"Among the lucky winners, Big Bang's T.O.P placed the number one spot, chosen because of his alluring eyes which will have you mesmerized, besides his power to rap instantly, to play really hard and put on a good show. His style and together with his aloof personality, gives him that mysterious air that we all love."

ini tidak boleh disangkal lagi. antara character favourite aku dan orang lain.
TOP ada aura sendiri. dan beliau adalah lelaki paling cool aku pernah nampak.
dan semestinya cool itu segak bergaya lagi stylo. memang terbaek.


2. Lee Byung-Hun



"Lee Byung-Hun is placed in the second spot. Described as an extremely down to earth guy, well known for his sense of humour and easy-going nature, this award-winner actor and representative for UNICEF who made it to Hollywood, has started his preparation and filming for G.I. Joe 2."

okay. memandangkan aku bukan penonton drama korea yang fanatik gila,
yang ni aku tak kenal. so malas ulas panjang-panjang. tapi tahu la dia
berlakon dalam G.I. Joe. jadi ninja. terbaek jugak la.

3. Lee Min Ho



"Our dear City Hunter and everyone's favorite "flower boy", Lee Min Ho ranks as the number three Korean hottie. Loved for his pretty looks, perfectly proportioned features and admired for his really serious acting, he melts hearts everytime he flashes that super hot smile of his. His current drama City Hunter and his new manlier image has made him win praises even from the ones who didn't believe in him."

macam tau tau je aku tengah layan Boys Over Flowers sekarang. cehh.
Gu Jun Pyo yang giler poyo habes. boleh jugak masuk carta. apekah?
pernah jugak tengok dia dalam Personal Taste. watak hero jugak mamat ni.
hot ke? sexy ke? dalam movie xde la cool sangat. hampeh adaaa.

4. Taeyang



"We have one of the sweetest guys with a charming voice that will make you melt with just one listen. Big Bang's Taeyang, with his charismatic dance moves, soothing vocals and his lovely eye smile seems to never get enough when showing love to his fans. At the Korean Music Wave 2011, celebrated in Singapore, he threw his leather jacket into the crowd."

ni pun antara favourite aku. agak cool jugak lelaki ini. betul.
walaupun kadang-kadang nampak macam sombong, tapi pemalu rupanya.
paling best pasal dia adalah beliau merupakan dancer favourite aku setakat ni.
dance dia gempak weh. unik gilaaa.

5. Hyun Bin



"The Secret Garden business man, Hyun Bin ranks the number 5 spot. Known for the super famous "sit-up kiss" of his latest Secret Garden drama, this guy left many hearts broken after announcing he would be joining the Marine Corps to serve his military service. There's nothing more we love about Hyun Bin than his reliable and safe looks he has."

laa. mamat Secret Garden ni pun ada. naseb baik pernah layan drama tu.
kenal la jugak. cool ke? hampeh dan poyo jugak la dalam drama. hero kan.
at last sweet. so okay la kot. boleh laaa.

******

Singapore buat ni mesti pasal Korean Music Wave 2011 baru baru ni.
dan yang paling aku tak puas hati kan, memang dah dekat sangat dah tu.
asal la korang tak datang Malaysia, BIGBANG ooooiii ~

aku tak tahu kenapa aku buat review pasal ni. agak mangkuk kan?
macam takde kerja lain je. hadoi. takpe la. dah buat. malas nak clear.
bagi pandangan aku sendiri la, tak semua betul betul seksi.
seksi? weekkk. asal aku sebut perkataan tu dekat lelaki??

aku tahu ni penilaian berdasarkan seorang perempuan.
entah camne diorang nilai seksi tu. bukankah itu subjektif?
biarkan lah. takde kena mengena dengan aku pun.

p/s: perasan tak, dua yang favourite aku tu; macam ada bias je. kan? hidop VIP!

aduhai. lagha lagha~
mintak maaf semua ye. huhu.

yours truly,



Thursday, July 21, 2011

6 Cara Efektif Untuk Tidur



adakah anda menghadapai masalah untuk tidur?
walaupun dah baring dan tutup mata, tapi anda masih tak boleh tidur?
pernahkah anda rasa macam anda dah mengihdapi insomnia?



di sini ada jalan penyelesaiannya!

6 Cara Efektif Untuk Tidur

1. Cara Traditional

ini cara yang ramai orang tahu. pernah dengar "kira kambing biri-biri"? saya yakin anda pasti pernah dengar cara ini. senang je. fikirkan seekor kambing biri-biri berjalan melepasi anda. kemudian datang pulak kambing kedua. so kira la kambing-kambing yang lalu sehingga anda terlelap. famous jugak, even dalam siri Mr Bean pun ada cerita ni. tengok la macam mana beliau dengan simple boleh terlelap lepas guna cara ni. cara ni cara lama dah. masa zaman dulu-dulu lagi orang dah guna cara ni. kalau tanya makcik-makcik ahli jawatankuasa tetangga pun mesti diorang suggest cara ni. nak tahu efektif ke tak, cuba lah.




2. Exercise

senang je. kalau tak dapat tido, buat la senaman ringan mahupun berat. apa kata anda berlari-lari di dalam bilik anda. lari setempat atau lari pecut pun takpe. buat sit up dan push up barang 100 kali. nak lagi best, main skipping sampai la anda dah lompat sebanyak 500 kali. kenapa senaman? anda tak boleh tidur sebab anda masih tenaga berlebihan. ini kerana melalui senaman, anda akan mengeluarkan peluh; juga toksin yang terkandung dalam badan. selepas badan telah menggunakan tenaga lebihan itu, anda akan rasa letih kerana badan memerlukan rehat. jadi lepas senaman, anda letak je kepala atas tilam, gerenti terus lena punya la.

3. Meditasi

cara alternatif untuk tidur. meditasi ada banyak cara. salah satu cara meditasi adalah dengan membayangkan suasana yang tenang seperti padang lapang, pantai atau kawasan gunung yang cantik. bayangkan di dalam fikiran anda sambil menutup mata dan mengawal pernafasan. kawal pernafasan seperti 10 saat ketika menarik nafas, tahan nafas 2 saat dan hembus nafas selama 10 saat. dengan ini anda dapt menenangkan hati anda dan mengosongkan fikiran. dalam beberapa minit, anda akan dapat rasakan bahawa anda makin terlelap.



4. Baca

ni pun rasanya semua sudah maklum. kalau susah nak tidur, ambek je buku untuk dibaca. tidak digalakkan untuk baca komik, majalah dan seangkatan dengannya. paling berkesan ambik la buku-buku yang tebal tu. buku Calculus Late Transcendentals ke, McGraw Hill Chemistry by Silberberg ke, The Complete Works of Harun Yahya ke, CFS IIUM Programming ke. bukak je page mana-mana, baca la setiap perkataan yang ada dan cuba fahamkan. lama-lama anda akan rasa mata anda semakin berat dan dengan selamba anda akan terlelap dengan buku-buku tersebut. bukankah itu efektif?

5. Berzikir

yea. daripada anda baring, golek-golek tapi tak boleh tidur, baik anda zikir ataupun selawat. so takde la buat perkara sia-sia kan masa tengah baring tu. untung boleh dapat pahala free macam tu je. kan best tu? lama-lama insyaAllah anda akan rasa ketenangan. so lepas tu, dengan tenang jugak la anda dapat tidur sehingga keesokkan harinya. simple dan efektif. jom cuba ramai-ramai.

6. Stay Awake

ini cara terakhir la. kalau dah memang tak boleh tidur sangat kan. biasanya apa yang perlu kita buat adalah jangan tidur. gunakan masa dengan produktif. kita buat la kerja lain. buat tutorial ke, assignment yang berlambak atas meja tu, siapkan terus. tak pun main game ke, layan movie ke. dan tak salah juga kalau kita pegi basuh baju ataupun dengar lagu sambil berangan-angan. lama-lama rasa mengantuk tu akan datang, tak kira la cepat atau lambat. kalau rasa mengantuk tu at last datang masa korang nak pegi kelas, tu memang naseb anda la. pandai-pandai la anda jawab dengan lecturer anda.


jadi sudahkah anda mendapat jalan penyelesaiannya?
apa lagi? mari kita bersiap untuk tidur.
jangan anda sia-siakan nikmat tidur yang Allah bagi
rugi wooo ~



post ini ditulis suka suki hati sendiri. ini kerana saya sendiri menghadapi masalah tidur.
golek kiri kanan selama 2 jam pun belum tentu tertidur. aduhai ~

yours truly,


Tuesday, July 19, 2011

Harry Potter & The Deathly Hallows II - 150711

post ini berkaitan movie ini



ok. sebelum baca post ni, semua baca ayat ni dulu.



15 July 2011

lepas Jumaat terus pegi Midvalley. nak pegi jumpa abang Fendi.
Aiman Basrun tak join. Akip join jgk la. abang Fendi nak belanja laaa.
so destinasi - Nandos. makan makan, sembang-sembang.
relax suda. orang belanja kan. mesti la best. sedap je. haha.


then lepak dulu. sebab malam tu ada program baek punya.
lepas Isya' baru lah ketibaan mereka semua ini.

*tret teng teng* mereka sudah sampai

Khalid Prince - sudah bersedia

pape hal makan dulu

8 orang dengan tujuan yang sama - Harry Potter & Deathly Hallows Part 2
naseb baek dah beli sehari awal. so memang terbaek. memandangkan esok cuti,
midnight semestinya! semua dah kumpul. untuk habiskan masa - arcade la.


player-player paling semangat - street basketball


berapa game entah main. terbaek lah!

12.15am. it's showtime!


semua sudah ready. show started.



okay. dalam tu takyah cerita la. line kitorang je yang bising.
memang agak spoil mood orang lain yang tengah feeling la.
sebab kitorang gelak je keje. cakap kuat-kuat pulak tu. HAHA.
naseb la mereka yang terpaksa tengok movie ni dengan kitorang.

lepas habis keluar la dari Midvalley yang dah takde orang tu.

berjalan pulang

aktiviti sama - berjalan ke stesen Universiti - makan char kuey teow
terbaek punya la. ni baru la yamcha. haha.

makan-makan

lepas tu macam biasa. ambik dua teksi ke KFC berdekatan.
lepak situ la pulak. sambil minum kopi sikit. baru la best.

Subuh baru ke masjid. solat kat situ. naik bilik. tido sampai siang.

untuk cerita lebih lanjut tanya Farhan AJ

so kepada korang yang belum tengok lagi, sila la tengok.
ending untuk Harry Potter! movie yang aku follow dari sekolah rendah tau.
aku tak nak spoil ending kat sini pulak. tapi best kot. tengok jangan tak tengok.



"it all ends"

yours truly,


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars